omniture

Play For Dream Technology, Syarikat Pengkomputeran Reruang, tembusi pasaran Singapura dengan Komputer Reruang Berasaskan-Android Pertama Dunia, Play for Dream MR, Bersama-sama Pasaran APAC Utama mulai Oktober 2024

Play For Dream Technology, Spatial Computing Company
2024-06-26 10:09 9
  • Play For Dream Technology, sebuah syarikat pengkomputeran reruang melancarkan komputer reruang berasaskan Android pertama di dunia, Play for Dream MR.
  • Play For Dream MR menggabungkan dengan lancar dunia digital dan realiti untuk menyampaikan pengalaman hiburan reruang berkuasa yang merevolusikan cara orang ramai mencapai dunia ini.
  • Sebagai rakan kongsi strategik global pertama IMAX dan DTS bagi pengkomputeran reruang dan realiti gabung, Play For Dream MR akan menyampaikan pengalaman di luar imaginasi, sama ada untuk menikmati filem, permainan, merakam video dan foto reruang, atau untuk bekerja.
  • Play For Dream Technology menubuhkan ibu pejabat pemasaran Asia-Pasifiknya di Singapura sebagai langkah pertama pengembangan antarabangsanya. Play For Dream MR akan tersedia di Singapura dan Malaysia pada Oktober 2024, diikuti oleh Thailand, Indonesia, Vietnam dan Jepun pada tahun 2025.

SINGAPURA, 26 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Play For Dream Technology, ditubuhkan di Shanghai, sebuah syarikat teknologi hiburan reruang yang terkemuka, mengumumkan pelancaran komputer reruang berasaskan Android yang pertama di dunia, Play for Dream MR, pada 25 Jun 2024 di Singapura. Langkah yang strategik ini menandakan pengembangan antarabangsa pertama Play for Dream, menubuhkan ibu pejabat pemasaran Asia-Pasifiknya di Kota Singa ini. Pelancaran global ini disemarakkan di Singapura, menarik perhatian media utama daripada pasaran APAC, pelabur dan pihak berkepentingan lain.

Sebagai komputer reruang berasaskan Android yang pertama di dunia, Play for Dream MR ialah set kepala realiti gabung (MR), menetapkan standard baharu dalam hiburan reruang. Ia meningkatkan pengalaman anda merentas pelbagai senario termasuk filem IMAX- Level, lapan kesan bunyi reruang tersuai DTS eksklusif, permainan MR yang imersif, rakaman video dan fotografi reruang 3D yang menakjubkan, dan banyak lagi untuk diterokai. Menampilkan spesifikasi yang utama dalam industri ini, seni bina algoritma dibangunkan sendiri yang berkuasa, ia mewujudkan gabungan lancar antara dunia digital dan dunia sebenar, bagi memberikan hiburan reruang yang tiada tandingan.

Play For Dream Technology, Spatial Computing Company, is entering Singapore market with the World’s First Android-Based Spatial Computer, Play for Dream MR, Alongside Major APAC Markets from October 2024
Play For Dream Technology, Spatial Computing Company, is entering Singapore market with the World’s First Android-Based Spatial Computer, Play for Dream MR, Alongside Major APAC Markets from October 2024

Alami tahap pengkomputeran reruang yang seterusnya dengan Play for Dream MR. Mempunyai skrin 8K Mikro-OLED dan penyelesaian optik Pancake resin ultra-ringan, ia memberikan 27 juta piksel yang menakjubkan pada 3882 PPI, dengan 45 PPD pada bahagian tengah. Dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon XR2+ Gen 2, Play for Dream MR memastikan prestasi yang luar biasa dengan penggunaan kuasa yang minimum. Susunan kamera dan sensor canggihnya, termasuk 11 kamera, 7 jenis sensor dan 22 LED inframerah, memberikan penjejakan yang tepat dan cekap dengan kependaman VST warna serendah 14ms.

Play For Dream Technology merevolusikan hiburan reruang dengan berganding bahu bersama pemimpin industri. Sebagai rakan kongsi strategik IMAX dan DTS yang pertama di dunia dalam bidang pengkomputeran reruang dan MR, salah satu peranti rintis yang dilengkapi dengan Snapdragon XR2+ Gen 2, Play For Dream MR memberikan pengalaman serba baharu. Kolaborasi bersama syarikat-syarikat gergasi seperti IMAX, DTS, Qualcomm, Unity, BOE, dapat menjamin pengalaman pengguna premium yang tiada tandingan, menggabungkan teknologi canggih dengan integrasi yang lancar.

Ditubuhkan pada tahun 2020, Play For Dream ialah sebuah syarikat teknologi yang memfokuskan kepada peranti pengkomputeran reruang. Ia komited untuk memperbaharui cara setiap orang memperoleh maklumat dan memajukan teknologi maklumat tiga dimensi.

Source: Play For Dream Technology, Spatial Computing Company
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion New products/services