omniture

Perkongsian DXC Luxoft dan ECARX meningkatkan keupayaan inovasi termaju untuk pengeluar automotif

DXC Luxoft
2024-06-27 05:40 63

ECARX akan menggabungkan teknologi kokpit digital tindanan penuh dan bantuan pemandu yang terkemuka dalam industri dengan kepakaran domain mendalam DXC Luxoft , membolehkan pengeluar automotif meningkatkan pengalaman pengguna

ZUG, Switzerland, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- ECARX (Nasdaq: ECX) dan DXC Luxoft (NYSE: DXC) hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk mempercepatkan pembangunan keupayaan dalam kenderaan, menghasilkan infotainmen yang dipertingkatkan, sistem kokpit digital dan bantuan pemandu lanjutan, dan mendayakan pengalaman pengguna yang lebih baik untuk pemandu.

DXC Luxoft and ECARX join forces
DXC Luxoft and ECARX join forces

Kedua-dua peneraju teknologi automotif itu akan bekerjasama dalam pembangunan produk dan platform agar selaras dengan perubahan pesat dalam industri automotif. Tawaran perkakasan dan perisian bertindan penuh ECARX kini akan menyokong pelbagai perkhidmatan yang lebih luas melalui penambahan kepakaran DXC Luxoft dalam integrasi dan kejuruteraan perisian, dan keupayaannya untuk membangunkan penyelesaian tersuai untuk Pengilang Peralatan Asal (OEM) automotif.

Perkongsian baharu ini akan memudahkan OEM automotif memanfaatkan keupayaan kenderaan yang ditentukan perisian untuk membangunkan penyelesaian yang memberikan pengalaman pengguna yang inovatif — seperti menyediakan pemandu akses tanpa cela ke seluruh ekosistem aplikasi dan pembantu suara pintar yang dikuasakan oleh AI.

Sebagai penyepadu sistem perisian automotif global yang dipercayai, DXC Luxoft mempunyai kedudukan yang unik untuk menyediakan OEM automotif dengan kepakaran domain yang mendalam, memanfaatkan inovasi pembangunan perisian terkini, yang dikuasakan oleh AI.

Untuk memperkasakan OEM automotif dalam perkongsian ini, ECARX akan memanfaatkan penyelesaian 'turnkey' untuk kenderaan pintar, termasuk platform pengkomputeran, perisian dalam kenderaan, dan teknologi pengkomputeran pusat yang direka untuk menghubungkan sistem kenderaan yang ditentukan perisian generasi akan datang.

ECARX dan DXC Luxoft akan bekerjasama untuk membolehkan OEM automotif mempercepatkan transformasi model perniagaan mereka, dan memaksimumkan impak yang boleh diberikan oleh kenderaan yang beroperasi menggunakan perisian kepada pengalaman pengguna akhir.

Peter Cirino, Ketua Pegawai Operasi, ECARX, berkata, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan DXC Luxoft, rakan kongsi jenama dan penyepaduan yang dipercayai di seluruh dunia yang akan membantu OEM automotif menyepadukan perkakasan dan perisian kami untuk memenuhi keperluan individu mereka, memberikan pengalaman pengguna yang diharapkan dan membezakan produk mereka. Ini akan membolehkan OEM Automotif menikmati ebih banyak kebebasan perisian dan pertumbuhan perniagaan dengan membolehkan mereka, dengan kerjasama DXC Luxoft, membangunkan penyelesaian perisian pada tindanan ECARX yang terkemuka dalam industri."

"OEM automotif perlu dapat memanfaatkan kemajuan terkini dalam industri untuk menawarkan pengalaman pengguna yang unik," kata Luz G. Mauch, Naib Presiden Eksekutif DXC Luxoft Automotive. "Melalui kerjasama antara ECARX dan DXC Luxoft ini, klien kami akan mempunyai keupayaan untuk membina perisian dan antara muka yang unik, dan mempercepatkan transformasi kepada kenderaan yang yang beroperasi menggunakan perisian," tambahnya.

Maklumat Tentang ECARX

ECARX (Nasdaq: ECX) adalah penyedia teknologi automotif global dengan keupayaan untuk menyampaikan penyelesaian turnkey untuk kenderaan pintar generasi akan datang, daripada sistem pada cip (SoC), kepada platform pengkomputeran dan perisian. Apabila pembuat kereta membangunkan seni bina kenderaan baharu dari bawah ke atas, ECARX sedang membangunkan penyelesaian tindanan penuh untuk meningkatkan pengalaman pengguna, di samping mengurangkan kerumitan dan kos.

Ditubuhkan pada tahun 2017 dan disenaraikan di Nasdaq pada tahun 2022, ECARX kini mempunyai hampir 2,000 pekerja yang berpangkalan di 11 lokasi utama di UK, Amerika Syarikat, Sweden, China dan Jerman. Sehingga kini, produk ECARX boleh didapati dalam lebih 6 juta kenderaan di seluruh dunia.

