omniture

MWCS 2024: Huawei Terima 5G-A Komersial untuk Era AI Mudah Alih

Huawei
2024-06-27 13:11 101

SHANGHAI, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Huawei menghadiri MWC Shanghai 2024 di bawah sepanduk "Memajukan Dunia Pintar" dan menawarkan "Jelajah Pengalaman 5G-A Komersial". Di reruainya di Dewan SNIEC N1, Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini yang menyokong kedua-dua penggunaan 5G-A komersial dan peranti AI yang diperlukan untuk era AI mudah alih.

Huawei turut mengumumkan bahawa ia berjaya mencapai enam konsensus yang berasingan bersama pengendali 5G-A rintis dari seluruh dunia dan melancarkan inisiatif bersama untuk pembangunan video mudah alih yang berkualiti tinggi dalam era AI bersama-sama pengendali global, pelanggan industri dan organisasi berkaitan yang lain. Sepanjang tiga hari yang akan datang, Huawei dijangka bertemu dengan pengendali global dan pengusaha industri yang lain untuk membincangkan laluan pembangunan untuk F5G-A dan Net5.5G.

Pada tahun 2024, pengendali terkemuka di Timur Tengah dan China telah mula menggunakan rangkaian 5G-A, dengan sebahagian daripada mereka telahpun melancarkan pakej 5G-A berasaskan pengalaman yang dibezakan.

Semasa berlangsungnya acara pada hari ini, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT David Wang menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Mempercepatkan 5G-A dan Membentuk Era AI Mudah Alih". Semasa ucaptama ini, beliau berkata, "Bulan ini merupakan tahun kelima sejak pelancaran komersial 5G di China. Sepanjang lima tahun yang lalu, 5G komersial mencapai kejayaan yang luar biasa dan memberi impak yang belum pernah berlaku sebelum ini kepada industri mudah alih global. Tahun 2024 menandakan permulaan era AI mudah alih hasil daripada pelancaran komersial 5G-A dan peranti AI yang lain. Teknologi ini akan menjadi kunci bagi menjadikan perkhidmatan pintar sentiasa ada. Era ini bukan sahaja akan mengubah interaksi manusia-mesin, tetapi juga penghasilan kandungan serta peranti mudah alih dan akan menggiatkan masyarakat dan mencipta peluang untuk industri mudah alih. Di Huawei, kami akan terus mempercepatkan pembangunan 5G-A dari kedua-dua perspektif 'Rangkaian untuk AI' dan 'AI untuk Rangkaian' bagi mencipta nilai perniagaan baharu. Huawei berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan industri untuk merebut peluang besar yang disampaikan oleh era AI mudah alih demi membentuk dunia pintar."

Bilangan pengguna 5G global telahpun melebihi 1.8 bilion dan banyak pengendali sudahpun melihat gelombang faedah yang pertama daripada 5G. Perkhidmatan pengguna seperti Panggilan Baharu, telefon awan dan 3D tanpa cermin mata mempunyai banyak keperluan rangkaian yang lebih tinggi, seperti kelajuan yang lebih tinggi dan kependaman yang lebih rendah. Dari segi perkhidmatan perindustrian, ekosistem RedCap telahpun matang, IoT pasif kini tersedia untuk pasaran yang lebih luas dan aplikasi Internet Pelbagai Kenderaan (IoV) memerlukan kelajuan paut naik yang lebih tinggi. Dalam masa terdekat, kita akan dapat melihat gelombang faedah komersial kedua tatkala kita menyaksikan 100 bilion sambungan didorong oleh perkhidmatan dalam semua senario dan penaiktarafan industri yang didorong oleh model perniagaan baharu.

Huawei's SNIEC Hall N1 booth at MWC Shanghai 2024
Huawei's SNIEC Hall N1 booth at MWC Shanghai 2024

Pengendali terkemuka di seluruh dunia sudahpun berusaha untuk memanfaatkan 5G-A. Lebih daripada 30 pengendali telahpun melengkapkan pengesahan teknikal 5G-A. Terdapat hampir 20 model telefon mudah alih dalam pasaran yang kini boleh menyokong pengagregatan berbilang pembawa, dengan sebilangan daripadanya menyokong pengaktifan ciri secara asal. Kira-kira 10 pengendali juga telahpun mengumumkan rancangan 5G-A komersial, yang melibatkan pelancaran pakej 5G-A dan perkhidmatan berkaitan yang lain. Berbilang pengendali di Timur Tengah dan China telah mula menggunakan rangkaian pengagregatan komponen tiga pembawa 5G-A (3CC) secara meluas yang menyasarkan kadar paut turun 5 Gbit/s dan banyak pengendali memperkenalkan model pengewangan berasaskan pengalaman baharu tatkala mereka beralih kepada 5G-A.

Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkininya di gerai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).

Tahun 2024 akan menandakan tahun pertama 5.5G komersial dan penggunaan rangkaian optik gigabit F5.5G telahpun bermula. Sinergi merentas rangkaian, awan dan kecerdasan bersedia mencetuskan aplikasi pintar yang meluas dan pengalaman pengguna yang semakin pelbagai. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, Huawei akan menyelami topik-topik yang menarik di MWC Shanghai pada tahun ini, seperti cara untuk memperkukuh kejayaan 5G dalam era 5.5G dan cara untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan hasil pengendali bagi membawarkan kami dengan lebih pantas ke dunia pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2024.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news