omniture

Xinhua Silk Road: Pakar dari dalam dan luar negara berhimpun di Huangshan manfaatkan momentum RCEP demi kerjasama saling menguntungkan

Xinhua Silk Road
2024-06-27 21:52 71

BEIJING, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Forum Kerjasama Kerajaan Tempatan dan Bandar Persahabatan (Huangshan) RCEP 2024 telahpun diadakan baru-baru ini di Bandar Huangshan, Wilayah Anhui, timur China, menghimpunkan pakar dan perusahaan dari negara-negara anggota RCEP untuk berkongsi pandangan tentang kesan dan prospek RCEP.

Photo shows the opening ceremony of 2024 RCEP Local Governments and Friendship Cities Cooperation (Huangshan) Forum. (Source: Huangshan)
Photo shows the opening ceremony of 2024 RCEP Local Governments and Friendship Cities Cooperation (Huangshan) Forum. (Source: Huangshan)

Semasa berlangsungnya forum ini, Laporan Pembangunan Kerjasama Serantau RCEP 2024 dikeluarkan secara bersama oleh Chinese Academy of International Trade and Economic Cooperation dan China Economic Information Service (CEIS).

Laporan ini menjalankan analisis makro terhadap kemajuan dalam pelaksanaan RCEP dan penilaian mikro ke atas soal selidik mengenai perusahaan Cina, mengusulkan cadangan membina bagi pelaksanaan RCEP yang komprehensif dan berkualiti tinggi serta meningkatkan momentum kerjasama serantau, seperti yang diperkenalkan oleh Yu Zirong, timbalan pengarah Chinese Academy of International Trade and Economic Cooperation.

Photo shows that interpretation of the Report on Development of RCEP's Regional Cooperation 2024 by Yu Zirong. (Source: Huangshan)
Photo shows that interpretation of the Report on Development of RCEP's Regional Cooperation 2024 by Yu Zirong. (Source: Huangshan)

Bagi mendorong pelaksanaan RCEP yang berkualiti tinggi, Kementerian Perdagangan China (MOC) mengadakan 18 sesi latihan tematik RCEP dengan penyertaan daripada lebih 1.3 juta orang di seluruh negara. Latihan ini meningkatkan kesedaran dan keupayaan perusahaan untuk memahami dan menggunakan dasar di bawah RCEP dengan ketara, kata Shen Xiaokai, timbalan pengarah Jabatan Hal Ehwal Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa MOC.

Volum import dan eksport China dengan 14 negara anggota RCEP yang lain berjumlah 12.6 trilion yuan pada tahun 2023, meningkat 5.3 peratus berbanding pada tahun 2021 sebelum perjanjian tersebut berkuat kuasa, menurut Pentadbiran Am Kastam (GAC). Setakat Mei 2024, nilai import keutamaan kumulatif di bawah RCEP mencecah 200 bilion yuan, dengan konsesi cukai sebanyak 5.1 bilion yuan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Wilayah Anhui terus meluaskan kerjasamanya dengan negara-negara anggota RCEP. Jumlah nilai keluaran perusahaan dari negara-negara anggota RCEP lain yang melabur di Anhui dianggarkan mencecah 100 bilion yuan, sementara pelaburan perusahaan Anhui di negara-negara RCEP menyumbang sebanyak lebih daripada 20 peratus dalam jumlah pelaburan keluar mereka, kata Chen Li, ketua juruaudit Perkhidmatan Cukai, Pentadbiran Percukaian Negeri Wilayah Anhui.

Forum ini turut menyaksikan penandatanganan 10 projek, meliputi bidang-bidang seperti automobil, pendidikan, perubatan dan tenaga baharu.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/340815.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service