omniture

Kelab Bola Sepak Liverpool dan Japan Airlines menjalinkan hubungan rasmi yang akan menyaksikan syarikat penerbangan itu menjadi syarikat penerbangan rasmi kelab gergasi Inggeris itu.

Japan Airlines Co., Ltd.
2024-06-28 13:36 34

TOKYO, 28 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Kelab Bola Sepak Liverpool (Liverpool FC) dan Japan Airlines (JAL) dengan bangganya mengumumkan hubungan rasmi global untuk jangka masa yang panjang. Ia akan menyaksikan syarikat penerbangan itu yang telah memenangi anugerah-anugerah ternama menjadi syarikat penerbangan rasmi kelab tersebut.

Left: Junko Sakihara, Deputy Senior Vice President – Customer Experience at Japan Airlines; Right: Ben Latty, Chief Commercial Officer at Liverpool FC
Left: Junko Sakihara, Deputy Senior Vice President – Customer Experience at Japan Airlines; Right: Ben Latty, Chief Commercial Officer at Liverpool FC

 

Liverpool FC dan Japan Airlines Melonjak Bersama Dalam Hubungan Global

Hubungan rasmi ini, yang merangkumi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita, menyelaraskan cita-cita global dua jenama bertaraf dunia, menggabungkan semangat dan warisan salah satu kelab bola sepak paling terkenal di dunia, dengan perkhidmatan dan jangkauan yang luar biasa daripada syarikat penerbangan utama Jepun. Kedua-dua organisasi itu akan bekerjasama untuk menyokong dan melengkapi rancangan pertumbuhan global dan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam mengembangkan kehadiran mereka di pentas global.

Ben Latty, Ketua Pegawai Komersial di Liverpool FC, berkata: "Kami gembira untuk mengalu-alukan Japan Airlines sebagai rakan kongsi kami. Liverpool FC dan Japan Airlines adalah dua peneraju pasaran premium yang diiktiraf tinggi atas mentaliti mereka yang sentiasa ingin menang dan juga komitmen untuk berhubung dengan peminat atau penumpang dan komuniti di seluruh dunia."

"Hubungan ini menyelaraskan cita-cita global kami, menggabungkan semangat dan warisan salah satu kelab bola sepak paling terkenal di dunia dengan perkhidmatan dan jangkauan yang luar biasa daripada syarikat penerbangan utama Jepun. Hubungan rasmi ini akan membuka peluang kepada peminat untuk melibatkan diri dengan kelab itu melalui pengaktifan dan pengalaman unik."

"Bekerjasama dengan Japan Airlines adalah satu lagi langkah besar ke hadapan dalam strategi untuk mengembangkan kehadiran kami di pentas antarabangsa dan merapatkan lagi hubungan dengan peminat-peminat berdedikasi yang datang daripada pelbagai latar belakang."

Liverpool FC adalah kelab Liga Perdana Inggeris yang mempunyai peminat paling ramai dengan lebih 1.5 bilion peminat di media sosial dan kelab yang paling banyak ditonton di media sosial dengan 11.9 bilion tontonan. Liverpool FC juga merupakan kelab bola sepak Eropah yang paling banyak ditonton di seluruh dunia merentasi perlawanan domestik dan piala liga, dengan ratusan juta peminat dan lebih 330 Kelab Penyokong Rasmi Liverpool di seluruh dunia.

Junko Sakihara, Timbalan Naib Presiden Kanan – Pengalaman Pelanggan di Japan Airlines, berkata: "Hubungan ini penting bagi kami kerana ia akan membolehkan kami mengeratkan hubungan dengan peminat kami dan menjalinkan hubungan baharu dengan peminat Liverpool FC di seluruh dunia. Kami berasa sangat bertuah kerana dapat memulakan perjalanan yang menarik ini dengan Liverpool FC dan Yayasan LFC." 

Liverpool FC dan Japan Airlines Memulakan Perjalanan Dengan Satu Tujuan

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Japan Airlines akan bekerjasama rapat dengan Yayasan LFC mengenai inisiatif komuniti utama merentasi pasaran global dan menantikan perjalanan bersama pemerkasaan komuniti dan detik-detik yang berinspirasi.

