omniture

Hisense Bawakan Gambar Besar kepada Tontonan UEFA EURO 2024™

Hisense
2024-07-10 15:18 29

QINGDAO, China, 10 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju global bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas, membawakan yang terbaik dalam tontonan TV besar EURO menerusi TV Laser 120L9H TriChroma Hisense dan Projektor Mini Pintar Laser C1, bagi mempersiapkan masa depan yang diterajui oleh paparan Laser yang berasaskan kepada inovasi strategik Go Tech, Go Cinema and Go Green (Menuju Teknologi, Menuju Pawagam dan Menuju Hijau).

Hisense Laser TV, Go Cinema at UEFA EURO 2024™
Hisense Laser TV, Go Cinema at UEFA EURO 2024™

'Hisense, More than a Brand' ('Hisense, Bukan Sekadar Jenama') merangkumi komitmen kepada teknologi berpusatkan pengguna dan kualiti terunggul. Menyampaikan pengalaman 'gambar besar' untuk UEFA EURO 2024™, Hisense memperkenalkan pengguna kepada era baharu TV skrin besar. Sebagai No. 1 global bagi penghantaran TV Laser dan perintis paparan laser, Hisense membawakan tahap baharu tontonan skrin besar menerusi TV Laser 120L9H.

LPU (unit pemprosesan laser) inovatif daripada Hisense menggunakan cahaya laser warna tigaan RGB dengan teknologi Ultra Short Throw (Lontaran Ultra Pendek) untuk menayangkan imej 4K terang 3000 Lumens pada skrin penolakan cahaya ambien 120-inci. Dengan gamut warna luas 107% dan ketepatan warna unggul ΔE≤1, paparan laser revolusioner ini menyampaikan visual berkualiti pawagam dan menampilkan Mod Pembikin Filem. Dolby Atmos dan pembesar suara halaan-depan 40W menyediakan pengalaman audio yang imersif.

Hisense is introducing consumers to the large-screen TV era
Hisense is introducing consumers to the large-screen TV era

Tonton aksi bola sepak EURO berlangsung lancar dengan teknologi MEMC gerakan lancar, dengan masa respons pemproses mikro-saat yang kabur dan jeda dikurangkan, memberikan penonton dengan aksi yang paling lancar dan paling gemalai.

TV Laser Hisense meningkatkan pengalaman menonton di rumah sambil memfokuskan kepada kesedaran dan kesejahteraan persekitaran dengan ciri-ciri seperti menghapuskan cahaya biru yang berbahaya daripada sumber cahaya untuk keselesaan mata walaupun dengan tontonan bola sepak yang berterusan serta mengurangkan penggunaan tenaga berbanding dengan skrin LCD besar. TV Laser direka bentuk untuk jejak karbon rendah dan kebolehkitaran semula yang tinggi, seterusnya menerajui hiburan rumah mesra alam.

Hisense Laser Smart Mini Projector C1 wins the 1st Readers Award 2024 by French tech media Les Numeriques
Hisense Laser Smart Mini Projector C1 wins the 1st Readers Award 2024 by French tech media Les Numeriques

Baru-baru ini, Hisense memenangi 1st Readers Award 2024 dalam kategori foto dan video yang dianugerahkan oleh media teknologi Perancis Les Numeriques untuk Projektor Mini Pintar Laser C1. Ini merupakan bukti populariti C1 dalam kalangan pengguna dan pengiktirafan terhadap dedikasi jangka panjang Hisense kepada inovasi produk Laser.

Sebagai perintis dan peneraju dalam industri TV Laser, Hisense memperkenalkan teknologi laser tulen kepada bidang tayangan mini, dengan C1 berada pada kemuncak penawarannya. Menyampaikan keseronokan visual dengan paparan 65-300 inci, dikuasakan oleh teknologi cahaya 4K TriChroma Laser, C1 meningkatkan sebarang pengalaman menonton bola sepak dengan kejelasan yang menakjubkan, warna-warna terang dan butiran yang imersif, lalu mencetuskan sensasi anda berada di padang.

C1 menukar setiap ruang menjadi pawagam rumah peribadi, sesuai untuk menikmati permainan bola sepak sama ada di bilik tidur, bilik keluarga, laman atau garaj. Sistem pelarasan AutoMagic yang mesra pengguna dan OS pintar VIDAA membimbing anda dengan mudah dalam menyampaikan pengalaman tontonan terbaik pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tingkatkan pengalaman audio anda dengan sistem pembesar suara dibina khas JBL, bagi memberikan kualiti bunyi bertaraf tinggi.

Hisense bekerjasama untuk UEFA European Championship™ yang ketiga berturut-turut menerusi kempen 'BEYOND GLORY', menonjolkan matlamatnya untuk menerobos sempadan, beraspirasi untuk mencapai matlamat bercita-cita tinggi dan komitmen untuk membangunkan teknologi perkakas rumah rintis dalam usaha untuk meningkatkan kehidupan seharian.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Television