omniture

8TV "JASMINE PROJECT LOVE" HULUR BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Jasmine Food Corporation Sdn Bhd
2024-07-10 14:20 10

Musim 2 Dijangka Mulakan Penggambaran Menjelang Akhir Tahun

PETALING JAYA, Malaysia, 10 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Program istimewa bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 8TV, "Jasmine Project Love" telah menerima sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program "Jasmine Project Love" telah menyalurkan dana berjumlah hampir RM200,000 hasil sumbangan orang ramai melalui tabung Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP kepada penerima yang layak. Rentetan daripada kejayaan ini, 8TV akan meneruskan misi amal tersebut dengan memulakan penggambaran musim kedua menjelang akhir tahun.

8TV “JASMINE PROJECT LOVE” HULUR BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
8TV “JASMINE PROJECT LOVE” HULUR BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

8TV dan Jasmine Food telah menganjurkan "Jasmine Project Love Appreciation Luncheon" pada hari ini untuk menghargai penerima manfaat program "Jasmine Project Love" bersama hos, Desmond Tey, Jan Chin, Ong Ching Yee, Soh Chin Chuan dan Charlotte Seow. Majlis  ini turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, peserta program, pertubuhan kebajikan, rakan kongsi dan wakil media.

"Jasmine Project Love" berjaya menyerlahkan kemurahan hati dan belas kasihan masyarakat. Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios berkata "Menerusi program ini, kami telah menyediakan platform untuk orang ramai membuat sumbangan. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan kepada Jasmine Project Love. Kami akan kekal komited untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat kami dengan memberi kembali kepada masyarakat dan menggalakkan lebih ramai orang membantu demi masa depan yang lebih baik."

Tambahan Dennis Foo, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food pula, "sebagai satu jenama yang mempunyai sejarah melebihi 60 tahun, Jasmine sentiasa komited untuk memberi kembali kepada masyarakat. Kami berasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Media Prima untuk mencipta program kebajikan 'Jasmine Project Love'. Dengan penglibatan dan sumbangan daripada masyarakat, kami yakin boleh mencapai kejayaan yang lebih baik. '施比受更有福' yang bermakna lebih berbahagia memberi daripada menerima adalah mesej yang kami harap dapat disampaikan melalui program ini. Pada masa yang akan datang, kami juga berharap agar lebih banyak cerita masyarakat dapat dilihat, disampaikan dan dihulur bantuan pada masa yang diperlukan."

"Jasmine Project Love" memaparkan pelbagai kisah masyarakat yang diuji dengan cabaran hidup serta bermatlamat untuk menghulurkan bantuan serta mendengar keluhan mereka. Musim pertama yang menampilkan 24 episod ini telah meliputi kisah kemiskinan, penyakit-penyakit, ketidakupayaan fizikal, kemalangan dan penyakit yang memberi kesan kepada kanak-kanak. Program ini juga menonjolkan kekuatan mental dan fizikal mereka yang kurang bernasib baik dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan seharian. Turut ditampilkan adalah temubual bersama pakar perubatan, sukarelawan dan ahli sosiologi yang menawarkan pemahaman serta perspektif yang lebih mendalam kepada penonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai program menarik 8TV, layari Facebook rasmi kami: 8TVbadukongjian dan laman Instagram @8tvmalaysia atau lihat kami di Tonton, myFreeview CH108, Astro CH148, unifi CH108.

Source: Jasmine Food Corporation Sdn Bhd
Keywords: Entertainment Food/Beverages Health Care/Hospital Television Corporate Social Responsibility