omniture

Galaxy Macau, Resort Bersepadu Bertaraf Dunia, Membawa "Experience Macao Malaysia Roadshow" ke Kuala Lumpur

Galaxy Macau Integrated Resort
2024-07-05 23:34 2

Mempersembahkan Pengalaman Macau Yang Asli dan Imersif kepada Pengunjung Di Bawah Satu Bumbung

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Galaxy Macau™, Resort Bersepadu Bertaraf Dunia ("Galaxy Macau"),telah aktif menyokong dan menyertai aktiviti promosi Kerajaan SAR Macau, dan terus bekerjasama dengan kerajaan dan rakan industri untuk mengembangkan sumber pelawat antarabangsa.  "Experience Macao Malaysia Roadshow", dianjurkan oleh Macao Government Tourism Office, telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Julai 2024 di Kuala Lumpur di Sunway Pyramid. Acara selama empat hari (5 hingga 8 Julai) ini bertujuan untuk mempamerkan produk pelancongan yang pelbagai di Macau kepada pelancong antarabangsa serta menarik minat pengembara untuk memilih Macau sebagai destinasi pelancongan. Galaxy Macau juga menyerlah dengan mempersembahkan tawaran pakej pelancongan mewah yang menarik  dan juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengalami pusat peranginan mewah sebagai destinasi utama di Asia untuk libur, hiburan, aneka makanan, acara-acara menarikdan persidangan bisnes.  .

Pembukaan "Experience Macao Malaysia Roadshow" di Kuala Lumpur pada petang 5 Julai
Pembukaan "Experience Macao Malaysia Roadshow" di Kuala Lumpur pada petang 5 Julai

Reka bentuk acara tersebut di hiasi dengan gading klasik dan emas untuk menyerupai landskap hebat pusat peranginan bersepadu  Galaxy Macau ini. Pengunjung yang menyertai "Experience Macao Malaysia Roadshow"bukan sahaja dapat menikmati momen interaksi dan detik bergambar bersama maskot GalaxyKidz yang comel "Wavey" Si Burung Merak, tetapi juga dapat mengalami gabungan sejarah antara budaya Cina dan Barat Macau sambil menerima cenderamata indah yang menampilkan warisan Macau dan Portugis yang kaya.

Terdapat juga cabutan bertuah setiap hari di mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah yang ditaja oleh Galaxy Macau.

Bermula daripada MYR271++ setiap malam, Galaxy Macau menawarkan tawaran eksklusif roadshow untuk penginapan antara 12 Julai hingga 30 November 2024 dari pilihan hotel bertaraf dunia – Andaz Macau, Broadway Hotel, Galaxy Hotel™, Hotel Okura Macau atau Banyan Tree Macau. Tempoh tempahan dibuka dari 5 hingga 19 Julai 2024. Tawaran ini meliputi kelima-lima hotel dan termasuk akses percuma ke Grand Resort Deck dan bar mini percuma supaya tetamu boleh mendapati pengalaman resort bersepadu yang menyeluruh kepada. 

Kekal sebagai pusat peranginan bersepadu terunggul di peringkat global dengan penghormatan hotel lima bintang Forbes terbanyak di bawah satu bumbung – Galaxy Macau menjangkau keluasan lebih 1.1 juta meter-persegi dan terkenal dengan gabungan tarikan hiburan dan liburnya yang tiada tandingan di Macau. Dengan 8 hotel mewah bertaraf dunia yang memenangi anugerah untuk dipilih, tetamu mempunyai banyak pilihan. Peminat sukan air boleh menikmati keseronokan di Grand Resort Deck seluas 75,000 meter persegi – oasiskan teratas dunia yang terkemuka. Sementara itu, penggemar makanan boleh menikmati seleksi lebih 120 pilihan restoran, yang terdiri daripada restoran bertaraf Michelin hingga makanan jalanan tempatan berlagenda; kesemua pilihan lazat ini melayakkan Galaxy Macau penghormatan sebagai destinasi menjamu selera utama Asia. Bagi pengembaraan makanan jalanan Asia yang asli, tetamu boleh menyeberangi jambatan penghubung untuk meninjau masakan tempatan dan Asia yang menarik di Broadway Food Street. Para peminat fesyen akan mengagumi Galaxy Promenade, destinasi membeli-belah memenangi anugerah yang menjangkau keluasan lebih 100,000 meter-persegi. Jenama-jenama fesyenyang mewah, butik pereka fesyen dan label 'high-street' menyumbang kepada lebih 200 jenama fesyen dan gaya hidup mewah yang terkenal di dunia. Bagi persembahan dan acara-acara hiburan, Broadway Theatre yang mempunyai 2,500-tempat-duduk menjadi tuan rumah kepada pelbagai pertunjukan setiap malam, acara dan aktiviti kebudayaan dari seluruh dunia yang mengagumkan. Galaxy Macau membuka dua hotel bertaraf dunia – Raffles at Galaxy Macau dan Andaz Macau, dengan GICC sebagai hotel terbarunya di dalam presint pusat peranginan bersepaduini yang sentiasa berkembang. Pembukaan hotel menyambut era baharu untuk industri MICE di Macau. GICC ialah tempat acara bertaraf dunia yang menampilkan 40,000 meter-persegi jumlah MICE fleksibel dan Galaxy Arena yang boleh menduduki 16,000-tempat– menjadikan ia arena tertutup yang terbesar di Macau. Pada April 2024, Galaxy Macau turut mengumumkan pelancaran Capella at Galaxy Macau, mengukuhkan lagi reputasi destinasi sebagai Resort  Bersepadu Mewah Terunggul Macau.

