omniture

Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Xu Ziyang di MWC Shanghai 2024: Kebijakan untuk Asas Kukuh, Keterbukaan agar Saling Menguntungkan

ZTE Corporation
2024-06-28 13:54 72

SHANGHAI, 28 Jun 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini, Xu Ziyang, menyampaikan ucaptama pada kedua-dua sesi "AI Diutamakan" dan Sidang Kemuncak GTI bertemakan "5G-A×AI" di MWC Shanghai 2024. En. Xu berkongsi amalan dan inovasi ZTE dalam pendigitalan pintar di tengah-tengah gelombang AI.

ZTE CEO Xu Ziyang delivering the speech titled "Ingenuity for Solid Foundation, Openness for Win-Win" at the "AI First" session
ZTE CEO Xu Ziyang delivering the speech titled "Ingenuity for Solid Foundation, Openness for Win-Win" at the "AI First" session

Dalam ucaptama beliau pada sesi "AI Diutamakan", Xu Ziyang berkongsi pandangan di bawah tema "Kebijakan untuk Asas Kukuh, Keterbukaan agar Saling Menguntungkan." Beliau menekankan bahawa walaupun dunia telah memasuki revolusi perindustrian berpacukan AI, pembangunan AI generatif menghadapi cabaran yang bermula daripada halusinasi, keselamatan dan etika, kepada kuasa pengkomputeran, penggunaan tenaga, set data, pemiawaian dan aplikasi komersial. Bagi mengatasi cabaran ini, ZTE mencadangkan tiga prinsip utama: keterbukaan dan penyahgandingan, evolusi pengkomputeran dan rangkaian, serta peningkatan latihan dan inferens.

Bertumpukan kepada nilai pelanggan, ZTE menyediakan penyelesaian pengkomputeran pintar tindanan-penuh dan senario-penuh yang mencakupi kuasa pengkomputeran, rangkaian, keupayaan, kecerdasan dan aplikasi. Ini mewujudkan asas kukuh melalui kepakaran teknikal dan memupuk inovasi melalui perkongsian kolaboratif, bermatlamat untuk memperkasa pelbagai industri dalam transformasi digital mereka.

Di Sidang Kemuncak GTI semasa berlangsungnya MWC Shanghai 2024, Xu Ziyang mengambil bahagian dalam majlis menandatangani kerjasama GTI-GSMA 5G-A×AI dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Evolusi Pengkomputeran dan Rangkaian Ke Arah Masa Depan Pintar." Beliau memperincikan peralihan daripada industrialisasi tradisional kepada industrialisasi baharu, menangani cabaran teras, mencadangkan penyelesaian serta memetik kes praktikal. Laluan kritikal melibatkan kemajuan dalam teknologi digital dan pintar teras, meningkatkan kecekapan dan keupayaan infrastruktur serta menyepadukan kepakaran industri secara mendalam. Ini mempercepatkan penumpuan dunia digital dan fizikal, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan urus niaga serta mewujudkan organisasi yang tangkas, bingkas yang bersedia untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu. 

Menurut En. Xu, ZTE menyokong fokus kepada empat dimensi - pendigitalan, rangkaian, kecerdasan dan inisiatif rendah karbon - bagi menangani cabaran semasa dan memacu inovasi serta pembangunan yang berterusan. Syarikat ini menggalakkan keterbukaan dan penyahgandingan, menyerlahkan pengkomputeran unggul dengan rangkaian termaju, meningkatkan keupayaan kecerdasan dan memacu pertumbuhan perniagaan melalui inisiatif hijau, menerusi komitmen yang teguh untuk menyokong pembangunan rantaian industri yang sejahtera dan mampan dengan bersungguh-sungguh, seterusnya memupuk ekonomi digital yang berkembang maju.

Untuk ucapan asal En. Xu yang bertajuk 'Kebijakan untuk Asas Kukuh, Keterbukaan agar Saling Menguntungkan', sila kunjungi: https://www.zte.com.cn/z/c4SdVZ

PERTANYAAN MEDIA:
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things