omniture

Growatt Perkenal Penyelesaian Solar dan Storan Tenaga Komprehensif untuk Pelbagai Aplikasi di Intersolar Europe 2024

Growatt
2024-06-28 14:05 13

BERLIN, 28 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Growatt, peneraju global bagi penyelesaian tenaga teragih, mempamerkan tawaran luasnya yang terkini di Intersolar Europe 2024, yang diadakan mulai 19 hingga 21 Jun di Munich. Pameran oleh syarikat ini memaparkan dengan jelas produk inovatif yang direka bentuk untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap storan tenaga, berserta penyelesaian termaju untuk sistem PV solar, pengecasan EV, stesen janakuasa mudah alih dan pengurusan tenaga pintar.

Growatt, a global leader in distributed energy solutions, showcased its latest extensive offerings at Intersolar Europe 2024, held from June 19th to 21st in Munich. The company’s exhibit prominently featured innovative products designed to meet the growing global demand for energy storage, alongside cutting-edge solutions for solar PV systems, EV charging, portable power stations, and smart energy management.
Growatt, a global leader in distributed energy solutions, showcased its latest extensive offerings at Intersolar Europe 2024, held from June 19th to 21st in Munich. The company’s exhibit prominently featured innovative products designed to meet the growing global demand for energy storage, alongside cutting-edge solutions for solar PV systems, EV charging, portable power stations, and smart energy management.

"Dengan fokus global beralih daripada penyelesaian solar semata-mata kepada storan tenaga bersepadu, Growatt mendahului dengan menyediakan pelbagai jenis produk yang menjadikan penyepaduan solar dan storan lancar mahupun cekap untuk aplikasi kediaman serta komersial," ulas Lisa Zhang, Naib Presiden Growatt. "Dengan memanfaatkan kepakaran teknologi kami yang luas, kami bukan sahaja meningkatkan barisan produk sedia ada kami tetapi turut memperkenalkan penyelesaian baharu untuk memenuhi trend baru muncul ini."

Diguna pakai secara meluas oleh isi rumah Eropah, penyongsang siri Sedia-Bateri (MIN 2500-6000TL-XH, MOD 3-10KTL3-XH dan MID 11-30KTL3-XH) terus menjadi produk unggulan syarikat ini. Penyongsang ini membolehkan pemilik rumah melabur pada mulanya dalam sistem PV sahaja dan kemudiannya beralih kepada storan tenaga sebagaimana yang diperlukan, meningkatkan kefleksibelan dan mengurangkan kos permulaan. Bateri APX HV yang serasi menyediakan storan tenaga yang amat cekap, menggunakan teknologi sambungan pensuisan lunak bagi memastikan setiap bateri dicas dan dinyahcas sepenuhnya tanpa ketakpadanan tenaga.

Memperkenalkan penyelesaian Penyongsang Mikro NEO 600-1000M-X dan Bateri NOAH 2000 yang terkini untuk sistem solar balkoni, Growatt menawarkan penyepaduan solar dan storan yang fleksibel dan mudah untuk penduduk dalam persekitaran kehidupan yang moden. Menekankan pemasangan mesra pengguna tanpa memerlukan pemasang profesional atau kelulusan grid, pengguna boleh menyediakan sistem dengan fungsi pasang-dan-pakai hanya dalam masa lima minit. Tambahan pula, menggabungkan sel bateri LiFePO4 dengan lebih 6,000 kitaran, Bateri NOAH 2000 memaksimumkan penggunaan kendiri dan mencapai pengurusan tenaga yang lebih pintar melalui pelbagai mod operasi.

Menyedari kepentingan storan tenaga C&I yang semakin meningkat dalam pasaran global, Growatt memperkenalkan penyelesaian tersuai untuk sektor ini. Sistem Penyongsang WIT 50-100K-HU dan Bateri Komersial APX menawarkan penarafan kuasa bermula daripada 28kW hingga 100kW serta kapasiti bateri bermula daripada 71kWj hingga 200kWj dalam satu sistem, boleh dilanjutkan kepada 300kWj/600kWj dalam operasi selari luar-grid. Penyongsang membawakan sehingga 10 MPPT dengan nisbah DC/AC sehingga 2.0 dan keupayaan pensuisan atas/luar grid peringkat UPS. Bateri Komersial APX, boleh diskalakan dengan modul bateri 14kWj, memaksimumkan penggunaan tenaga melalui pengoptimum tenaga modularnya.

Selain itu, penyelesaian WIT 29.9-50K-XHU dan Bateri Komersial AX menonjolkan kemajuan terkini dalam portfolio storan tenaga C&I Growatt. Penyongsang hibrid WIT 29.9-50K-XHU berfungsi sebagai pusat tenaga yang komprehensif, dilengkapi dengan tiga port bateri dan satu port penjana, seterusnya menyokong pelbagai aplikasi. Bateri Komersial AX, dengan penarafan cas dan nyahcas 1C maksimum dan reka bentuk kabinet 19-inci lebar standard, menawarkan kefleksibelan untuk penyepaduan modular.

Tatkala Growatt terus memberi kuasa kepada kediaman, perniagaan dan komuniti di seluruh dunia dengan kuasa solar yang cekap dan andal, pengeluar memperhebat tumpuannya pada penyelesaian storan tenaga. Peralihan strategik ini termasuk pembangunan dan penggunaan penyongsang storan dan produk bateri, memanfaatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengalaman industrinya yang luas. Dengan menyepadukan teknologi canggih dan reka bentuk yang inovatif, Growatt menyasarkan untuk menyampaikan sistem storan tenaga yang mantap dan serba guna yang dapat memenuhi pelbagai jenis aplikasi. Komitmen syarikat ini kepada inovasi dan kemampanan memastikan agar penyelesaiannya bukan sahaja meningkatkan kecekapan tenaga tetapi turut menyumbang kepada infrastruktur tenaga yang lebih bingkas dan mampan di peringkat global.

Hubungi: info@ginverter.com 

Source: Growatt
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Utilities New products/services Trade show news