Galaxy Macau sentiasa berpegang teguh kepada falsafah perkhidmatan "Bertaraf Dunia, Jiwa Asia" apabila menawarkan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu dari seluruh dunia. Tatkala bandar ini bersiap sedia untuk menghadapi gelombang pelancongan antarabangsa yang berterusan, Galaxy Macau berharap untuk mengalu-alukan pengunjung dengan penginapan yang memenangi anugerah, pengalaman libur yang tidak dapat dilupakan serta aktiviti membeli-belah, menjamu selera dan hiburan yang tiada tandingan kesemuanya di bawah satu bumbung. Pada masa depan, Galaxy Macau akan terus melancarkan lebih banyak acara bertaraf dunia untuk meningkatkan kedudukan Macau sebagai Pusat Pelancongan dan Libur Dunia.

Lebih banyak imej resolusi tinggi Experience Macao Malaysia Roadshow boleh ditemui melalui kit media maya.

Latar Belakang Galaxy Macau Integrated Resort

Galaxy Macau™, Resort Bersepadu Mewah Bertaraf Dunia membawakan "Destinasi Hiburan dan Libur Paling Hebat di Dunia". Dibangunkan dengan pelaburan sebanyak HK$43 bilion, hartanah ini meliput 1.1 juta-meter-persegi tempat tarikan hiburan dan libur unik yang tidak seperti tempat-tempat lain di Macau. Lapan hotel mewah bertaraf dunia yang memenangi anugerah menyediakan hampir 5,000 bilik, suite dan vila. Ia termasuk Banyan Tree Macau, Galaxy Hotel™, Hotel Okura Macau, JW Marriott Hotel Macau, The Ritz-Carlton, Macau, Broadway Hotel, Raffles at Galaxy Macau, Andaz Macau. Unik untuk Galaxy Macau, Grand Resort Deck yang berkeluasan 75,000-meter-persegi menampilkan Skytop Adventure Rapids terpanjang di dunia yang berukuran 575-meter, Skytop Wave Pool terbesar dengan ombak setinggi 1.5-meter dan pantai berpasir putih yang bersih seluas 150-meter. Dua spa lima bintang daripada Banyan Tree Spa Macau dan The Ritz- Carlton Spa, Macau membantu tetamu berehat dan menyegarkan diri.

Sebagai destinasi menjamu selera di Asia, Galaxy Macau menawarkan pelbagai jenis hidangan gastronomi, pengalaman indah dan ramuan dengan kualiti terbaik menerusi lebih 120 pilihan hidangan bermula daripada hidangan Michelin hingga makanan istimewa yang asli; Galaxy Promenade merupakan destinasi membeli-belah paling hangat yang menampilkan fesyen yang terkini dan pengalaman dipilih susun di Macau. Menjangkau keluasan lebih 100,000 meter persegi, kedai utama mewah, butik gaya hidup dan seleksi label kami merupakan antara lebih daripada 200 jenama yang terkemuka di dunia untuk perjalanan membeli-belah bertaraf dunia; Galaxy Cinemas, keseronokan imersif dan keselesaan berciri mewah amat berkait rapat di Galaxy Cinemas. Kesemua 10 teater dilengkapi dengan teknologi audio-visual terkini; CHINA ROUGE, ruang istirahat mewah unik yang membangkitkan daya tarikan era emas Shanghai dengan hiburan dalam kemewahan dan gaya; dan Foot Hub mempersembahkan seni tradisional refleksiologi untuk membuatkan anda merasa lebih santai dan bertenaga. Bagi Citarasa Macau Asli & Pengalaman Asia Meriah, Broadway Macau – hanya berjalan kaki selama 90-saat melalui jambatan daripada Galaxy Macau, mempunyai lebih 35 Citarasa Macau & Asia Asli di Broadway Food Street. Broadway Theatre dengan 2,500-tempat duduk menjadi tuan rumah kepada penghibur bertaraf dunia dan pelbagai jenis acara kebudayaan. Kumpulan mesyuarat, insentif dan jamuan turut dijaga dengan baik menerusi portfolio tempat yang unik di Galaxy Macau dan kakitangan perkhidmatan profesional.

Galaxy International Convention Center (GICC) merupakan penambahan terkini kepada presint pusat peranginan bersepadu yang semakin berkembang daripada Kumpulan ini dan akan menyambut era baharu untuk industri MICE di Macau. GICC merupakan tempat acara bertaraf dunia yang mempunyai jumlah MICE fleksibel berkeluasan 40,000 meter persegi dan 16,000 tempat duduk Galaxy Arena – arena tertutup yang terbesar di Macau.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi www.galaxymacau.com, www.broadwaymacau.com.mo dan www.galaxyicc.com

 

Source: Galaxy Macau Integrated Resort
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel