omniture

UTS peroleh kedudukan dalam senarai kedudukan 100 terbaik dunia

University of Technology Sydney
2024-07-02 07:25 8

SYDNEY, 2 Julai 2024 /PRNewswire/ -- University of Technology Sydney (UTS) mendaki ke kedudukan ke-88 dalam QS World University Ranking, mencapai aras tinggi yang baharu dan mendapat kedudukan sebagai salah satu universiti terunggul di dunia.

The UTS campus sits within the thriving tech central hub in the heart of Sydney.
The UTS campus sits within the thriving tech central hub in the heart of Sydney.

Naib Canselor dan Presiden UTS, Profesor Andrew Parfitt, mengucapkan terima kasih atas usaha kakitangan UTS dan berkata keputusan yang mengagumkan ini mencerminkan komitmen universiti terhadap penyelidikan berimpak tinggi dan fokus kepada perubahan sosial dan alam sekitar yang positif.

"Pengiktirafan yang kami terima melalui senarai kedudukan yang berprestij ini merupakan hasil daripada komitmen berterusan kami terhadap kecemerlangan penyelidikan serta pembangunan perkongsian industri bermanfaat yang meningkatkan hasil kebolehpasaran untuk siswazah kami.

"Gembira juga rasanya apabila melihat sumbangan kami kepada kemampanan diiktiraf. UTS mendahului jalan dalam penyelidikan kemampanan, memberikan pandangan, teknologi dan penyelesaian dalam bidang seperti tenaga hijau, perubahan iklim, air bersih dan sanitasi, demi membina masa depan yang lebih baik."

Dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2024 yang baru dikeluarkan, UTS juga dinamakan sebagai universiti berprestasi terbaik ke-13 yang setara antara 1,963 institusi di peringkat global, dengan kedudukan dunia nombor satu yang menonjol dalam kategori menilai kapasiti universiti untuk perkongsian dan kolaborasi.

Inisiatif yang menentukan prestasi UTS dalam keputusan Impact Rankings 2024, khususnya dalam Perkongsian untuk Matlamat termasuk:

  • Kepimpinan UTS dalam inisiatif RACE for 2030, sebuah pusat penyelidikan kerjasama untuk transformasi tenaga dan karbon
  • Institute for Sustainable Futures (ISF) bekerjasama dengan UNICEF untuk membangunkan 21 helaian fakta negara berhubung bekalan air sendiri di Asia dan Pasifik
  • Projek penyelidikan One Earth Climate Model memfokuskan kepada laluan iklim dan tenaga untuk Nepal
  • Kolaborasi bersama NGO untuk mencapai SDG melalui pelajar dan program penyelidikan, seperti program UTS Soul.

UTS mengekalkan kedudukan ke-9 di Australia dalam senarai kedudukan QS, yang mengukur prestasi sesebuah universiti merentas aspek penyelidikan, pengalaman belajar, hasil kebolehpasaran siswazah, penglibatan global dan kemampanan.

University of Technology Sydney (UTS) ialah salah satu daripada 100 universiti terbaik di dunia dan universiti teknologi awam yang terkemuka dengan impak global. Kunjungi discover.uts.edu.au untuk mengetahui lebih lanjut.

Source: University of Technology Sydney
Keywords: Education Environmental Products & Services Green Technology Higher Education Awards Survey, Polls & Research