PETALING JAYA, Malaysia, 4 Julai 2024 /PRNewswire/ -- SJM Resorts, S.A. ("SJM") berbesar hati kerana berpeluang untuk menyertai "Experience Macao Malaysia Roadshow," sebuah jerayawara pelancongan Macau anjuran Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau ("MGTO") dari 5 hingga 8 Julai. Dianjurkan di Pusat Beli-belah Sunway Pyramid di Kuala Lumpur, Malaysia, SJM bakal mempersembahkan elemen "Pelancongan+" Macau sebagai "Pusat Pelancongan dan Rekreasi Dunia" kepada rakyat Malaysia dan para pelancong. Ini termasuk pameran penginapan mewah jenama Lisboa, pengalaman menikmati hidangan yang serba enak, pelbagai kemudahan, aktiviti menarik, dan tawaran musim panas eksklusif bertemakan "Embracing the SAMmer Holiday @ SJM Resorts".
SJM akan mengambil bahagian dalam “Experience Macao Malaysia Roadshow” dari 5 hingga 8 Julai di Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid, Kuala Lumpur, Malaysia.
Reka bentuk ruang pameran menampilkan elemen seni bina hotel utama SJM, Grand Lisboa Palace Resort Macau dan Grand Lisboa Macau. Corak dinding yang berinspirasikan jubin tradisional Portugis dan reka bentuk lantai yang menyamai mozek batu buntar ala Portugis yang unik mencerminkan gabungan bertenaga budaya Timur dan Barat di Macau, serta daya tarikan unik jenama Lisboa. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti promosi anjuran MGTO dan memenangi hadiah eksklusif yang ditawarkan oleh SJM, menikmati perjalanan yang menyeronokkan di Macau pada musim panas ini.
Jamuan Bertaraf Bintang, Rasa Asli dan Hidangan Istimewa Musim Panas Menanti Anda di SJM
SJM menawarkan pelbagai pengalaman kulinari yang pasti memikat hati para pencinta makanan Malaysia dengan pelbagai jenis hidangan daripada santapan mewah yang memenangi anugerah hinggalah kepada hidangan kegemaran masyarakat tempatan yang asli.
Restoran Itali yang terkenal, Casa Don Alfonso di Grand Lisboa menyajikan pengalaman santapan istimewa. Untuk musim panas, restoran ini akan menawarkan pelbagai menu istimewa yang menampilkan kemewahan hidangan makanan laut dan hidangan musim panas Itali "Ferragosto". Di Grand Lisboa Palace, restoran Portugis yang eksklusif, Mesa oleh José Avillez akan menyajikan hidangan tradisional "Portugis Sunday Lunch" yang menarik pada musim panas ini. Hidangan musim panas lain yang bakal disediakan di Grand Lisboa Palace termasuk dim sum kanak-kanak di Chalou, Promosi Raja Buah Durian dan Karnival Makanan Bertemakan Malaysia di The Grand Buffet, serta hidangan daging lembu premium Korea di Wulao. Di Jai Alai Oceanus, hotel ini akan menampilkan Bufet Jai Alai yang terkenal dan pelbagai restoran lain yang menampilkan hidangan istimewa tempatan.
Grand Lisboa turut menampilkan pelbagai restoran kulinari, termasuk Robuchon au Dôme, satu-satunya restoran di Macau yang berjaya mempertahankan tiga bintang MICHELIN selama 16 tahun berturut-turut, menjanjikan pengalaman gastronomi Perancis yang tiada tandingan. Restoran hidangan China dua bintang MICHELIN, The 8, yang pakar dalam hidangan dim sum dan masakan Kantonis premium yang menyelerakan, akan memperkenalkan menu Chinese Valentine's Day Dinner pada musim panas ini. Manakala, The Kitchen, sebuah restoran hidangan stik yang serba kreatif, berjaya memperoleh anugerah satu-berlian dari "Black Pearl Restaurant Guide" selama tujuh tahun berturut-turut.
Selain itu, pelbagai hidangan sensasi British dan selera Itali yang asli akan ditawarkan di Grand Lisboa Palace pada musim panas ini, menambah lagi kejutan kepada pelancong Malaysia yang mencari pengalaman santapan yang unik.
