omniture

Tingkatkan Kesemua 15 Ceramide Penting dengan inovasi pembersih buih Cetaphil BAHARU: Cetaphil® Daily Facial Cleanser

CETAPHIL
2024-06-27 17:27 12

Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU adalah pembersih gel-berbuih yang meningkat kesemua 15 kelas ceramide untuk kulit, serta ia berkesan membersih tanpa menjejaskan lapisan pelindung kulit, menjadikannya solusi terbaik untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia*, berasa bangga memperkenalkan produk terbaharunya - Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU—sebagai tambahan ke dalam portfolio rangakaian pembersihya. Pembersih dengan inovasi gel-berbuih ini direka khas untuk kulit berminyak serta kombinasi yang sensitif dan terbukti secara klinikal boleh menanggalkan sehingga 94% mikropartikel pencemaran, mencuci dan membersih di samping mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadi kulit.

Tingkatkan Kesemua 15 Ceramide Penting dengan inovasi pembersih buih Cetaphil BAHARU: Cetaphil® Daily Facial Cleanser
Tingkatkan Kesemua 15 Ceramide Penting dengan inovasi pembersih buih Cetaphil BAHARU: Cetaphil® Daily Facial Cleanser

Di Malaysia, ramai penduduknya berhadapan dengan isu kulit berminyak serta kombinasi yang sensitif akibat tahap kelembapan cuaca negara ini yang tinggi dan pencemaran udara khususnya di kawasan bandar. Malah, kulit orang Asia selalunya lebih berminyak atas faktor luaran dan dalaman termasuklah kepadatan kelenjar minyak mereka lebih tinggi di mana ia menghasilkan sebum. Penghasilan sebum adalah penting untuk memastikan kulit kekal anjal namun persekitaran yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi akan merangsang kelenjar mengeluarkan minyak secara berlebihan, mengakibatkan pori-pori semakin membesar dan meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat. Masalah inilah yang menyebabkan perlunya ada solusi penjagaan kulit seperti Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU.

Dengan memanfaatkan keberkesanan gabungan bahan-bahan yang dicipta oleh pakar Cetaphil® seperti Niacinamide, Panthenol dan Glycerin yang menghidrat, Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU diformulasikan khas untuk mengecilkan liang pori dalam masa 28 hari sahaja. Formula bersifat bukan komedogenik ini menghalang pembentukan jerawat yang biasa berlaku terutama untuk kulit berminyak dan sensitif tanpa menjejaskan kelembapan kulit.

Cik Cindy Tiu, Country Manager Galderma Malaysia berkata, "Kami telah memperkenalkan pembersih berbuih sebagai tambahan kepada rangkaian penjagaan kulit pilihan ramai, Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Kaji selidik menunjukkan pengguna sukakan pembersih berbuih termasuklah mereka yang berkulit sensitif. Pakar-pakar dermatologi dan para penyelidik kami dengan gigih dan teliti telah mencipta Cetaphil® Daily Facial Cleanser bagi memenuhi permintaan pengguna kami. Produk ini bukan sekadar membersih, malah ia membuatkan mereka yang memiliki kulit berminyak dan sensitif berasa yakin untuk terus konsisten menjaga kesihatan kulit mereka. Matlamat kami adalah untuk mengekalkan hubungan baik antara pengguna dengan rangkaian penjagaan kulit mereka, di samping memastikan kulit mereka terus sihat, berseri dan dijaga dengan baik setiap hari."

Faktor paling utama dalam inovasi terbaharu Cetaphil ini ialah ceramide – sejenis lipid yang terhasil secara semula jadi dalam lapisan pelindung kulit. Ramai percaya bahawa lebih tinggi kandungan ceramide, bermaksud pelindung kulit lebih sihat, namun begitu keseimbangan komposit ceramide adalah lebih penting untuk kesihatan kulit. Formulasi Cetaphil mensasarkan kesemua kelas ceramide yang penting, membantu pemulihan lapisan pelindung kulit dan memelihara daya ketahanan kulit, di samping melindunginya daripada terjejas akibat faktor luaran, dan pada masa sama mengekalkan kelembapan dan nutrien dalam kulit.

