omniture

Vantage Foundation jalin kerjasama dengan Doorstep Library tingkatkan celik huruf dalam kalangan keluarga menetap di kawasan serba kekurangan di UK

Vantage Foundation
2024-06-27 13:37 9

LONDON, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Foundation dengan bangganya mengumumkan perkongsiannya bersama Doorstep Library, sebuah badan amal celik huruf yang berfokuskan komuniti yang mengkhusus untuk membawakan keajaiban buku dan kegembiraan membaca terus ke rumah kanak-kanak di seluruh London. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Vantage Foundation menderma sebanyak AS$2,000 kepada Doorstep Library, dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan kadar celik huruf dan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak, seterusnya memperkasa mereka untuk mengubah kisah mereka sendiri buat selama-lamanya.

Vantage Foundation partners with Doorstep Library to enhance literacy among families living in areas of disadvantage in the UK
Vantage Foundation partners with Doorstep Library to enhance literacy among families living in areas of disadvantage in the UK

Doorstep Library beroperasi di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, terutamanya di London, bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada buku dan peluang untuk menikmati membaca. Sukarelawan melawat keluarga setiap minggu, membawa buku, berkongsi cerita dan menggalakkan ibu bapa membaca bersama anak-anak mereka.

Kajian daripada National Literacy Trust and Chase[1] mengetengahkan keperluan mendesak terhadap inisiatif sedemikian, mendedahkan bahawa 1 dalam 5 ibu bapa dan penjaga kurang berbelanja untuk buku buat anak-anak mereka ekoran masalah kewangan. Dengan 1 dalam 7 sekolah rendah negeri mengalami kekurangan akses kepada perpustakaan, ramai kanak-kanak terlepas peluang pembelajaran awal yang kritikal.

Impak daripada Doorstep Library dapat dilihat melalui pelbagai kisah yang menyentuh hati. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, Josh, yang tidak pernah membaca dengan kuat semasa sesi, mengejutkan semua orang pada suatu hari apabila meminta membaca bukunya kepada sukarelawan dan ibunya. Walaupun tersekat-sekat menyebut beberapa perkataan, Josh membaca keseluruhan buku, seterusnya menandakan detik perubahan yang penting dalam perjalanan membacanya.

Dalam anekdot yang lain, Nia yang berusia lapan tahun berkongsi dengan Katie Bareham, Ketua Pegawai Eksekutif Doorstep Library, mengapa dia percaya Doorstep Library adalah sangat penting. Nia berkata, "Apabila kita menginjak dewasa, kita akan ingat bahawa ini merupakan bahagian yang terbaik dalam minggu berkenaan dan kita juga akan membaca bersama anak-anak kita." Pemahaman yang mendalam ini menonjolkan kesan yang berkekalan daripada usaha Doorstep Library.

"Kami memecahkan kitaran kanak-kanak yang tidak dibacakan buku kepadanya, untuk berseronok dan demi rasa gembira daripadanya dan kami ingin mencipta buat kanak-kanak ini, kenangan yang akan kekal sepanjang hayat mereka dan diharapkan akan diteruskan kepada generasi seterusnya," kata Katie.

"Membaca membuka pintu kepada dunia imaginasi dan ilmu pengetahuan yang baharu," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Kami teruja untuk memberikan sokongan kami dan menyediakan akses buku kepada lebih ramai kanak-kanak, tanpa mengira keadaan ekonomi keluarga mereka serta memberi impak positif kepada masa depan mereka. Usaha murni pihak Doorstep Library dalam memupuk minat membaca merupakan langkah yang kritikal ke arah mencapai matlamat berkenaan."

Ketahui lebih lanjut mengenai Doorstep Library di www.doorsteplibrary.org.uk.

Latar Belakang Vantage Foundation 

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini telahpun bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan amal di serata dunia, termasuk The iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

[1] Laporan penuh The National Literacy Trust and Chase diterbitkan pada 27 Februari 2023. Dipautkan di sini.

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Books Publishing/Information Service Children-related news Corporate Social Responsibility