Maklumat Tentang DXC Luxoft

DXC Luxoft adalah rakan kongsi yang dipercayai dalam transformasi digital global dan peneraju dalam memberikan kelebihan daya saing dalam dunia yang ditakrifkan perisian. Kami merekayasa dan menyampaikan perkhidmatan dan produk inovatif yang membentuk masa depan industri dengan memanfaatkan rangkaian perkongsian kami yang luas dan kepakaran khusus industri yang mendalam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari luxoft.com

Maklumat Tentang DXC Technology

DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat-syarikat global menjalankan sistem dan operasi kritikal misi mereka sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data, dan memastikan keselamatan dan kebolehskalaan merentasi awan awam, swasta dan hibrid. Syarikat-syarikat terbesar di dunia dan organisasi sektor awam mempercayai DXC untuk menggunakan perkhidmatan untuk memacu tahap prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan baharu di seluruh estet IT mereka. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami memberikan kecemerlangan untuk pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com.

Bersama, DXC dan DXC Luxoft menyampaikan proposisi nilai pelanggan yang berbeza untuk transformasi digital, menggabungkan keupayaan bahagian hadapan digital DXC Luxoft dengan kepakaran DXC dalam pemodenan dan penyepaduan.

Kenyataan pandang ke hadapan — ECAR X

Siaran ini mengandungi pernyataan yang berpandangan ke hadapan mengikut maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta A.S. 1995. Kenyataan-kenyataan ini dibuat berdasarkan kepercayaan dan jangkaan pengurusan serta andaian yang dibuat oleh dan data yang kini tersedia untuk pengurusan, muncul di beberapa tempat di seluruh dokumen ini dan termasuk kenyataan mengenai, antara lain, hasil operasi, keadaan kewangan, kecairan, prospek, pertumbuhan, strategi dan industri di mana kita beroperasi. Penggunaan perkataan "menjangka", "niat", "jangkaan", "anggaran", "meramalkan", "percaya", "harus", "potensi", "boleh", "awal", "ramalan", "objektif", "rancangan", atau "sasaran", dan ungkapan lain yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan berpandangan ke hadapan ini bukan jaminan prestasi masa depan dan tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material, termasuk, tetapi tidak terhad kepada kenyataan mengenai niat, kepercayaan atau harapan semasa kami mengenai, antara lain, hasil operasi, keadaan kewangan, kecairan, prospek, pertumbuhan, strategi, keadaan pasaran masa depan atau prestasi ekonomi dan perkembangan dalam pasaran modal dan kredit dan prestasi kewangan masa depan yang dijangkakan, dan pasaran di mana kami beroperasi. Untuk perbincangan mengenai perkara ini dan risiko serta ketidakpastian lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam mana-mana pernyataan yang berpandangan ke hadapan, lihat pemfailan ECARX dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS. ECARX tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula kenyataan yang berpandangan ke hadapan untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan berikutnya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.

Kenyataan pandang ke hadapan —  DXC Luxoft

Semua kenyataan dalam siaran akhbar ini yang tidak berkaitan secara langsung dan eksklusif dengan fakta sejarah merupakan "kenyataan yang berpandangan ke hadapan." Pernyataan ini mewakili jangkaan dan kepercayaan semasa, dan tiada jaminan dapat diberikan bahawa keputusan yang diterangkan dalam pernyataan tersebut akan dicapai. Pernyataan sedemikian tertakluk kepada pelbagai andaian, risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang diterangkan dalam pernyataan sedemikian, yang kebanyakannya di luar kawalan kami. Untuk penerangan bertulis mengenai faktor-faktor ini, lihat bahagian bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan DXC yang akan datang mengenai Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2024, dan sebarang maklumat pengemaskinian dalam pemfailan SEC berikutnya. Tiada jaminan boleh diberikan bahawa sebarang matlamat atau rancangan yang dinyatakan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan boleh atau akan dicapai, dan pembaca diberi amaran untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar kepada kenyataan sedemikian yang hanya disampaikan pada tarikh ia dibuat. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengeluarkan sebarang semakan kepada mana-mana kenyataan pandang ke hadapan atau untuk melaporkan sebarang peristiwa atau keadaan selepas tarikh laporan ini atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Hubungan media: Irina Patentova, Pengurus Pemasaran, DXC Luxoft, ipatentova@dxc.com; Daniel Griffiths, Pengarah Komunikasi, ECARX, daniel.griffiths@ecarxgroup.com 

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2446543/DXC_Luxoft_DXC_Luxoft_and_ECARX_partnership_boosts_advanced_inno.jpg?p=medium600

Source: DXC Luxoft
Related Stocks:
NASDAQ:ECX NYSE:DXC
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation Joint ventures Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence