omniture

Tinjauan Lebih Dekat terhadap Pasaran ETF saham-A Separuh Pertama 2024: Peningkatan ETF Pasaran Luas dan Hasil Dividen Tinggi

E Fund Management
2024-07-05 22:48 7

GUANGZHOU, China, 5 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Dalam separuh pertama tahun 2024, pasaran ETF saham-A meningkat ke paras tinggi mencatat rekod yang baharu dan saiz pasaran melangkaui AS$292 bilion, dengan ETF pasaran luas menjadi daya penggerak utama. Menurut Wind, aset ETF pasaran luas meningkat dua kali ganda daripada AS$83 bilion pada pertengahan tahun 2021 kepada lebih AS$171 bilion, meningkatkan bahagian pasaran mereka daripada 41% kepada 59%. Sementara itu, 25 syarikat dana melancarkan sejumlah 84 ETF saham, satu peningkatan sebanyak 27 daripada tempoh yang sama tahun lalu, dengan saiz tawaran awal tergabung melebihi AS$5.8 bilion. Antaranya, E Fund, pengurus dana terbesar di China, mengungguli pasaran dengan sepuluh pelancaran[1] ETF baharu dan lebih AS$505k dalam pengumpulan dana.

Changes in AUMS of China's Equity ETFs
Changes in AUMS of China's Equity ETFs

ETF pasaran luas saham-A mendahului dengan aliran masuk bersih sebanyak AS$54.4 bilion, mencakupi lebih 90% daripada jumlah aliran masuk bersih. ETF 10 teratas kesemuanya merupakan ETF pasaran luas, mencerminkan prestasi indeks seperti CSI 300, CSI 500, SSE 50, CSI 1000, ChiNext dan STAR 50. E Fund CSI 300 ETF (Kod: 510310) menduduki tempat pertama dari segi aliran dana. Di samping itu, 23 ETF pasaran luas telahpun dilancarkan, dengan CSI A50 ETF menjadi yang paling digemari. Sepuluh ETF menjejaki indeks CSI A50, termasuk E Fund CSI A50 ETF (Kod: 563080), mengumpul hampir AS$2.3 bilion, menyumbang sebanyak hampir 40% daripada terbitan baharu tahun ini.

Sebaliknya, ETF hasil dividen yang tinggi menarik aliran masuk yang berterusan iaitu kira-kira AS$2.1 bilion, disokong oleh pulangan yang kukuh. CSI Dividend Total Return Index dan CSI Dividend Low Volatility Total Return Index masing-masing memberi tambahan sebanyak 11% dan 15%. Meneruskan momentum ini, lima belas ETF hasil dividen tinggi diperkenalkan dalam enam bulan pertama pada tahun ini, meliputi aset hasil dividen tinggi yang disenaraikan dalam pasaran saham-A dan saham Hong Kong. E Fund khususnya memperkenalkan E Fund Hang Seng SCHK High Dividend Low Volatility ETF (Kod: 159545) dalam bulan Mac, yang menjejaki prestasi syarikat-syarikat yang disenaraikan di Hong Kong dan dimasukkan dalam Stock Connect, seterusnya memberi tambahan kepada kepelbagaian portfolio pelabur dalam pesisir.

Net Flows of China‘s Equity ETFs in H1 2024
Net Flows of China‘s Equity ETFs in H1 2024

Latar Belakang E Fund

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3.3 trilion[2] (AS$ 454 bilion) di bawah pengurusan. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan kepada perniagaan pengurusan pelaburan sejak penubuhannya dan percaya akan kuasa penyelidikan mendalam serta masa untuk melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Nota:

[1] Pelancaran bermaksud kontrak dana mula berkuat kuasa.

[2] Setakat 30 Jun 2024. AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Sumber: PBoC, Wind.

 

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Dividends Venture Capital