omniture

Inovasi 5G Sekunder: Mengatur Haluan Baharu demi Kejayaan Perniagaan

Huawei
2024-06-28 19:54

SHANGHAI, 28 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya MWC Shanghai 2024, Chen Hao, Presiden Carrier Business di Huawei, menyampaikan ucaptama. Beliau menyatakan bahawa walaupun inovasi utama menghasilkan dividen teknologi, inovasi sekunder mempercepatkan kejayaan perniagaan dan menyebut bahawa 5G kini sedang mengalami inovasi sekunder.

China telahpun membina rangkaian 5G yang terbesar dan paling maju di dunia dan menjelang bulan Mei tahun ini, bilangan pengguna 5G di China melebihi 890 juta, menyumbang lebih 52% daripada jumlah keseluruhan global. Didorong oleh kemajuan yang luar biasa ini, teknologi maklumat dan komunikasi seperti 5G berkembang pesat menjadi bahagian yang penting dalam setiap sektor dan domain di China.

Semasa ucaptama beliau yang bertajuk "Inovasi 5G Sekunder: Mengatur Haluan Baharu demi Kejayaan Perniagaan", Chen berkata, "Kejayaan China dalam 5G ialah hasil daripada penerokaan tanpa henti, amalan berkesan serta inovasi yang tidak berkesudahan. Sama seperti penambahbaikan terhadap enjin stim oleh James Watt mencetuskan Revolusi Perindustrian, inovasi 5G sekunder dijangka mempercepatkan pengewangan dalam tiga bidang – senario pengguna, sinergi rangkaian-awan-kecerdasan dan kolaborasi ekosistem – untuk peringkat kejayaan perniagaan yang baharu."

Chen Hao delivering a keynote
Chen Hao delivering a keynote

Inovasi senario: Mencipta semula nilai kumpulan pengguna dan senario untuk mempercepatkan pengewangan rangkaian berbilang-metrik

Hari ini, China mempunyai 150 juta pengguna strim langsung berdaftar. Hasil daripada kelajuan paut naik tinggi 5G dan akses rangkaian berasaskan keutamaan, pengendali di negara ini dapat memenuhi keperluan pengguna ini untuk video yang menawarkan definisi yang lebih tinggi dan terputus-putus sifar. Tambahan pula, lebih daripada 15 pengendali wilayah di China melancarkan pakej penstriman langsung dengan kelajuan paut naik terjamin.

Rangkaian menjadi semakin berupaya untuk menyokong ciri-ciri baharu seperti pecutan khusus pengguna dan perkhidmatan, pengalaman berketentuan serta persepsi pengguna yang divisualisasikan dan kemajuan ini akan memperluaskan penstriman langsung kepada lebih banyak senario, kumpulan pengguna dan aplikasi. Justeru itu, nilai kumpulan pengguna dan senario akan dicipta semula, seterusnya mempercepatkan pengewangan rangkaian melalui metrik yang berbeza.

Inovasi bersepadu: Gerbang baharu menuju perkhidmatan IoT industri melalui sinergi rangkaian-awan-kecerdasan

Perkhidmatan Panggilan Baharu (New Calling) dan telefon awan akan berfungsi sebagai gerbang kepada lebih banyak perkhidmatan digital individu, manakala perkhidmatan Internet Pelbagai Kenderaan (IoV) dan Internet Pelbagai Benda Video (IoVT) mencipta peluang baharu untuk ketersambungan industri. Inovasi yang mengintegrasikan 5G, awan dan AI akan memacu perkhidmatan sedemikian ke hadapan.

Kandungan dijana AI (AIGC) hanyalah titik permulaan kepada Panggilan Baharu untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan. Dengan inkubasi lebih banyak senario aplikasi bernilai tinggi berorientasikan pengguna dan perniagaan, seperti menggantikan talian penting perusahaan tradisional dengan pembantu AI, Panggilan Baharu akan menjadi lebih menarik, mudah dan berharga.

Telefon awan sudah boleh membawakan pengalaman yang hampir sepadan dengan telefon fizikal. Menyampaikan resolusi 2K dan kependaman serendah 100 ms, telefon awan sedang dalam proses untuk menawarkan paparan resolusi lebih tinggi dan interaksi lebih lancar yang setanding dengan yang ditemui pada telefon fizikal.

Bagi IoV dan IoVT, teknologi RedCap dapat menyokong perkhidmatan ketersambungan dengan prestasi optimum, pada kos optimum. Ekosistem RedCap untuk cip, modul dan peranti sudahpun matang, bererti ia membolehkan pengendali mewujudkan penanda aras industri dengan pantas. Dengan liputan rangkaian berdampingan, berserta keupayaan baharu seperti penghirisan dan pengkomputeran awan pinggir, aplikasi bernilai tinggi yang baharu akan dibangunkan untuk menyokong perkhidmatan IoT baharu untuk industri, seperti pembuatan pintar dan automasi industri.

Inovasi kolaboratif: Kolaborasi industri E2E meningkatkan trafik perkhidmatan video

Perkhidmatan video semasa, sama ada video pendek, video panjang atau panggilan video, biasanya memberikan resolusi 540p atau 720p, yang bererti pengalaman pengguna mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan. Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan memaksimumkan keupayaan rangkaian terkemuka China, Huawei menyokong "melangkah menuju era HD penuh" di acara baru-baru ini "HD China: Forum mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi Video Mudah Alih dalam Era AI". Huawei turut menyeru para pengusaha dalam seluruh industri ini untuk berkolaborasi bagi mencapai penemuan dalam kandungan, teknologi dan pengalaman 3D tanpa cermin mata, agar semua orang boleh mendapat manfaat.

Dari segi kejayaan perniagaan 5G, pengewangan akan sangat bergantung kepada penciptaan semula nilai kumpulan pengguna dan senario; strategi perkhidmatan akan memerlukan sinergi rangkaian-awan-kecerdasan; dan kolaborasi terhadap jenis perkhidmatan video yang baharu akan menjadi kunci untuk meningkatkan trafik rangkaian. Mengakhiri ucapan beliau, Chen menyatakan bahawa Huawei akan berusaha sedaya upaya untuk menyokong pengendali dalam mendorong inovasi 5G sekunder dan menerima 5.5G komersial untuk membawa kejayaan perniagaan 5G ke peringkat seterusnya.

MWC Shanghai 2024 akan diadakan mulai 26 Jun hingga 28 Jun di Shanghai, China. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkininya di gerai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).

Tahun 2024 akan menandakan tahun pertama 5.5G komersial dan penggunaan rangkaian optik gigabit F5.5G telahpun bermula. Sinergi merentas rangkaian, awan dan kecerdasan bersedia mencetuskan aplikasi pintar yang meluas dan pengalaman pengguna yang semakin pelbagai. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, Huawei akan menyelami topik-topik yang menarik di MWC Shanghai pada tahun ini, seperti cara untuk memperkukuh kejayaan 5G dalam era 5.5G dan cara untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan hasil pengendali bagi membawa kita ke dunia pintar dengan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2024.

Source: Huawei
Keywords: Broadcast Technology Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things