omniture

Huawei Umum Rancangan Bawa AI ke Rangkaian Tingkatkan Produktiviti Rangkaian

Huawei
2024-07-01 10:46 8

SHANGHAI, 1 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Berucap pada sesi ucaptama MWC Shanghai 2024 bagi Perbincangan Meja Bulat 5G-A & AI, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Wireless Solution Eric Zhao mendedahkan rancangan untuk membawa AI ke rangkaian. Rancangan ini memfokuskan untuk membina ekosistem RAN Intelligent Agent melalui kolaborasi bersama pengendali bagi meningkatkan produktiviti rangkaian. Fasa pertamanya dijangkakan meliputi 1,000 jurutera tapak dan 10,000 tapak di seluruh Hangzhou, Guangzhou, Bangkok, Jinan dan Shenzhen dalam tempoh setengah tahun. 


Selepas tiga tahun melaksanakan usaha secara bersungguh-sungguh, sektor telekomunikasi menyaksikan kemajuan 5G-A bermula daripada visi kepada realiti dan tahun 2024 dialu-alukan sebagai tahun pertama 5G-A komersial. Setakat ini, 5G-A memaparkan prestasi yang agak mengagumkan dari segi pembangunan rangkaian, perniagaan dan peranti. Kini, rangkaian mudah alih menghadapi cabaran yang semakin meningkat yang berkaitan dengan O&M yang rumit, ciri-ciri rangkaian yang dibezakan dan operasi berpacukan pengalaman yang pelbagai. Sejajar dengan trend ini, Huawei mencadangkan untuk membawa AI ke rangkaian, iaitu untuk membina RAN Intelligent Agent yang dapat membentuk semula O&M, pengalaman dan perkhidmatan rangkaian. Kaedah membawa AI ke rangkaian 5G-A ini akan terbukti berkesan dalam meningkatkan produktiviti rangkaian. RAN Intelligent Agent menyediakan kopilot yang menyokong bot sembang berasaskan peranan dan agen yang menyokong automasi penyelesaian berasaskan senario.

Membentuk semula O&M: RAN Intelligent Agent meningkatkan kecekapan dengan mempermudah proses. Satu contoh yang mengagumkan berhubung hal ini ialah kopilot jurutera penyelenggaraan lapangan yang dilancarkan oleh Huawei. Sebagai yang pertama seumpamanya, kopilot ini merupakan pembantu berasaskan AI yang menjana secara autonomi dasar penyelesaian yang berasaskan kepada pengetahuan pakar yang luas bagi meningkatkan kecekapan dengan ketara. Semasa kes lapangan, ia memudahkan pengendalian kerosakan laluan optik dengan kecekapan sebanyak sepuluh kali ganda.

Membentuk semula pengalaman: RAN Intelligent Agent membolehkan rangkaian mengoptimumkan pengalaman secara autonomi dan menjimatkan tenaga. Pengoptimuman diautomasikan berdasarkan kepada penderiaan masa nyata kejituan tinggi berbilang dimensi serta penghasilan dan penyampaian pengalaman yang optimum dan dasar penjimatan tenaga. Pada bahagian yang diliputi oleh 223 sel, RAN Intelligent Agent beroperasi secara stabil selama beribu-ribu jam, memaksimumkan prestasi secara automatik dan dalam masa yang sama mengekalkan penggunaan tenaga serendah yang mungkin. Ini merupakan kali pertama Huawei bekerjasama dengan pengendali untuk melaksanakan O&M rangkaian automatik sedemikian.

Membentuk semula perkhidmatan: RAN Intelligent Agent mengupayakan operasi perkhidmatan berpacukan pengalaman melalui penilaian masa nyata sumber rangkaian. Ini membolehkan pengendali menyediakan perkhidmatan baharu sebaik sahaja ia diperlukan dan memastikan pengalaman perkhidmatan berketentuan. Pakej jaminan penstriman langsung 5G-A benar-benar membantu dalam hal ini. Sebagai pakej penstriman langsung pertama di dunia seumpamanya, ia menyediakan kepada petani buah-buahan dengan kelajuan paut naik berketentuan yang diperlukan oleh mereka untuk mendekati pelanggan melalui siaran langsung, menawarkan contoh yang baik dari segi bagaimana pengendali menginovasi model perniagaan bagi mempercepatkan pengewangan.

"Matlamat kami adalah untuk membawa AI ke rangkaian. Demi mencapai matlamat ini, bagi pihak kami, kami akan beralih daripada penyedia penyelesaian kepada pembina bersama rangkaian pintar. Kami percaya bahawa pertumbuhan bersama RAN Intelligent Agent dan rangkaian akan mencipta nilai perniagaan yang lebih luas, mengubah rangkaian dengan lebih pantas dan memimpin industri kita menuju era kecerdasan baharu," simpul Zhao.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Artificial Intelligence