Kepelbagaian Pengalaman untuk Musim Panas yang Menyeronokkan
SJM memenuhi keperluan semua jenis pelancong, menawarkan aneka pengalaman untuk semua peringkat umur serta minat. Keluarga yang mahukan pengalaman "Pelancongan + Pendidikan" akan menikmati percutian teknologi yang ditawarkan oleh dua zon pengalaman bertema di Grand Lisboa Palace. "Martial Arts Arena" menyediakan pengalaman seni mempertahankan diri yang mendalam menggabungkan realiti maya dengan pergerakan sebenar, membolehkan pengunjung menghargai kehalusan dan warisan budaya seni mempertahankan diri China melalui permainan. "AI Wonderland" menggunakan teknologi kecerdasan buatan terkini untuk mencipta kelas-kelas yang menyeronokkan dan permainan interaktif, termasuk bengkel pengekodan musim panas yang direka khusus untuk pengembara muda. Di bawah bimbingan tenaga pengajar profesional, kanak-kanak akan terlibat secara langsung, daripada komponen perkakasan hinggalah kepada pengaturcaraan, mereka berpeluang untuk mencipta projek pengekodan mereka sendiri. Kelas pengekodan kini dibuka untuk pendaftaran, berharga MOP250 untuk setiap sesi selama 60 minit. Tetamu boleh menikmati diskaun 10% untuk dua orang atau mendaftar untuk dua kelas, dan 15% untuk tiga orang atau tempahan untuk tiga kelas. Pakej bengkel pengekodan termasuk satu kelas pengekodan dan tiket masuk ke "AI Wonderland" atau "Martial Arts Arena," berharga MOP350. Untuk butiran lanjut, sila layari: https://www.grandlisboapalace.com/en/arts-n-events/ai-wonderland.
Antara tarikan lain yang wajib dikunjungi di Grand Lisboa Palace ialah pameran interaktif "Moomin Wonderful Encounter - Joyous Adventure in Macau", yang berlangsung hingga 31 Ogos. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar klasik Moominvalley, membeli cenderahati eksklusif Macau, menikmati santapan bertema yang indah, dan sesi interaksi dengan maskot Moomin.
Pelancong Malaysia yang gemar menyaksikan keindahan alam tidak boleh melepaskan peluang untuk menyertai "SJM x Macau Cruise." Pengalaman bersiar-siar "Sea+Land" yang santai mempamerkan pemandangan yang menakjubkan, serta tempat bersejarah dan budaya Macau, dari perspektif unik.
Tetamu yang ingin mencari ketenangan boleh bersantai dan meyegarkan diri di "The Spa at Grand Lisboa Palace," "The Spa at THE KARL LAGERFELD," dan "The SPA at Palazzo Versace Macau," yang menawarkan rawatan spa musim panas dan diskaun untuk produk penjagaan kulit antarabangsa. Pengunjung juga boleh menikmati promosi membeli-belah musim panas dan ganjaran menarik di pusat beli-belah Grand Lisboa Palace yang menampilkan koleksi jenama global terkemuka. Untuk butiran lanjut, sila layari: https://www.sjmresorts.com/en/happenings/embracing-the-sammer-holiday
Satu-satunya Hotel Jenama Rekaan Fesyen Terkemuka di Macau untuk Percutian yang Sempurna
Dengan tiga penerbangan terus setiap hari antara Malaysia dan Macau, Grand Lisboa Palace memberikan akses mudah kepada kemewahan. Projek khas terbaru oleh SJM ini menawarkan pengalaman santapan yang tiada tandingan, hiburan yang mendebarkan, beli-belah yang eksklusif, dan penginapan mewah – semuanya dalam satu bangunan. Untuk meningkatkan lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini, pelancong yang terbang ke Macau dengan Air Macau atau AirAsia dari sekarang hingga 31 Disember boleh menunjukkan pas penerbangan yang sah dan menebus beberapa tawaran istimewa eksklusif, termasuk tawaran hebat untuk santapan, beli-belah, spa dan hiburan.
