omniture

Huawei Yang Chaobin: AI untuk Rangkaian Perkasa Produktiviti

Huawei
2024-06-27 20:35 59

SHANGHAI, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Shanghai 2024, Ahli Lembaga Huawei dan Presiden Produk & Penyelesaian ICT Yang Chaobin membincangkan bagaimana teknologi AI, khususnya AI generatif, membawa peluang dan keperluan baharu kepada rangkaian telekomunikasi. Beliau turut membincangkan kepentingan mengintegrasikan dan mengaplikasikan teknologi digital dan pintar yang inovatif bagi mempercepatkan evolusi rangkaian ke arah autonomi peringkat lebih tinggi dan menjadikan rangkaian lebih produktif.

Yang Chaobin delivering a keynote
Yang Chaobin delivering a keynote

Dalam ucapan beliau yang bertajuk "AI untuk Rangkaian: Memperkasa Produktiviti", Yang berkata, "Industri telekomunikasi telah memulakan 5G-A, manakala AI generatif pula mencapai kejayaan besar. AI, sebagai teknologi asas untuk automasi rangkaian, bersedia untuk mempercepatkan peralihan industri ini ke arah autonomi rangkaian peringkat lebih tinggi dan memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan 5G-A."

Yang turut menyatakan bahawa AI generatif mentransformasikan pengeluaran, pemprosesan, pemindahan dan pertukaran maklumat untuk mencipta peluang AI mudah alih dan meningkatkan trafik, sambungan serta perkhidmatan. Ini juga bererti keperluan yang lebih tinggi untuk pengewangan pengalaman perkhidmatan dibezakan dan O&M rangkaian automatik. Yang memperkenalkan bagaimana penyelesaian Rangkaian Pemanduan Autonomi (ADN) Huawei yang dinaik taraf kini dikuasakan oleh Telecom Foundation Model syarikat ini untuk menyediakan lima kopilot berasaskan peranan dan lima ejen berasaskan senario. Penyelesaian ini akan meningkatkan nilai rangkaian dalam tiga aspek: pengupayaan perkhidmatan, penyelenggaraan rangkaian serta jaminan pengalaman.

Menurut Yang, kopilot dapat menyokong lima peranan: kakitangan pusat operasi rangkaian (NOC), kakitangan khidmat pelanggan, jurutera penyelenggaraan lapangan, jurutera pemasangan dan penyelenggaraan jalur lebar rumah dan pengguna jalur lebar rumah. Kopilot boleh membentuk semula interaksi dan kolaborasi mesin-manusia dengan menyokong Soal Jawab pengetahuan pintar dan O&M terbantu, seterusnya meningkatkan kecekapan dengan ketara dan merendahkan standard untuk jurutera teknikal.

Di samping itu, ejen boleh menyokong lima senario bernilai tinggi merentas penyelenggaraan, pengoptimuman dan operasi rangkaian. Berdasarkan dasar pratetap, ejen boleh memecahkan tugas yang kompleks secara automatik, mengatur proses dan menggunakan alatan serta antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) bagi mencapai autonomi berasaskan senario, lalu meningkatkan kecekapan operasi mahupun pengalaman pelanggan dengan ketara.

Kopilot dan ejen menonjolkan nilai perniagaan yang boleh dihasilkan oleh AI dalam aplikasi inovatif. Semasa ucaptama beliau, Yang berkongsi beberapa senario tipikal yang membolehkan kopilot dan ejen mencipta nilai yang hebat, termasuk pengurusan kesalahan, pengoptimuman rangkaian tanpa wayar dan rangkaian persendirian kampus perusahaan.

MWC Shanghai 2024 akan diadakan mulai 26 Jun hingga 28 Jun di Shanghai, China. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkininya di gerai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).

Tahun 2024 akan menandakan tahun pertama 5.5G komersial dan penggunaan rangkaian optik gigabit F5.5G telahpun bermula. Sinergi merentas rangkaian, awan dan kecerdasan bersedia mencetuskan aplikasi pintar yang meluas dan pengalaman pengguna yang semakin pelbagai. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, Huawei akan menyelami topik-topik yang menarik di MWC Shanghai pada tahun ini, seperti cara untuk memperkukuh kejayaan 5G dalam era 5.5G dan cara untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan hasil pengendali bagi membawa kita ke dunia pintar dengan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2024.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence