KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Eye Level Malaysia, perintis dalam industri pendidikan, dengan bangga meraikan ulang tahun ke-20 bulan ini. Selama dua dekad yang lalu, Eye Level telah berdedikasi untuk memupuk minda muda dan mengalakkan kecemerlangan akademik. Pencapaian ini menandakan kejayaan yang besar dan merupakan kejayaan yang signifikan dan merupakan bukti komitmen. Eye Level dalam menyediakan program pendidikan berkualiti tinggi yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka.
Perjalanan Pertumbuhan dan Pencapaian
Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Eye Level Malaysia telah berkembang daripada satu pusat pusat pembelajaran kepada rangkaian pusat seluruh negara yang telah menyentuh kehidupan ribuan pelajar. Terdapat lebih daripada 100 pusat dengan tenaga pengajar yang bertauliah. Pada mulanya dikenali sebagai E.nopi yang kemudiann dijenamakan semula sebagai Eye Level. Pendekatan inovatif organisasi ini terhadap pendidikan, yang menekankan pada kadar pembelajaran individu dan arahan yang disesuaikan, telah membezakan Eye Level dalam landskap pendidikan yang kompetitif.
"Kami amat berbangga untuk meraikan 20 tahun Eye Level Malaysia," kata Encik Brian Kim, Pengurus Negara Eye Level Malaysia. "Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan pendidikan dan kepercayaan oleh ibu bapa dan murid kepada kami. Ketika ini, kami ingin melihat ke masa depan, kami kekal berdedikasi untuk mengembangkan dan meningkatkan program kami untuk terus berkembang dan meningkatkan program kami memenuhi keperluan pelajar kami yang semakin berubah."
Pembelajaran yang Sentiasa di Tahap Anak Anda
Falsafah Eye Level 'Pembelajaran yang Sentiasa di Tahap Anak Anda' mendorong misinya untuk menyediakan program pembelajaran yang disesuaikan dalam Matematik dan Bahasa Inggeris. Dengan menekankan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah, Eye Level menyediakan pelajar bukan sahaja untuk kejayaan akademik tetapi juga untuk cabaran dunia sebenar. Kurikulum ini direka untuk memenuhi keperluan untuk pelbagai pelajar, memastikan setiap anak maju mengikut kadar mereka sendiri dan mencapai penguasaan konsep asas.
Pendekatan Pembelajaran dan Kekuatan Kami
Program Matematik dan Bahasa Inggeris Eye Level menyediakan platform untuk kanak-kanak belajar mengikut tahap pembelajaran mereka yang sepatutnya. Program Matematik Eye Level memfokuskan pada penguasaan aritmetik dan menggalakkan pemikiran matematik. Mereka akan dapat mengaplikasikan konsep matematik dengan cara yang lebih kreatif serta mempelajari sistematik operasi matematik. Manakala, Bahasa Inggeris Eye Level memberi keutamaan kepada kefasihan dengan mengenal pasti serta sebutan perkataan sebelum beralih kepada pemahaman Bahasa Inggeris. Pelajar akan belajar membaca terlebih dahulu sebelum membaca untuk belajar.
Program Eye Level adalah jambatan yang sempurna untuk menangani jurang pembelajarandan untuk mempersiapkan pelajar untuk tahap sekolah yang lebih tinggi (tadika ke sekolah rendah, sekolah rendah ke sekolah menengah). Ia bukan sahaja memberikan pelajar permulaan awal tetapi juga membolehkan mereka mendapat sokongan, menjadi pelajar yang berdikari dan menanamkan keyakinan diri. Menguasai konsep dapat memberikan mereka keputusan yang baik untuk peperiksaan tetapi tabiat pembelajaran yang baik akan mengiringi mereka sepanjang perjalanan mereka ke alam dewasa.
Promosi Ulang Tahun Ke-20
Eye Level Malaysia merancang untuk memperluaskan jangkauannya dan memperkenalkan program baru yang inovatif, Eye Level komited untuk membentuk masa depan pendidikan di Malaysia.
Bulan Julai ini, ambillah peluang untuk mendaftarkan anak anda dan nikmati promosi ulang tahun ke-20 kami yang istimewa. Untuk setiap pendaftaran baru, anda akan menerima satu Set Blok Eye Level edisi terhad. Daftar di myeyelevel.com atau hubungi: 1-300-88-0909 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melawat mana-mana pusat Eye Level di seluruh negara.
Mengenai Eye Level
Eye Level adalah organisasi pendidikan global yang komited untuk menolong kanak-kanak meningkatkan pontensi mereka melalui program matematik dan Bahasa Inggeris yang disesuaikan. Dengan fokus kepada memfokuskan kepada pembelajaran individu, Eye Level sentiasa mencuba untuk buat sesi pembelajaran seronok dan menarik untuk setiap pelajar, memastikan tahap pembelajaran sentiasa berada di tahap anak anda.