omniture

Barisan produk dan teknologi LED Hikvision dinaik taraf penuh dipamerkan di acara pelancaran terkini

Hikvision Digital Technology
2024-06-27 11:18 80

HANGZHOU, China, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hikvision menganjurkan Acara Pelancaran Paparan LED 2024, bagi memaparkan penaiktarafan yang signifikan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta barisan produk. Acara yang hebat ini mencetuskan kekaguman khalayak global menerusi operasi terselaras dwi pangkalan pembuatan, kemunculan sulung kabinet LED generasi ke-5, serta pelancaran produk LED yang pelbagai untuk paparan luar, paparan kreatif, modul dan pengawal.

2024 Hikvision LED display product launch event
2024 Hikvision LED display product launch event

Asas kejayaan: pembuatan digital dan inovasi tanpa henti

Dikenali secara meluas dengan penyelesaian keselamatan videonya, Hikvision sebenarnya menerokai pasaran LED lebih sedekad yang lalu. Syarikat ini menterjemahkan kemajuan teknologinya secara berterusan kepada kelebihan pasaran, dengan produk tersedia di lebih 150 negara.

Rahsia di sebalik perjalanan yang mengagumkan ini terletak pada keupayaan pembuatan digital rintis Hikvision. Dwi pangkalan pembuatannya di Tonglu dan Wuhan secara kolektif mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan yang menakjubkan melebihi 500,000 meter persegi. Dalam seluruh proses pembuatan, Hikvision komited terhadap piawaian yang ketat dan memastikan pengurusan kualiti yang terbaik.

Kemunculan sulung yang mengagumkan: kabinet LED generasi ke-5 sebagai pengubah keadaan

Di acara yang hebat ini, Hikvision menonjolkan kabinet LED generasi ke-5nya, mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi paparan. Dengan reka bentuk perindustrian termaju, keluaran baharu ini menjanjikan prestasi dan kemudahan yang utama dalam industri.

Dengan struktur kabinet termaju yang berukuran hanya 29.3 mm dan berat hanya 17 kg/m², produk unggulan baharu Hikvision menggabungkan keanggunan dengan keteguhan. Reka bentuk papan besar yang inovatif memudahkan pemasangan yang lebih senang, serasi dengan pilihan resolusi serba boleh. Kabinet ini menyokong kedua-dua pendawaian mendatar dan menegak, mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan.

Kabinet LED generasi ke-5 Hikvision memperkenalkan struktur disatukan, menampung tiga teknologi papan lampu: COB (cip pada papan), HOB (gam Hikvision pada papan) dan SMD (peranti lekap permukaan), yang dapat mengurangkan risiko inventori lapuk dan meminimumkan kos lelaran produk. Siri Ultra menawarkan penggantian pic piksel yang lancar dan kekonsistenan warna melalui penentukuran kabinet tunggal. Siri Solid Plus dan Solid memberikan ketahanan, penyelenggaraan mudah serta kecekapan tenaga.

Kabinet LED generasi ke-5 Hikvision mengubah penyelesaian paparan merentas industri-industri. Bermula daripada pusat arahan ke bilik persidangan, teater hingga kedai runcit, kesemuanya menawarkan penghasilan semula warna yang lebih terang dan pengalaman yang lebih imersif berbanding sebelum ini.

Penaiktarafan berskala penuh: berkembang kepada pengawal, perisian dan selanjutnya

  • Pengawal LED: Bagi meningkatkan seluruh ekosistem produk, Hikvision menaik taraf pengawal LEDnya dengan ketara. Siri C menyokong pelbagai kad penerima antara muka HUB dan menawarkan nilai hebat untuk pelanggan saluran. Siri P unggulan, tersedia dalam versi penuh dan separuh lebar, memenuhi pelbagai keperluan dalam hebahan maklumat dan kawalan cantuman. Pengawal dinding video termaju memenuhi kedua-dua persediaan pemantauan kecil dan pusat arahan besar.
  • Perisian LED: Selain perkakasan, Hikvision turut menawarkan perisian LED yang berkuasa dengan konfigurasi berasaskan web untuk semua pengawal LED. Bagi keperluan lanjutan, pengawal kelompok LEDnya membolehkan konfigurasi serentak berbilang pengawal. Bagi reka bentuk dan pengedaran iklan yang rumit, HikCentral FocSign menyediakan penjadualan terperinci, aliran kerja komprehensif dan papan pemuka pemantauan status terpusat.
  • Paparan dalaman, paparan luaran dan modul LED: Dalam barisan produk LED dalaman, siri Flex dan Value dipertingkatkan lagi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada senario runcit. Sementara itu, siri LED luarannya yang andal, termasuk LumiUltra, LumiFit dan LumiSquare, kini menawarkan rangkaian pilihan yang lebih luas bagi pic, kecerahan dan kemampuan. Selain itu, modul LED yang dibangunkan sendiri oleh Hikvision merangkumi pelbagai model, termasuk dalaman, luaran, lunak dan canggih, bagi memenuhi keperluan senario yang pelbagai.

Sebagai kuasa perintis dalam industri paparan LED global, Hikvision bersiap sedia untuk menyampaikan penemuan baharu dan perkembangan yang menarik. Untuk butiran lanjut dan kemas kini, sila kunjungi laman web rasmi Hikvision.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mining/Metals Retail Semiconductors New products/services General Manufacturing