Minako Kent, Pengarah Urusan Pemasaran Global di Japan Airlines, menambah: "Japan Airlines dan Liverpool FC berkongsi komitmen yang mendalam untuk memupuk bakat multinasional, melabur dalam pembangunan belia, dan menyokong komuniti yang mendapat perkhidmatan kami. Melalui kerjasama kami dengan Yayasan LFC, kami teruja untuk mengembangkan usaha ini dan memberikan impak positif yang berpanjangan kepada golongan muda di seluruh dunia."

Inisiatif pertama akan bermula pada bulan Julai, dengan syarikat penerbangan itu menyokong klinik bola sepak belia sempena perlawanan pra-musim antarabangsa Liverpool FC yang diadakan di Philadelphia di Pantai Timur AS.

Peminat akan berpeluang untuk memenangi tiket perlawanan, memorabilia dan juga perjalanan ke Liverpool melalui aktiviti promosi peminat. Ahli JAL Mileage Bank akan berpeluang untuk mengakses pengalaman VIP eksklusif di Stadium Anfield.

Hubungan rasmi ini menunjukkan kepercayaan yang dikongsi antara Liverpool FC dan Japan Airlines dalam kuasa sukan dan perjalanan untuk memberi inspirasi dan berhubung untuk meninggalkan kesan positif yang berpanjangan kepada individu daripada semua peringkat umur dan komuniti di seluruh dunia.

Tonton video pelancaran eksklusif yang dihasilkan oleh Liverpool FC dan Japan Airlines di sini.

 

BUTIRAN HUBUNGAN:

E-mel Liverpool FC: rachel.starr@liverpoolfc.com

E-mel Perhubungan Awam Japan Airlines: mediarelations.hdq@jal.com

Maklumat Tentang Japan Airlines:

Japan Airlines (JAL), syarikat penerbangan swasta pertama Jepun, ditubuhkan pada tahun 1951 dan merupakan ahli oneworld® Alliance. Syarikat penerbangan ini mengendalikan 227 pesawat (setakat Mac 2024) dan mula memperbaharui pesawat jarak jauh antarabangsanya dengan Airbus A350-1000 bermula Musim Sejuk 2023. Bersama dengan JAL Group dan rakan kongsi syarikat penerbangan lain, JAL menawarkan rangkaian domestik dan antarabangsa menyeluruh yang mengkhidmatkan 384 lapangan terbang di 64 negara/rantau. Syarikat penerbangan ini telah menerima pelbagai penghargaan untuk perkhidmatannya yang luar biasa, termasuk diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan 5 Bintang yang diperakui oleh Skytrax dan dianugerahkan gelaran Syarikat Penerbangan "Kelas Dunia" yang berprestij oleh APEX, Persatuan Pengalaman Penumpang Syarikat Penerbangan. Syarikat penerbangan ini berdedikasi untuk memastikan standard tertinggi keselamatan penerbangan dan kualiti perkhidmatan keseluruhan, berusaha untuk menjadi syarikat penerbangan yang paling disukai oleh pelanggan di seluruh dunia. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi https://www.jal.com/en/.

Maklumat Tentang Kelab Bola Sepak Liverpool

  • Ditubuhkan pada tahun 1892, Liverpool FC adalah salah satu kelab bola sepak paling bersejarah dan terkenal di dunia, memenangi 19 Gelaran Liga, termasuk Liga Perdana Inggeris, 8 Piala FA, 10 Piala Liga, 6 Piala Eropah, 3 Piala UEFA, 4 Piala Super Eropah
  • 16 Piala Sumbangsih, 2 gelaran Liga Super Wanita dan 1 Kejohanan Wanita.
  • Sebagai kelab yang bertanggungjawab daripada segi sosial, Liverpool FC berbangga dengan kerja yang dilakukannya melalui The Red Way yang memenangi anugerah, komitmen berterusannya untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk rakyat, planet dan komunitinya. Ini termasuk usaha untuk meningkatkan kelestarian di seluruh kelab, meningkatkan Kesaksamaan, Kepelbagaian & Keterangkuman dalam semua bidang, dan mewujudkan peluang yang mengubah hidup untuk kanak-kanak dan golongan muda di Merseyside dan di pelbagai tempat. Semuanya adalah hasil sumbangan daripada badan amal rasminya, Yayasan LFC.

 

 

 

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2445665/Japan_Airlines_Co_Ltd_Junko_Sakihara.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2445663/Japan_Airlines_Co_Ltd_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2445664/Japan_Airlines_Co_Ltd_LFC_Logo.jpg?p=medium600

Source: Japan Airlines Co., Ltd.
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Sports Travel Licensing/marketing agreements