omniture

PROGRAM KESETIAAN MY MILLENNIUM DARIPADA MILLENNIUM HOTELS AND RESORTS UMUM KEMENANGAN BAHARU

Millennium Hotels and Resorts
2024-06-26 21:09 6

Ini termasuk kemenangan utama di Travel + Leisure Southeast Asia's Luxury Awards dan The Loyalty & Engagement Awards 2024—memperkukuh kedudukannya sebagai pengusaha global dalam bidang hospitaliti

SINGAPURA, 26 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Millennium Hotels and Resorts (MHR) dengan bangganya mengumumkan bahawa program kesetiaannya, My Millennium dianugerahkan hadiah kedua untuk 'Program Kesetiaan Hotel Terbaik pada tahun 2024 [Asia Pasifik]' di Travel + Leisure Southeast Asia's Luxury Awards, menewaskan syarikat-syarikat hospitaliti lain dengan jejak yang lebih besar dan sejarah yang lebih luas. Anugerah ini meraikan program mantap jenama ini bagi faedah tersuai dan keistimewaan eksklusif untuk ahli-ahlinya—kini mencapai lebih 4 juta orang—menonjolkan komitmennya untuk menyampaikan nilai luar biasa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia.

Di samping itu, pasukan di sebalik program My Millennium juga menerima anugerah Gangsa bagi Pasukan Terbaik Tahunan — Jenama di The Loyalty & Engagement Awards 2024, dianjurkan oleh bahan penerbitan perdagangan Marketing-Interactive. Pasukan Kesetiaan dan Penjenamaan Global MHR merupakan satu-satunya syarikat hospitaliti yang disenarai pendek dalam kategori ini dan muncul sebagai pemenang yang menentang firma-firma cip biru dalam bidang peruncitan dan teknologi.


"Jenama kami berbangga kerana diiktiraf atas program kesetiaan My Millennium menerusi dua anugerah industri yang berprestij. Kami berharap dapat menjadi jenama pilihan untuk pengguna kami dengan mewujudkan hubungan bermakna dan perbualan yang mendalam melalui program kesetiaan yang dipilih susun. Ini menekankan komitmen kami terhadap pendekatan bertumpukan tetamu di seluruh hartanah kami di peringkat global. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan pemimpin hospitaliti dan jenama yang mendapat anugerah tatkala mereka terus memberi inspirasi dan mencipta impak dalam industri ini," kongsi Saurabh Prakash, Ketua Pegawai Komersial di Millennium Hotels and Resorts. 

Millennium Hotels and Resorts Clinches The Second Prize for ‘Best Hotel Loyalty Programmes in 2024 [Asia Pacific]’ at the Travel + Leisure Southeast Asia’s Luxury Awards
Millennium Hotels and Resorts Clinches The Second Prize for ‘Best Hotel Loyalty Programmes in 2024 [Asia Pacific]’ at the Travel + Leisure Southeast Asia’s Luxury Awards

Anugerah-anugerah ini terus mendorong dedikasi jenama ini bagi meningkatkan pengalaman tetamu dan mengekalkan standard yang luar biasa dalam bidang hospitaliti. Tatkala jenama ini meraikan pencapaian yang penting ini, ia juga berharap dapat menginovasi dan meluaskan program kesetiaannya bagi membolehkan tetamu mengalami penginapan yang tidak dapat dilupakan dan ganjaran yang menarik.

Millennium Hotels and Resorts won the bronze award for Team of the Year — Brand at The Loyalty & Engagement Awards 2024, organised by Marketing-Interactive
Millennium Hotels and Resorts won the bronze award for Team of the Year — Brand at The Loyalty & Engagement Awards 2024, organised by Marketing-Interactive

Source: Millennium Hotels and Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards