omniture

POP Toy Show Kembali ke Singapura Lebih Besar dan Lebih Baik dengan Dimoo In the Garden City

Popmart Singapore
2024-07-03 22:16 69

SINGAPURA, 3 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Susulan kejayaan memberangsangkan POP TOY SHOW (PTS) Singapura sulung pada September lalu, fenomena global POP MART dengan gembiranya mengumumkan kembalinya acara yang amat dinanti-nantikan ini ke Singapura. Edisi ke-2 akan berlangsung di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Tingkat 1 - Dewan A, B dan C, mulai 23 hingga 25 Ogos 2024.

Membarisi acara sebagai penghibur utama bagi acara tahun ini ialah Dimoo, salah satu kegemaran peminat yang utama daripada POP MART. Bertemakan "Dimoo in the Garden City", acara tahun 2024 menjanjikan barisan yang menarik dan lebih besar melibatkan artis antarabangsa, serantau dan tempatan, jenama yang mengambil bahagian serta mainan seni koleksi eksklusif untuk peminat dan pengumpul.

"Saya berasa sangat gembira kerana dapat kembali ke Singapura untuk PTS kali kedua dan saya pasti tidak sabar-sabar untuk bertemu peminat Dimoo dari seluruh dunia," kata Ayan Deng, artis Dimoo. Kali ini, peminat yang belum puas dengan budak lelaki yang bersifat ingin tahu bersama awan kecil di atas kepalanya, boleh mengharapkan lebih daripada empat (4) titisan Dimoo eksklusif-PTS dan mengambil gambar di reruai Dimoo yang menampilkan arca bersaiz sebenar.

Lang, artis Hirono dan Ketua POP Design Center (PDC) merupakan satu lagi kegemaran peminat yang mengesahkan penyertaannya. Selain itu, dua artis muda daripada PDC akan turut menyertai Lang dan membawa permainan-A mereka ke acara ini. Xue Chen, artis Sweet Bean dan Yumi, artis Pino Jelly, akan berada di Singapura buat julung kalinya untuk bertemu peminat mereka. Pada tahun ini, PDC akan mempunyai reruai kendirinya yang menampilkan produk utama Harta Intelek (IP) PDC dan peminat boleh menantikan beberapa pelancaran pertama serta mainan eksklusif-Singapura.

Quiccs, salah seorang artis bereputasi baik dari Filipina, berkata persiapan sedang dijalankan yang mana beliau akan mempamerkan karya terkininya di PTS Singapura. Terkenal dengan seni dan watak jalanan beliau, TEQ63, Quiccs telahpun berkolaborasi dengan banyak jenama yang terkemuka di tanah air termasuk Adidas, Jollibee dan banyak lagi. "Bermula daripada papan selaju tersuai, kasut sniker dan pakaian jalanan, terdapat banyak koleksi baharu dan segar yang boleh dimiliki oleh peminat buat kali pertama di PTS Singapura dan saya berharap mereka akan menyukai apa yang mereka lihat," menurut Quiccs.

Tiket untuk acara ini akan tersedia untuk dijual melalui Ticketmaster mulai 2 Julai 2024 jam 2 petang. Anda boleh membelinya melalui bit.ly/pts2024ticket. Pilihan termasuk tiket 1-Hari, 3-Hari, 1-Hari Kumpulan (4 orang) dan 3-Hari Premium, bermula daripada $28 untuk tiket tempah awal. Nantikan di laman web PTS dan halaman media sosial untuk lebih banyak perkembangan terkini.

Pameran ini akan memaparkan lebih 50 artis, pereka mainan dan jenama mainan antarabangsa yang berbeza sepanjang ekstravaganza selama tiga hari. Sorotan yang patut diberi perhatian termasuk sesi temu mesra yang eksklusif bersama artis-artis POP MART yang terkenal, pelancaran barangan eksklusif serta sesi lukisan langsung yang menarik oleh ramai artis berbakat.

"Sejak PTS yang terakhir di Singapura, POP MART terus meluaskan jejak kami di peringkat global dengan banyak kedai baharu dibuka di Thailand, Vietnam, Eropah dan AS. Kami percaya PTS Singapura akan menjadi titik pertemuan yang baik untuk semua peminat setia dan peminat baharu kami bertemu dan berinteraksi, bukan sahaja dalam komuniti, bahkan dengan artis, jenama dan rakan usaha sama," kata Justin Moon, Presiden POP MART International.

Jangan ketinggalan acara epik ini yang mana seni, budaya dan komuniti bertembung! Sertai kami di Marina Bay Sands untuk pengalaman hujung minggu yang penuh dengan seni yang mengagumkan, aktiviti hebat dan banyak keseronokan. Ayuh kita cipta beberapa kenangan yang tidak dapat dilupakan!

Latar Belakang POP MART

POP MART ialah salah satu jenama mainan seni paling popular yang menjadi kegemaran hangat dalam kalangan generasi muda hari ini. Terkenal dengan koleksi Blind Box yang ekstensif - bungkusan terkedap yang memastikan kandungan patung kecil menjadi misteri kepada pemilik baharunya – POP MART menghapuskan stereotaip bahawa mainan hanya untuk kanak-kanak. Sejak tahun 2021, POP MART turut berkembang ke pasaran mainan seni mewah dan memperkenalkan MEGA Collections bagi memenuhi minat ramai pengumpul mainan seni.

Syarikat ini bekerjasama dengan jenama yang terkemuka di dunia, seperti Disney, Sanrio, Warner Bros. antara lain, serta pereka terkenal seperti Kenny, Pucky dan Kasing Lung untuk melancarkan pelbagai produk budaya pop berdasarkan watak klasik yang menarik minat kumpulan pelanggan setianya. Sebagai sokongan berharga kepada asas pasaran mainan berjenama terkenal, POP MART turut mempertingkatkan pengalaman pengguna pelanggannya melalui permainan-mini serta aplet untuk terus menarik pelanggannya.

PDC (POP Design Center) ditubuhkan pada tahun 2017 dan memfokuskan kepada Harta Intelek (IP) asal, sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan artis global dan operasi IP POP MART. PDC menarik minat ramai artis berbakat daripada industri media dan hiburan yang mantap. Dengan sumbernya yang banyak dan pasukan produk profesional, PDC memupuk ramai artis yang sedang meningkat naik untuk mencipta IP mereka sendiri yang telah menawan hati ramai peminat di seluruh dunia melalui ciri-ciri mereka yang unik.

Latar Belakang POP TOY SHOW (PTS)

Sejak tahun 2017, POP Toy Show (PTS) menjadi pameran mainan terkemuka Asia, mengadakan tujuh acara yang berjaya di Beijing dan Shanghai. Tahun lalu, PTS mencapai kejayaan besar dengan menganjurkan acara pameran pertamanya di luar China – di Singapura.

PTS menarik minat lebih 300,000 pengunjung untuk menghadiri acara, dengan lebih daripada 500 artis, pereka dan jenama yang mengambil bahagian dari AS, United Kingdom, Sepanyol, Jepun, Korea, Malaysia dan juga Singapura, menawarkan kepada pengumpul dengan lebih daripada 10,000 unit produk eksklusif serta mainan edisi terhad.

Kehadiran antarabangsa ini menyumbang kepada kepelbagaian dan kerancakan acara, mempamerkan pelbagai jenis mainan, koleksi dan barangan berkaitan budaya pop.

Singapura ialah satu-satunya kota kara antarabangsa PTS dan acara ini kekal menjadi acara ikonik POP MART di Asia Tenggara.

 

Source: Popmart Singapore
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Toys Trade show news