Dilengkapi dengan gaya seni bina Eropah yang menakjubkan digabungkan dengan keanggunan reka bentuk China, Grand Lisboa Palace menampilkan tiga menara hotel yang berbeza, termasuk Grand Lisboa Palace Macau yang diberi penarafan lima bintang oleh Forbes, satu-satunya hotel THE KARL LAGERFELD MACAU di dunia, dan Palazzo Versace Macau yang baru dibuka dan pertama di Asia. Menampilkan syurga untuk setiap jenis pelancong, Grand Lisboa Palace menawarkan pakej perjalanan yang diatur khas menggabungkan penginapan mewah, pengalaman santapan bertaraf bintang, dan pilihan hiburan yang menarik. Tempahan untuk pakej serba lengkap ini kini dibuka:
Pakej Joyous Family: Termasuk penginapan mewah satu malam sama ada di Grand Lisboa Palace Macau (bermula daripada RM815++ untuk satu malam) atau THE KARL LAGERFELD MACAU (bermula daripada RM1,165++ untuk satu malam); dan empat tiket keluarga ke zon pengalaman bertema "Martial Arts Arena" atau "AI Wonderland". Tetamu yang mendaftar masuk pada hari Sabtu akan menerima baucar pengalaman keluarga "SJM x Macau Cruise" dan perkhidmatan bas untuk pergi dan balik. Untuk penginapan antara hari Jumaat hingga Ahad dari 12 Julai hingga 25 Ogos, versi "Pakej Joyous Family – A Fun STEM Odyssey" yang dipertingkatkan boleh didapati untuk RM1,170++. Pilihan ini termasuk penginapan mewah di Grand Lisboa Palace Macau, tiket keluarga ke zon pengalaman bertema, termasuk 60 minit bengkel pengekodan, sesuai untuk pelancong keluarga. Untuk butiran lanjut, sila layari: https://www.grandlisboapalace.com/en/offers/joyous-family-package
Pakej Palazzo Versace Macau Experience: Bermula dari RM1,580++ untuk satu malam, pakej ini termasuk penginapan mewah satu malam di Palazzo Versace Macau, sarapan pagi dan set minum petang untuk dua orang di La Scala del Palazzo. Tetamu yang menempah bilik suite akan menikmati minuman terpilih tanpa henti dan hidangan snek untuk dua orang, yang disediakan oleh Don Alfonso 1890. Untuk butiran lanjut, sila layari: https://www.grandlisboapalace.com/en/offers/pvm-experience-package
Pelbagai Tawaran Eksklusif Jerayawara
Di jerayawara ini, SJM akan menyokong inisiatif promosi MGTO secara aktif dengan menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk memenangi beberapa hadiah utama, termasuk pakej penginapan, baucar makan, dan diskaun membeli-belah. Pengunjung yang mendaftar sebagai ahli SJM Supreme Card di jerayawara ini akan menikmati keistimewaan eksklusif alu-aluan, tawaran eksklusif untuk ahli, dan cenderahati edisi terhad. Selain itu, pengunjung yang menyertai tinjauan dalam talian akan menerima tag bagasi jenama THE KARL LAGERFELD MACAU. Maskot SJM "Sam the Rooster" juga akan membuat penampilan untuk sesi bergambar dengan pengunjung dan para pelancong.
Menyokong Kerajaan Macau dalam Usaha Mengembangkan Pasaran Pelancong Antarabangsa
SJM adalah pemilik, pengendali, dan pemaju terkemuka pusat peranginan hiburan bersepadu premier di Macau. Dengan warisan selama lebih enam dekad di Macau, SJM komited ke arah menyediakan kemudahan yang luar biasa, perkhidmatan yang tiada tandingan, pengalaman santapan yang hebat, dan pelbagai aktiviti menarik, mencipta pengalaman percutian yang unik untuk pengunjung dari seluruh dunia. Menyedari potensi besar pasaran Malaysia, SJM akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Macau untuk menarik pelancong Malaysia dengan mempamerkan pelbagai tawaran "Pelancongan+" Macau, bagi mengukuhkan kedudukan Macau sebagai "Pusat Pelancongan dan Rekreasi Dunia."