omniture

Mediwave Pamer Teknologi Tindak Balas Kecemasan AI dan AR di EMS World 2024

Mediwave Pte. Ltd.
2024-09-19 23:00 12

LAS VEGAS, 19 September 2024 /PRNewswire/ -- Mediwave, peneraju bagi penyelesaian tindak balas kecemasan untuk penjagaan prahospital, memberi impak yang ketara di EMS World 2024, konvensyen Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) yang terbesar di Amerika Syarikat, diadakan di Pusat Konvensyen Las Vegas. Awal tahun ini, Mediwave melancarkan suit tindak balas kecemasan hujung-ke-hujung yang pertama di dunia yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dan Realiti Terimbuh (AR), seraya memantapkan lagi kedudukannya sebagai pelopor industri dalam pasaran A.S. dengan memperkenalkan penyelesaian rintisnya di acara ini melalui demonstrasi langsung


Transforming Emergency Medical Services with AI & AR through Mediwave

Suit Tindak Balas Kecemasan Berkuasa AI dan AR

Di EMS World 2024, Mediwave memperkenalkan Suit Tindak Balas Kecemasan Berkuasa AI dan AR, penyelesaian bersepadu yang terdiri daripada tiga tonggak penyelesaian teras:   

  • Penghantaran Pintar: Disepadukan dengan Sistem Pengurusan Tindak Balas Kecemasan (ERMS) dan Pelaporan Penjagaan Pesakit Elektronik (ePCR), sistem ini mengoptimumkan masa tindak balas melalui geo-pagar dan pengoptimuman laluan, menyediakan penghantaran ambulans terpantas dan bukannya sekadar yang terdekat.
  • Ambulans Terhubung: Dilengkapi dengan 4G/5G dan Internet Pelbagai Benda Perubatan (IoMT), penyelesaian ini membolehkan pemantauan jarak jauh dan penghantaran data masa nyata bagi tanda-tanda penting, memudahkan triage pantas semasa pengangkutan pesakit.
  • EMT Pintar: Membawakan pembantu AI untuk pengisian borang dan pengesahan untuk laporan insiden dan pelaporan penjagaan pesakit, berserta set kepala AR untuk penjagaan imersif bebas tangan.

Alatan ePCR Berbantu-AI: Pengubah Keadaan dalam EMS

Sorotan teknologi Mediwave ialah pembantu AI yang direka untuk responder pertama. Donnie Woodyard, pakar industri dengan pengalaman selama lebih 30 tahun sebagai paramedik dan peneraju sistem EMS yang bekerjasama rapat dengan Mediwave, berkongsi pengalamannya di lapangan, "Dalam beratus-ratus demonstrasi langsung alat pembantu AI yang dijalankan di EMS World di reruai Mediwave, penyelesaian ini menunjukkan secara konsisten ketepatan lebih 99% dalam carta bagi kebanyakan kes, diselesaikan hanya dalam beberapa saat. Ini merupakan pencapaian penting dan yang pertama seumpamanya, direka untuk memenuhi permintaan unik EMS. Saya teruja untuk bekerjasama bersama-sama pasukan yang luar biasa ini untuk membantu industri EMS berkembang maju dalam era teknologi pintar."

Kajian Kes: Penanda Aras Global untuk Penggunaan Teknologi EMS

Inovasi Mediwave telahpun terbukti berjaya dalam aplikasi dunia sebenar. Perkhidmatan ambulans Suwa Seriya 1990 di Sri Lanka, dikuasakan oleh suit tindak balas kecemasan hujung-ke-hujung Mediwave, berfungsi sebagai penanda aras global untuk penggunaan teknologi EMS, mencapai masa tindak balas nasional yang mengagumkan di bawah 12 minit. Disebut baru-baru ini oleh Bank Dunia sebagai salah satu perkhidmatan ambulans yang paling maju dari segi teknologi dan terpantas di dunia, Suwa Seriya menunjukkan contoh kuasa transformatif penyelesaian Mediwave pada skala global.

Mara Ke Hadapan: AI dan AR dalam EMS

Suren Pinto, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mediwave menyatakan, "Masa depan EMS sedang dibentuk ketika ini. Sambutan yang memberangsangkan di EMS World mengesahkan sekali lagi misi kami dalam arena penjagaan prahospital. Sebagai penggerak pertama di A.S. menerusi suit tindak balas kecemasan AI dan AR bersepadu kami, Mediwave berbangga untuk menerajui jalan dalam menyampaikan penyelesaian penjagaan kecemasan yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih berkesan."

Teknologi tindak balas kecemasan Mediwave menetapkan standard global yang baharu untuk penjagaan prahospital. Dengan memanfaatkan AI dan AR, syarikat ini meningkatkan hasil pesakit, kecekapan operasi melalui penyepaduan teknologi untuk kesedaran situasi yang tinggi dan penguasaan responder pertama merentas sektor EMS dan selanjutnya.

Latar Belakang Mediwave

Beribu pejabat di Singapura, Mediwave ialah penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan digital termaju, memacu masa depan penjagaan kecemasan prahospital dengan teknologi AI, IoMT dan Realiti Gabung yang direka untuk responder pertama dan agensi EMS. Ketahui lebih lanjut: www.mediwave.io

Source: Mediwave Pte. Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Trade show news Artificial Intelligence