omniture

Pulnovo Medical Umum Perekrutan Pertama di Portugal untuk Kajian Klinikal Global Teknologi PADN dalam Merawat Hipertensi Pulmonari Berkaitan Penyakit Jantung Kiri

Pulnovo Medical
2024-07-04 13:45 8

SHANGHAI, 4 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Pulnovo Medical Limited, perintis peranti yang diiktiraf di peringkat global bagi rawatan Hipertensi Pulmonari (PH) dan Kegagalan Jantung (HF), dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan permulaan dan perekrutan dua pesakit pertama untuk kajian klinikal berbilang pusat globalnya bagi meninjau rawatan penyahsarafan arteri pulmonari perkutaneus (PADN) untuk hipertensi pulmonari yang berkaitan dengan penyakit jantung kiri. Acara penting ini berlangsung di Centro Hospitalar Universitário de Lisboa Central - Hospital de Santa Marta di Portugal, menandakan permulaan penggunaan produk inovatif daripada Pulnovo Medical pada skala global.

Di bawah bimbingan Profesor Hang Zhang daripada Nanjing Medical University Affiliated Nanjing Hospital, Prof. Ruben Ramos dan pasukan beliau berjaya melakukan prosedur PADN ke atas dua pesakit. Prosedurnya berjalan lancar, peranti ini mudah dikendalikan dan hasilnya sangat baik. Pasukan perubatan Portugis kagum dengan tahap keselamatan dan keberkesanan teknologi PADN, seperti yang ditunjukkan oleh data selama bertahun-tahun. Parameter klinikal menunjukkan hasil yang baik apabila menggunakan teknologi PADN. Reka bentuk komprehensif produk ini dan kawalan algoritma berkejituan tinggi memastikan dengan ketara output tenaga yang stabil serta hasil pembedahan yang berkesan.

Prof. Ruben Ramos berkata, "Teknologi PADN menunjukkan potensi yang besar dalam merawat hipertensi pulmonari yang berkaitan dengan penyakit jantung kiri. Kami berbesar hati dapat menjadi yang pertama di Eropah untuk mengambil bahagian dalam kajian klinikal global ini. Pasukan kami yakin dengan projek ini dan berharap dapat membawa lebih banyak pilihan rawatan kepada pesakit hipertensi pulmonari Eropah melalui kajian ini. PADN bukan sahaja merupakan kaedah rawatan yang baharu tetapi turut membawa harapan baharu kepada pesakit yang menghidap hipertensi pulmonari."

Jessie Lian, Ketua Pegawai Eksekutif Pulnovo Medical berkata, "Kajian klinikal berbilang pusat global PADN merupakan salah satu projek utama kami yang dikhususkan untuk teknologi rawatan yang inovatif dalam bidang kardiovaskular. Sebagai rawatan baru muncul, PADN mempunyai potensi dan prospek yang sangat besar. Keputusan selepas pembedahan bagi aplikasi PADN luar negara yang pertama ini mencerminkan ketiadaan sempadan akademik ketika ini. Pada masa depan, kami akan terus memajukan perniagaan global kami dengan mantap, seterusnya menggalakkan pengajaran dan pembelajaran teknologi PADN secara berterusan."

Cynthia Chen, Pengerusi Pulnovo Medical berkata, "Kami berbangga kerana berjaya menyelesaikan perekrutan pertama dalam kajian klinikal berbilang pusat Eropah PADN di Portugal ini, yang menandakan pecutan kemajuan global teknologi kami. Kami akan terus mempromosikan aplikasi global PADN, bagi membolehkan lebih ramai pesakit mendapat manfaat daripada terapi inovatif ini."

Source: Pulnovo Medical
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries