omniture

Li Peng Huawei: Maksimumkan Nilai daripada Pengalaman dengan 5.5G

Huawei
2024-07-01 11:41 22

SHANGHAI, 1 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Shanghai 2024, Li Peng, Naib Presiden Kanan Korporat Huawei dan Presiden Jualan & Perkhidmatan ICT, menyampaikan ucaptama mengenai sejauh mana pembawa dapat memaksimumkan nilai 5.5G dengan lebih berkesan.

Usaha bersepadu selama bertahun-tahun merentas seluruh industri mempersiapkan rangkaian, perkhidmatan dan ekosistem perniagaan untuk penggunaan komersial berskala besar 5.5G. Agar pembawa dapat memulakan operasi secara serta merta, Li percaya bahawa inovasi model perniagaan dan integrasi keupayaan menjadi kunci untuk memaksimumkan pulangan pelaburan dalam 5.5G – dengan fokus untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang dibezakan.

"Era AI mudah alih sudahpun tiba," kata Li. "Bagi merangsang bentuk baharu permintaan yang belum diterokai, pembawa boleh menyepadukan keupayaan rangkaian, awan dan AI mereka untuk menyampaikan pelbagai pengalaman terhubung yang dibezakan. Pembawa harus merebut peluang yang baik ini untuk meneroka model perniagaan yang inovatif, memacu peralihan daripada pengewangan faktor-tunggal kepada berbilang-faktor – bermula daripada mengewangkan trafik kepada mengewangkan pengalaman itu sendiri. Inilah kunci untuk mencipta nilai yang lebih besar buat semua kategori pengguna dan memimpin pembangunan industri dalam era AI mudah alih."

Li menegaskan bahawa bekalan berkualiti tinggi merupakan kunci untuk merangsang permintaan baharu. Beliau membandingkan industri mudah alih dengan industri penerbangan pada tahun 1970-an, apabila syarikat penerbangan mula menyediakan kepada penumpang dengan perkhidmatan kabin dibezakan dengan mengklasifikasikan tempat duduk kabin kepada kelas pertama, kelas perniagaan dan kelas ekonomi, kemudian melancarkan tawaran perkhidmatan yang lebih diperibadikan seperti ruang istirahat lapangan terbang dan keistimewaan pihak ketiga. Ini membuka lembaran baharu bagi pengewangan pengalaman untuk industri penerbangan.

Sehingga kini, industri komunikasi mudah alih mencapai pertumbuhan yang luar biasa melalui inovasi model teknologi dan perniagaan tanpa henti. Ketika ini, menurut Li, masanya telah tiba untuk mengusahakan bekalan yang lebih inovatif. Tatkala teknologi komunikasi mudah alih berkembang kepada 5.5G, industri ini harus mengintegrasikan keupayaan rangkaian, awan dan AI bagi merangsang permintaan baharu dan terpendam dalam kalangan pengguna. Ini akan membantu memacu penaiktarafan industri dan pertumbuhan berkelajuan tinggi yang lebih mantap.

Li Peng, Huawei's Corporate Senior Vice President and President of ICT Sales & Service, delivered a keynote
Li Peng, Huawei's Corporate Senior Vice President and President of ICT Sales & Service, delivered a keynote

Pengalaman rangkaian berketentuan untuk pelbagai jenis keperluan

Individu yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza terhadap pengalaman rangkaian. Pengembara perniagaan cenderung memilih kelajuan paut turun yang lebih tinggi, manakala penstrim langsung dan pemain mungkin lebih mementingkan paut naik dan kependaman rangkaian. Rangkaian 5.5G dapat meningkatkan lebar jalur dengan faktor 10 dan membolehkan pembawa menjamin pengalaman terhubung yang kukuh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan penjadualan berasaskan-QCI tanpa wayar, kadar bit terjamin (GBR) dan penilaian pengguna dan perkhidmatan pintar serta penjanaan dasar melalui Fungsi Analitis Data Rangkaian (NWDAF) rangkaian teras. Pembawa boleh mereka bentuk pelbagai jenis pakej bersasar untuk kumpulan individu yang berbeza serta menyediakan perkhidmatan diperibadikan yang menambah hasil dan juga meningkatkan kesetiaan dalam kalangan pelanggan yang mementingkan kualiti tinggi.

Telefon awan: Mengintegrasikan ketersambungan, pengkomputeran dan ekosistem untuk model bekalan inovatif baharu

Menurut Li, dikuasakan oleh lebar jalur tinggi dan kependaman rendah yang disediakan oleh rangkaian 5G dan penggunaan atas permintaan kumpulan sumber awan, telefon awan dapat memenuhi keperluan kategori pengguna yang berbeza terhadap kuasa pengkomputeran masa nyata, pengasingan data dan kolaborasi dalam talian dengan lebih baik.

Beliau memetik China Mobile Zhejiang sebagai contoh. Pembawa melancarkan pakej telefon awan yang mengintegrasikan keupayaan pengkomputeran, rangkaian dan awan. Pelanggan perkhidmatan ini dapat menikmati akses sehenti kepada penstriman atas permintaan dan keistimewaan ahli yang lain pada peranti awan maya mereka. Pembawa ini turut mencapai pengewangan berbilang-faktor dengan menawarkan pelan data khusus 1 TB dengan tiga tahap pakej kuasa pengkomputeran yang berbeza. Dengan berkongsi keistimewaan pihak ketiga, pembawa juga mendapat keuntungan daripada pelan data yang ditaja.

5.5G mengupayakan rangkaian produk dan tawaran B2B lebih beraneka

5.5G menyampaikan keupayaan yang dipertingkat dari segi kelajuan paut naik dan paut turun, kependaman, penentududukan dan rangkaian berketentuan. Li menambah bahawa kesemua ini dapat digunakan untuk menaikkan lagi taraf lebih 30,000 rangkaian persendirian khusus industri yang telahpun dipasang atur, memperluaskan keupayaan rangkaian dengan berkesan bermula daripada sistem tambahan kepada sistem pengeluaran teras serta mencipta nilai perindustrian yang lebih besar.

Selain daripada perkhidmatan rangkaian 5G asas, pembawa juga boleh menyediakan perkhidmatan terjamin SLA dan perkhidmatan bernilai tambah seperti reka bentuk rangkaian yang andal, perkhidmatan pinggir pintar dan penentududukan berkejituan tinggi. Li menyatakan bahawa 5.5G merupakan padanan yang sempurna untuk operasi kereta api. Dengan penentududukan berkejituan tinggi 5.5G dalam terowong, bersama-sama aplikasi seperti pemeriksaan video automatik berkuasa-5G dan pemeriksaan kenderaan berkuasa-AI, kesemua laluan kereta api boleh menjadikan O&M pintar suatu realiti praktikal.

MWC Shanghai 2024 akan diadakan mulai 26 Jun hingga 28 Jun di Shanghai, China. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkininya di gerai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).

Tahun 2024 akan menyaksikan pelancaran komersial 5.5G, manakala F5.5G, diperlihatkan melalui rangkaian optik gigabit, sudahpun dilaksanakan. Sinergi merentas rangkaian, awan dan kecerdasan mempelbagaikan pengalaman pengguna dan menjadikan aplikasi pintar merata. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, kami menyelami topik-topik seperti memperkasa kejayaan 5G dalam era 5.5G, memanfaatkan potensi untuk meningkatkan hasil pengendali dan mempercepatkan langkah ke arah dunia pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2024

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things