omniture

ETF Connect Tanah Besar China-Hong Kong Menandakan Dua Tahun Integrasi Pasaran Diperkukuh, Pengembangan Dijangka Tingkatkan Pilihan Pelaburan dan Kecairan

E Fund Management
2024-07-08 23:24 25

GUANGZHOU, China, 8 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Pada 4 Julai, ETF Connect Program, yang mempermudah aliran modal dua hala antara tanah besar China dan Hong Kong untuk ETF yang layak, menyambut ulang tahun dua tahunnya. Sepanjang dua tahun yang lalu, program ini mengukuhkan kedudukannya dalam memperdalam integrasi antara kedua-dua pasaran modal, bilangan ETF layak meningkat daripada 87 kepada 151 sejak dilancarkan dan volum dagangan arah Utara bulanan meningkat daripada AS$55 juta kepada AS$2.98 bilion dalam Jun tahun ini.

Menurut Bursa Saham Hong Kong, ETF layak semasa terdiri daripada 84 yang disenaraikan pada Bursa Saham Shanghai, 57 disenaraikan pada Bursa Saham Shenzhen dan 10 disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong. Antara kesemua ini, E Fund Management ("E Fund"), pengurus dana terbesar di China, memiliki sejumlah 14 ETF yang disertakan, meliputi pelbagai indeks, termasuk indeks pasaran luas seperti CSI 300 Index dan STAR 50 Index, indeks tematik seperti CSI Artificial Intelligence Index dan indeks strategik seperti CSI Dividend Index. Di samping itu, purata fi pengurusan bagi tawaran ini adalah kurang daripada 0.3% setahun, menekankan dedikasi E Fund untuk memperkasa pelabur asing bagi mempelbagaikan aset mereka merentas kedua-dua pasaran Hong Kong dan tanah besar China dengan cara yang cekap dan berkesan kos.

Skop program dijangka menyaksikan pengembangan yang signifikan pada 22 Julai. Dipercayai bahawa pengembangan ini akan menawarkan perkhidmatan kepada pelabur luar pesisir yang ingin mendapatkan pendedahan kepada pasaran modal saham-A dengan pilihan pelaburan yang dipertingkat dan dalam masa yang sama meningkatkan kecairan serta aktiviti perdagangan ETF yang relevan.

ETF Connect Eligible Products of E Fund
ETF Connect Eligible Products of E Fund

Latar Belakang E Fund
Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3.3 trilion (AS$ 454 bilion) di bawah pengurusan. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Nota: Setakat 30 Jun 2024. AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Sumber: PBoC, Wind.

 

 

 

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds Economic news, trends, analysis Artificial Intelligence