omniture

Yili Terima Empat Anugerah World Dairy Innovation di Kongres Tenusu Global ke-17

Yili Group
2024-07-02 06:57 62

LONDON2 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Kongres Tenusu Global ke-17 berlangsung mulai 25 hingga 27 Jun di London, United Kingdom. Bertemakan "Orang Ramai Sihat, Planet Sihat", Kongres ini menghimpunkan pemimpin kanan daripada syarikat tenusu, ilmuwan, pakar serta delegasi daripada organisasi industri untuk menganalisis trend pasaran tenusu global yang terkini dan pembangunan masa depan pasaran makanan sihat.

Yili received four World Dairy Innovation Awards
Yili received four World Dairy Innovation Awards

Dr. Zhanyou Yun, Ahli International Dairy Federation Board dan Naib Presiden Yili Group, menyampaikan ucapan yang bertajuk "Inovasi Membawa kepada Masa Depan yang Sihat" pada Panel Kepimpinan Industri. Dr. Yun memperkenalkan usaha inovasi Yili dalam bidang seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, pewujudan ekosistem perindustrian, pembangunan mampan dan pendigitalan pintar. Pada sesi perbincangan meja bulat seterusnya, Dr. Yun mengadakan perbincangan yang mendalam bersama ahli panel pakar mengenai pencapaian inovatif Yili. "Sebagai industri penting yang amat berkait rapat dengan kesihatan manusia, kesejahteraan ekologi dan pembangunan ekonomi keseluruhan, kepentingan sektor tenusu menjadi semakin jelas. Yili komited untuk berkolaborasi bersama pengusaha industri tenusu global yang lain bagi mencipta laluan baharu ke hadapan demi pembangunan industri masa depan," tegas Dr. Yun.

Richard Hall, Pengerusi Zenith Global, menekankan: "Yili mencetuskan perubahan dan bukannya sekadar mengikuti trend industri tenusu global. Kini, ia mencipta budaya tenusu dunia yang baharu dan pengguna dunia mendapat manfaat daripada budaya ini."

Dipilih sebagai satu-satunya produk tenusu yang ditetapkan secara rasmi bagi Kongres Tenusu Global ke-17, Yili membawa empat jenama inovatifnya ke acara ini: SATINE, AMBPOMIAL, SHUHUA dan CHANGYI 100%. Di reruai Yili, satu siri produk tenusu yang inovatif menarik minat pengunjung dengan perisa serba baharu dan pemakanan yang sangat baik.

Anugerah World Dairy Innovation tahunan turut diumumkan di acara ini. Dilancarkan secara bersama oleh Zenith Global, penganjur Kongres Tenusu Global dan media industri makanan yang terkemuka di dunia FoodBev Media, World Dairy Innovation Awards benar-benar diiktiraf sebagai salah satu anugerah yang paling berpengaruh untuk inovasi industri tenusu global. Tahun ini, Yili Group memperoleh empat anugerah untuk produknya yang berkualiti tinggi dan prestasi cemerlang dalam inovasi, menerajui industri ini dengan anugerah yang paling banyak. Ambrosial Avocado Oatmeal Yogurt merupakan pemenang bagi Minuman Tenusu, Yili Shuhua Antangjian Blood Sugar Control Milk memenangi gelaran Minuman Fungsian dan Center-Filled Cheese Lollipop mendapat anugerah Inovasi Pembuatan/Teknologi, manakala Ambrosial x Mario Spoon-Eating Yoghurt memenangi anugerah Reka Bentuk Pembungkusan.

Yili memanfaatkan sumber R&D yang utama dalam industri dan bakat global untuk mewujudkan sistem inovasi komprehensif yang meliputi seluruh rantaian industri. Komitmen Yili yang tidak berbelah bahagi kepada inovasi memacu momentum pertumbuhannya. Pada tahun 2023, Yili mencapai pertumbuhan stabil selama 31 tahun berturut-turut, dengan produk inovatif menyumbang sebanyak 16.8% daripada jumlah hasil. Menerima visi untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat buat semua, Yili akan menggiatkan usaha R&Dnya dalam teknologi termaju dan produk tenusu inovatif yang disesuaikan mengikut permintaan pengguna.

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Awards