omniture

Jenama Makanan Fungsian Kesihatan Terkemuka Korea JungKwanJang Tembusi Guardian dan Watsons Malaysia

JungKwanJang
2024-06-28 09:00 45

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SEOUL, Korea Selatan, 28 Jun 2024 /PRNewswire/ -- JungKwanJang, jenama makanan fungsian kesihatan terkemuka Korea Selatan, telahpun memasuki kedai-kedai kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian dan Watsons. Syarikat ini melancarkan produk unggulannya seperti "Korean Red Ginseng Extract Everytime" dan minuman kesihatan seperti "Hong Sam Won" dan "GoodBase Korean Red Ginseng with Pomegranate."

Jenama Makanan Fungsian Kesihatan Terkemuka Korea JungKwanJang Tembusi Guardian dan Watsons Malaysia
Jenama Makanan Fungsian Kesihatan Terkemuka Korea JungKwanJang Tembusi Guardian dan Watsons Malaysia

Ketiga-tiga produk ini kini dijual di lebih 100 kedai Guardian termasuk One Utama Shopping Mall di Selangor, Malaysia dan "Hong Sam Won" di lebih 150 kedai Watsons termasuk Pavillion Shopping Mall Kuala Lumpur, dengan rancangan untuk memperkenalkan "Everytime" dalam suku ketiga.

Produk utama iaitu "Korean Red Ginseng Extract Everytime," produk ginseng merah jenis stik pek, sudahpun popular bukan sahaja di Korea tetapi juga dalam pasaran luar negara termasuk China dan Amerika Syarikat, mencapai jualan terkumpul kira-kira $950 juta sejak pelancarannya pada tahun 2012. Ia khususnya menjadi item tunggal paling laris terjual di kedai bebas cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan mengekalkan kedudukan jualan tiga teratas secara konsisten, seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai item yang harus dibeli oleh pelancong ke Korea.

JungKwanJang melantik Kang Tae-oh, yang mendapat populariti di rantau ASEAN melalui drama Netflix "Extraordinary Attorney Woo," sebagai model rantau Asia untuk "Everytime." Mulai 3 hingga 9 Jun, syarikat ini mengadakan jerayawara eksklusif di Suria KLCC Shopping Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, yang mendapat sambutan hebat daripada pengguna tempatan melalui acara merasa produk utama serta pelbagai acara yang menampilkan model Kang.

Selain Malaysia, JungKwanJang berkembang secara aktif di rantau ASEAN. Di Singapura, ia berjaya mewujudkan rangkaian kedai ubat tradisional moden melalui kontrak dengan pusat beli-belah tempatan dan gedung serbaneka, menjual produk-produk unggulan seperti "Everytime" dan "GoodBase" (Pomegranate/Aronia).

Di Vietnam, ia mencapai pertumbuhan jualan melalui kualiti produk yang diiktiraf dan pemasaran bersasar terhadap penduduk tempatan, memenangi Anugerah Jenama Makanan Kesihatan Korea di Vietnam tahun lalu.

Menurut firma penyelidikan pasaran global Euromonitor, JungKwanJang mencatatkan jualan tertinggi dalam pasaran runcit ginseng dunia selama 10 tahun berturut-turut dan mencapai bahagian pasaran sebanyak 46% dalam pasaran runcit ginseng global pada tahun lalu.

Seorang pegawai JungKwanJang berkata, "Kami akan terus berusaha untuk memperkenalkan produk-produk bagus yang boleh dipercayai dan dinikmati oleh pengguna seluruh dunia, melalui penyelidikan yang berterusan serta pengurusan kualiti."

Source: JungKwanJang
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Retail Supplementary Medicine Corporate Expansion