omniture

Emeritus kini Memperjuangi National Training Week (NTW) 2024 bersama HRD Corp: Berdedikasi untuk Memberi Akses Percuma kepada 10,000 rakyat Malaysia atas Platformnya 'Emeritus Insights'

Emeritus
2024-06-26 17:05

Diiktirafi oleh majalah TIME & Statista sebagai syarikat teknologi pendidikan (Edtech) No. 1 di dunia tahun 2024, Emeritus bertekad untuk bekerjasama dengan HRD Corp sempena NTW untuk menawarkan 10,000 lesen langgangan bernilai USD 100 setiap satu, dalam usaha untuk menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat rakyat Malaysia. 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Emeritus sebagai peneraju global dalam penyediaan pendidikan berkualiti tinggi yang lebih mudah diakses dan mampu dimiliiki oleh individu, syarikat dan kerajaan di seluruh dunia, dengan bangganya mengumumkan penyertaa sebagai rakan kongsi dalam Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024. NTW 2024 berlangsung dari 24 hingga 30 Jun 2024 adalah dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia Malaysia dengan tujuan untuk menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui peluang pembangunan Kemahiran dan pengetahuan percuma.

Emeritus to Debut in National Training Week 2024
Emeritus to Debut in National Training Week 2024

Rakyat Malaysia menunjukkan keinginan yang kuat untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran, dimana setiap 1 daripada 2 rakyat Malaysia didorong untuk meningkatkan kemahiran demi keselamatan pekerjaan dan meningkatkan keyakinan, seperti dalam laporan 'Workmonitor 2024' oleh Randstad Malaysia. Selaras dengan permintaan yang semakin meningkat di kalangan rakyat, Minggu Latihan Kebangsaan ini dengan pantasnya menjadi batu asas usaha Malaysia untuk mendorong pembelajaran berterusan di kalangan rakyatnya, dengan penawarkan pelbagai program latihan percuma. NTW 2023 yang pertama tahun lepas telah melebihi jangkaan dengan menyampaikan lebih daripada 21,000 kursus latihan percuma kepada lebih daripada 129,000 rakyat Malaysia, dengan jumlah jam latihan melebihi 503,000 jam. Meneruskan kejayaan ini, NTW 2024 menyasarkan untuk mendaftarkan 150,000 peserta dari seluruh negara - daripada pelajar hingga pekerja profesional dan juga kepada warga emas, dengan fokus kepada kemahiran hidup, kemahiran masa depan, kreativiti dan inovasi, kecelikan kewangan dan pembangunan mampan.

Emeritus, yang menduduki tempat pertama dalam senarai 'Syarikat Edtech Terbaik Dunia 2024' ('World's Top Edtech Companies of 2024') oleh majalah TIME, berdedikasi untuk menyediakan akses percuma untuk 'Emeritus Insights', kepada sehingga 10,000 rakyat Malaysia semasa NTW 2024. 'Emeritus Insights' adalah satu platform pembelajaran yang boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa untuk belajar dan meningkatkan kemahiran dengan lebih daripada 5,000 video pendek daripada buku-buku terlaris yang memenangi anugerah, modul universiti-unisversiti terbaik di dunia, pakar-pakar subjek dan pemimpin-pemimpin pemikiran global. Peserta boleh mengakses platform 'Emeritus Insights' ini dengan melayari halaman NTW di sini.

Peserta akan berpeluang meningkatkan kemahiran secara progresif untuk membentuk kejayaan mereka sendiri dengan akses ke 'Emeritus Insights' yang merentasi lebih 50 bidang termasuk kepimpinan, strategi, komunikasi, produktiviti, sains data, pemasaran, perundingan dan banyak lagi. Pelajar boleh mendapatkan cerapan daripada pemikir-pemikir transformasi yang diiktiraf di peringkat global, university-universiti peringkat tinggi dan pengarang-pernagarang terlaris seperti Adam Grant, Liz Wiseman, Peter F. Drucker, Angela Duckworth, Seth Godin, Simon Sinek, Sheryl Sandberg dan lain-lain.