Rangkaian pembersih jenama terkemuka ini meningkatkan kesemua 15 kelas ceramide yang penting termasuklah Cetaphil® Gentle Skin Cleanser, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser dan Cetaphil® Soothing Foam Wash. Kini Cetaphil® mengorak langkah ke era baharu dengan Daily Facial Cleanser BAHARU. Formulasi terbaharu ini lebih menonjol bukan sahaja kerana ia meningkatkan semua kelas ceramide yang penting untuk kulit, malah ia menjanjikan pengalaman membersih yang menyegarkan untuk kulit berminyak dan kombinasi. Tidak seperti pembersih berbuih konvensional yang ada di pasaran, solusi yang berinovatif ini menawarkan pembersihan lembut serta menghidratkan untuk memelihara kulit sensitif. Ia bebas paraben, bebas sabun, tiada pewangi dan dapat melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif.

Cetaphil® juga sedang meraikan Cleanser Awareness Month (Bulan Kesedaran untuk Pembersih) buat tahun kedua berturut-turut, bermula dari Jun sehingga Julai 2024. Inisiatif ini merupakan satu cara mengajak pengguna untuk menerokai portfolio jenama terkemuka yang sedang meluaskan sayapnya dan mempelajari semula langkah penjagaan kulit yang betul dengan mencari pembersih yang sesuai dengan jenis kulit dan gaya hidup pengguna. Mengekalkan motonya iaitu "We Do Skin, You Do You", Cetaphil® berazam untuk memberi nafas baharu terhadap pengalaman membersih untuk warga Malaysia melalui pelbagai siri aktiviti menarik. Ia termasuklah konten sosial yang berinteraktif, bengkel membersih, kembara ke kampus universiti dan pusat beli-belah, penampilan istimewa di kedai-kedai serta strim secara langsung untuk membicarakan pelbagai topik tentang bermula dengan asas penjagaan kulit sehinggalah pengalaman membersih peribadi mereka.

Sejajar dengan Cleanser Awareness Month, Cetaphil® turut merasa teruja untuk memperkenalkan buat julung kalinya dan yang terbesar di Malaysia, 'Cleanserland'. Bermula dari 30 Jun 2024, warga Malaysia boleh berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya, LG East Court Concourse untuk menyaksikan keseluruhan rangkaian pembersih Cetaphil®, mendapatkan analisa kulit, menebus sampel percuma dan menerima promosi eksklusif Watsons sehingga 40% bila membuat pembelian. Cleanserland akan turut menyediakan ruang yang Instagrammable serta menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk dikongsikan secara langsung.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU dan Cleanser Awareness Month, sila layari www.cetaphil.com.my atau temui kami di TikTok, Instagram dan Facebook.

Tentang CETAPHIL®

Selama lebih 75 tahun yang lalu, seorang ahli farmasi bersama seorang ahli dermatologi telah mencipta produk Cetaphil® yang pertama – suatu formulasi yang lembut namun berupaya membersih tanpa menanggalkan kelembapan dan tanpa menyebabkan kulit tersumbat. Hari ini Cetaphil® adalah jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia* dan diiktiraf oleh penjagaan kesihatan yang profesional di seluruh dunia. Dengan bantuan pakar-pakar kulit global terkemuka, mereka terus membangunkan teknologi penjagaan kulit yang berinovatif untuk kulit sensitif bagi membantu memulihkan, melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit setiap hari. Untuk maklumat lanjut, layari www.CETAPHIL.com.my

*IQVIA Malaysia, Emollients & Protectives Market, MAT Sep 2021 (Value)

Tentang Galderma

Galderma adalah sebuah syarikat dermatologi persendirian terbesar di dunia, yang terdapat di lebih 100 buah negara. Sejak penubuhan kami pada tahun 1981, kami telah didorong oleh dedikasi kami dalam bidang dermatologi. Kami telah membina portfolio yang berinovatif berasaskan sains untuk jenama dan perkhidmatan yang sofistikated menjangkaui Estetik, Penjagaan Pengguna dan Preskripsi Ubat-ubatan. Dengan memfokuskan terhadap keperluan pengguna dan pesakit, kami bekerjasama dengan mereka yang profesional dalam penjagaan kesihatan untuk hasil yang terbaik. Kami amat memahami bahawa terdapat banyak kisah di sebalik setiap jenis kulit yang kita miliki, dan atas sebab itulah kami mencipta kemajuan dalam bidang dermatologi untuk mewakili setiap kisah tersebut. Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.galderma.com

Source: CETAPHIL
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics New products/services