omniture

Azentio mengumumkan kepimpinan pasaran global merentasi 3 kategori dalam Jadual Liga Jualan IBSi 2024

Azentio Software Pvt Ltd
2024-07-09 14:00 35

Tambahan 6 kedudukan Kelab Kepimpinan mencapai kategori bersilang 

SINGAPURA, 9 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio") – syarikat perisian menyeluruh terkemuka yang mengkhusus dalam sektor BFSI, pada hari ini mengumumkan pengiktirafan syarikat tersebut sebagai peneraju pasaran global merentasi 3 kategori oleh IBS Intelligence dalam Jadual Liga Jualan IBSi (SLT) 2024. Mendahului dalam kategori Digital Ciri Islam, Pinjaman Islam – Pengurusan Runcit dan Dokumen, Azentio juga berjaya memperoleh tempat #2 Kelab Kepimpinan dalam 6 kategori tambahan termasuk Pengurusan Kekayaan – Pengurusan Pelaburan & Dana, Islam – Teras Perbankan Sejagat, Islam – Pengurusan Risiko, Pemimpin Serantau – Timur Tengah, Pemimpin Dalam Negeri – India dan Kepimpinan Global – Kepelbagaian Produk.

Dengan rekod prestasi lebih dua dekad, IBSi SLT mempamerkan prestasi jualan pembekal teknologi perbankan, yang menilai produk secara objektif merentasi 20 kategori. SLT telah menerima tahap minat dan penyertaan yang konsisten dengan 50+ pembekal teknologi menghantar 2,100+ tawaran yang merangkumi 151 negara.

Walaupun IBSi SLT mengiktiraf prestasi jualan vendor teknologi merentasi ratusan keterlibatan pemilihan sistem yang dijalankan di seluruh dunia, Kelab Kepimpinan SLT mengenal pasti sistem terkemuka yang telah berjaya memperoleh pengiktirafan merentasi pelbagai kategori sistem serta geografi.

Mengulas mengenai pencapaian Azentio, Nikhil Gokhale, Pengarah - Penyelidikan & Sifat Digital di IBS Intelligence, berkata, "Saya mengucapkan tahniah kepada Azentio atas pencapaian luar biasa syarikat berkenaan dengan memenangi 7 kategori di majlis anugerah SLT 2024. Bersama dengan itu syarikat itu juga memenangi kategori 'Kepelbagaian Produk' dengan penyertaan merentasi 10 jenis sistem. Pengiktirafan ini merupakan bukti dedikasi Azentio terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam industri teknologi perbankan. Kejayaan syarikat tersebut dalam kategori ini mempamerkan keupayaannya menyampaikan penyelesaian terkini yang memperkasa institusi kewangan dan memacu transformasi digital."

Emma Foley, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) di Azentio, mengulas, "Kami amat gembira kerana Azentio sekali lagi berjaya mencapai kedudukan teratas dalam Jadual Liga Jualan IBSi merentasi pelbagai kategori, menunjukkan komitmen berterusan kami untuk menyampaikan teknologi terkini kepada pelanggan kami. Produk perbankan kami yang dibina khas dicipta dan dibangunkan khusus dengan mempertimbang keperluan rantau kami, membolehkan kami menumpukan usaha inovasi sepenuhnya kepada perkembangan dan kemajuan yang akan memberikan manfaat ketara kepada pelanggan kami. Tumpuan ini, saya percaya, meletakkan kami secara ideal sebagai vendor pilihan bagi bank dan institusi kewangan yang ingin membuat pemodenan melalui teknologi bertaraf dunia dengan tujuan serantau."

Azentio Software ditubuhkan pada tahun 2020 di Singapura, telah dibentuk daripada 3i Infotech, Candela Labs, Beyontec Technologies dan Path Solutions. Azentio Software menyediakan produk perisian yang kritikal misi, khusus menegak untuk pelanggan dalam sektor perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans. Azentio mempunyai lebih 800 pelanggan di lebih daripada 60 negara, dengan pasukan yang seramai lebih 2,300 pekerja di seluruh pejabat di 12 negara (dan semakin berkembang) di seluruh dunia dan dimiliki sepenuhnya oleh Dana yang diuruskan oleh Apax Partners. 

Logo:https://mma.prnasia.com/media2/2423342/4728789/Azentio_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Financial Technology