Melalui penyertaannya dalam NTW 2024, Emeritus bertujuan untuk menyokong usaha Malaysia dalam memperkasakan ekonomi, selari dengan matlamat nasional kerangka Ekonomi Madani - satu set nilai-nilai yang direka khas untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk dekad akan datang, dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerangka Ekonomi Madani merangkumi inisiatif untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, menggalakkan pelaburan, mengglobalisasi perniagaan tempatan dan menarik pelabur antarabangsa. Sedangkan negara mengembangkan bidang pertumbuhan baharu dalam sektor-sektor berteknologi tinggi, Kecerdasan Buatan (AI), transisi tenaga dan ekonomi hijau, Emeritus meneruskan usaha kerjasama rapat dengan kerajaan, agensi bersekutu kerajaan, syarikat Fortune 1,000 dan syarikat tersenarai awam di Malaysia untuk memastikan negara mempunyai tenaga kerja mahir yang mencukupi untuk bidang-bidang yang difokuskan ini.

Berucap mengenai penyertaan Emeritus dalam NTW 2024, Ts. Roslinda Abu Bakar, Pengarah Serantau, Emeritus Malaysia, berkata, "Kami berbesar hati untuk membuat penampilan sulung di NTW 2024 bersama HRD Corp sebagai pembekal kursus. Penyertaan kami ini menegaskan dedikasi penuh kami untuk membangunkan tenaga kerja Malaysia pada masa kini dan masa depan. Kerjasama ini merupakan peluang yang luar biasa untuk melengkapi rakyat Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran kerja yang sentiasa berubah dan memanfaatkan bakat untuk mendorong agenda transformasi pendapatan tinggi negara. Ini juga selari sepenuhnya dengan misi kami untuk membangunkan bakat masa depan Malaysia dan menyumbang kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kami yakin bahawa 'Emeritus Insights' akan memperkasakan rakyat untuk mengejar aspirasi kerjaya mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia."

Bersama HRD Corp, Emeritus bermatlamat untuk mendorong perkembangan berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia yang mengiktiraf peranan penting pembelajaran berterusan dalam membina tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus yang disediakan, layari https://nationaltrainingweek.gov.my/courseDetails?courseId=6218

Perihal Emeritus

Emeritus menawarkan program-program khusus dan terbuka di rantau Asia Pasifik (APAC - termasuk Malaysia, Singapura dah rantau ASEAN), Timur Tengah dan Afrika (termasuk Dubai, Qatar, Mesir, Oman, Arab Saudi), dan juga lokasi global lainnya di Amerika Utara dan Selatan serta Eropah dalam kerjasama dengan Harvard Business School (HBS), MIT Sloan School of Management, Cambridge Judge Business School, Stanford Graduate School of Business, Columbia Business School, Wharton Executive Education, Imperial College Business School, Kellogg Executive Education, Berkeley Executive Education, NUS Business School, dan John Hopkins Carey Business School, di antara institusi-institusi terkemuka yang lain. Program pendidikan eksekutif yang bertaraf dunia ini, dikelola oleh pakar program terkemuka untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang mendalam juga disertakan dengan pandangan yang boleh dilaksanakan dan aplikasi perniagaan praktikal yang disampaikan dalam pelbagai format; dalam kelas, dalam talian, serta program bercampur. Kumpulan Emeritus mempunyai lebih daripada 2,300 pekerja di seluruh dunia dan pejabat di Mumbai, New Delhi, Shanghai, Singapura, Palo Alto, Mexico City, New York, Boston, London dan Dubai. Syarikat ini disokong oleh Chan Zuckerberg Initiative, Leeds Illuminate, Prosus Ventures, GSV Ventures, Peak XV, Bertelsmann, CPPIB, Accel dan SoftBank Vision Fund 2. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://emeritus.org/

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2446003/National_Training_Week_2024.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2445947/Emeritus_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Emeritus
Keywords: Education Higher Education Contracts