omniture

Alami Ketersambungan Peringkat-Seterusnya dengan Pendedahan Tongyu Communication di Shanghai MWC 2024

Tongyu Communication
2024-06-27 13:11 70

ZHONGSHAN, China, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Dalam usaha untuk menonjolkan penyelesaian antena yang inovatif, Tongyu Communication Inc. (XSHE: 002792) mengumumkan kehadirannya di Shanghai World Mobile Communications 2024. Acara yang amat dinanti-nantikan ini, yang berlangsung mulai 26 hingga 28 Jun, akan membawakan penyelesaian terkini daripada Tongyu di reruai N1-D110.


Dengan reputasi dalam menyampaikan penyelesaian komunikasi terkini, Tongyu Communication kekal di barisan hadapan teknologi dengan platform Taurus terbarunya. Antara sorotan pada pameran ini ialah antena berbilang frekuensi 2L4H dan antena pembentuk alur 2L2H+TDD, kedua-duanya menggunakan platform Taurus. Antena-antena ini direka bentuk untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan keberkesanan operasi rangkaian mudah alih, seterusnya membawa prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Direka bentuk untuk rangkaian 4G dan 5G, antena berbilang frekuensi 2L4H dan antena pembentuk alur 2L2H+TDD menawarkan penyelesaian hibrid yang menyepadukan elemen aktif dan pasif (A+P), menghapuskan keperluan terhadap ruang menara tambahan.

Selain daripada penyelesaian antena termaju ini, Tongyu Communication dengan bangganya mempamerkan antena AFU MIMO. Penyelesaian rintis ini memberikan prestasi dan kapasiti yang tiada tandingan untuk komunikasi tanpa wayar termaju. Syarikat ini juga akan mempersembahkan antena hijaunya di pameran ini, menampilkan bahan mesra alam selaras dengan keperluan alam sekitar. Para hadirin juga boleh mengharapkan untuk melihat penyelesaian antena satelit. Antena satelit terminal ZL60P-E menonjol dengan reka bentuk boleh lipat, saiz kompak dan pembinaan yang ringan, seterusnya menangani batasan kemudahalihan antena satelit tradisional.

Dengan mempamerkan inovasi terkininya di Shanghai MWC 2024, Tongyu Communication memperkukuh komitmennya untuk memacu kemajuan dalam industri komunikasi mudah alih. Syarikat ini mengkhusus untuk membangunkan produk antena stesen utama generasi seterusnya, berkecekapan tinggi dan berprestasi tinggi. Di samping itu, Tongyu Communication memulakan secara strategik penyelidikan dan pembangunan dalam bidang antena gelombang-milimeter dan 6G. Dengan tumpuan untuk meluaskan kehadirannya di pasaran luar negara, syarikat ini akan terus melabur dalam sumber global bagi meningkatkan daya saing produknya.

Latar Belakang Tongyu Communication 

Tongyu Communication Inc. ditubuhkan pada tahun 1996, mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pembuatan, penjualan dan perkhidmatan antena komunikasi mudah alih, peranti frekuensi radio dan modul optik. Dengan pangkalan pengeluaran di China, subsidiari dan cawangan di Eropah serta beberapa lokasi di seluruh dunia, Tongyu Communication mewujudkan kehadiran global yang mantap. Syarikat komited untuk menyediakan penyelesaian termaju dan memacu kemajuan teknologi dalam industri komunikasi mudah alih.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.tongyucom.com

Source: Tongyu Communication
Related Stocks:
Shenzhen:002792
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news