omniture

Hisense Jalin Kerjasama dengan Safe-Hub Berlin Wujudkan Parti Tonton Inklusif untuk UEFA EURO 2024™

Hisense
2024-07-03 05:27 9

QINGDAO, China, 3 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju global bagi barangan elektronik dan peralatan pengguna, hari ini mengumumkan perkongsian bersama Safe-Hub Berlin, bagi menyatukan komuniti anak muda yang pelbagai melalui kuasa sukan bola sepak semasa berlangsungnya UEFA EURO 2024™. Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, Hisense akan menyokong siri 16 tontonan umum di Safe-Hub Berlin, yang membolehkan peminat muda menonton kejohanan ini dalam persekitaran yang selamat dan mesra serta mengambil bahagian dalam sukan dan sesi pendidikan yang menggalakkan keterangkuman serta kepaduan.


Hisense x Safe-Hub Berlin Watch Party: Celebrating Youth, Football, and Community!

Safe-Hub Berlin, terletak di daerah Wedding, menawarkan kepada anak muda ruang yang selamat untuk bermain, belajar dan berkembang, juga ruang yang membolehkan mereka merasai keseronokan UEFA EURO 2024™. Kolaborasi Hisense bersama Safe-Hub Berlin menekankan komitmen Hisense untuk melabur dalam potensi dan kejayaan anak muda, seterusnya membolehkan mereka menjalani kehidupan yang bahagia dan sihat.

Melalui perkongsian ini, Hisense menyediakan sokongan kewangan untuk tontonan umum dan produk termaju Hisense kepada Safe-Hub Berlin bagi memudahkan pengurusan 16 tontonan umum perlawanan UEFA EURO 2024™ untuk anak muda di Wedding, Berlin. Tontonan ini bukan sahaja akan menawarkan pengalaman menonton bola sepak yang mengujakan tetapi juga termasuk kejohanan bola sepak dan sesi di lapangan yang menggalakkan pembinaan pasukan.

Bagi meraikan dan mendorong perkongsian yang unik ini, Hisense menghasilkan sebuah video menarik bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan untuk Safe-Hub Berlin dan tontonan yang akan datang. Video promosi memaparkan ahli komuniti tempatan dan jurulatih Safe-Hub, memberikan pratonton tentang apa yang akan dapat dialami oleh anak muda semasa tontonan UEFA EURO 2024™ akan datang di Safe-Hub Berlin. Tonton filem: https://youtu.be/Utxwa-nZkrU

Hisense menyatakan rasa bangganya kerana dapat bekerjasama dengan Safe-Hub Berlin untuk menawarkan peluang kepada anak muda di Wedding untuk mengalami EURO 2024™ dalam persekitaran yang selamat dan menyokong. Jenama ini menekankan bahawa inisiatif ini benar-benar selaras dengan kepercayaan mereka bahawa pelaburan dalam komuniti penting untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua orang.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hisense kerana menjayakan Parti Tonton Komuniti semasa EURO 2024™. Melalui sumbangan daripada Hisense, kami telah mewujudkan ruang yang selamat di kawasan kejiranan yang membolehkan anak muda berkumpul untuk menonton kejohanan ini." Kata Jasmina, Pengarah Operasi Safe-Hub Germany.

Tahun ini merupakan UEFA European Championship™ yang ketiga berturut-turut Hisense bekerjasama dengan acara ini dan baru-baru ini kempen 'BEYOND GLORY' yang menampilkan Duta-duta Global Iker Casillas dan Manuel Neuer, menonjolkan matlamat Hisense untuk menerobos sempadan dan komitmennya bagi membangunkan teknologi perkakas rumah rintis dalam usaha untuk meningkatkan kehidupan seharian.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Latar Belakang Safe-Hub 

Safe-Hub® ialah infrastruktur dan platform inovatif untuk pembangunan belia dan komuniti yang holistik. Ia merupakan ruang selamat dari segi fizikal dan emosi untuk anak muda, keluarga dan komuniti mereka. Di sini, mereka boleh mengakses perkhidmatan, peluang dan sokongan daripada suri teladan yang mantap melalui program selepas sekolah berasaskan sukan dengan tumpuan khusus kepada kesihatan, pendidikan, kebolehpasaran, pembangunan ekonomi tempatan dan penyelesaian hijau. Infrastruktur Safe-Hub menyediakan kampus untuk NGO tempatan, kerajaan dan penyedia perkhidmatan, menjadikan setiap Safe-Hub sebagai tempat kolaborasi yang inovatif dengan hanya satu fokus utama: sokongan holistik untuk anak muda, keluarga mereka dan komuniti.

 

Source: Hisense
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements