omniture

Omdia: Pembuat panel China menguasai pasaran panel TV 98/100 inci yang merangsangkan sektor TV China

Omdia
2024-07-10 20:32 78

LONDON, 10 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Industri paparan TV LCD kini menjadi oligopoli yang dikawal oleh beberapa pembuat panel China yang berkuasa seperti BoE, China Star dan HKC Display menurut analisis baharu daripada Omdia. Syarikat ini menguasai 70-85% pasaran panel TV LCD 65/75/85 inci dan hampir 100% untuk TV LCD bersaiz ultra besar (90–115 inci), menurut Perkhidmatan Risikan Paparan TV & OEM Omdia. 

Chinese panel makers' concentration in LCD TV panels by size and in percentage
Chinese panel makers' concentration in LCD TV panels by size and in percentage

Dari bulan Januari hingga bulan Mei 2024, jenama terkemuka China seperti TCL dan Hisense mengukuhkan bahagian pasaran pembelian panel masing-masing kepada 28%. Penerimagunaan dan penyumberan awal panel bersaiz ultra besar (98 inci dan 100 inci) daripada pembuat panel China telah menjadi amat ketara. Strategi ini bukan sahaja membantu pembuat panel menggunakan kapasiti pengeluaran paparan dengan cekap tetapi juga menyokong jenama TV China dalam usaha untuk menjadi peneraju global dalam pasaran TV LCD bersaiz ultra besar.  

Walaupun pembuat panel Korea Selatan beralih dengan pantas kepada paparan TV OLED, pembuat panel China memberikan tumpuan kepada peningkatan pengeluaran paparan TV LCD bersaiz ultra besar. Syarikat pembuat panel China menyasar untuk menghasilkan panel bersaiz 98 hingga 100 inci dan akhirnya panel bersaiz 100 hingga 115 inci menggunakan kapasiti LCD TFT Gen 8.5, Gen 8.6 dan Gen 10.5 masing-masing dengan rancangan menggunakan Gen 10.5 bagi skrin melebihi 115 inci. Pada tahun 2023, pembuat panel China memacu pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 63% dalam penghantaran TV bersaiz ultra besar, dengan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 35% dijangka pada tahun 2024.    

"Sejak 2Q23, permintaan untuk TV bersaiz ultra besar telah meningkat terutamanya dalam kalangan pembuat TV China terbaik seperti Hisense dan TCL, yang mempunyai hubungan rapat dengan pembuat panel China. Jenama ini menerajui promosi TV ultra besar dengan spesifikasi produk lebih tinggi di pasaran China dan Amerika Utara, pasaran terbesar untuk paparan ini sejak 1Q24," kata Deborah Yang, Ketua Penganalisis dalam Amalan penyelidikan paparan Omdia.

"Hisense juga mula mempromosikan TV LCD 100 inci di Eropah untuk UEFA EURO 2024.  Pada tahun 2023, TCL menerajui penghantaran TV LCD ultra besar, diikuti rapat oleh Hisense, Skyworth, Xiaomi dan Samsung. Hisense menyasar peningkatan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 26% dalam penghantaran TV 85 inci dan peningkatan sebanyak 505% dalam TV 98/100 inci pada tahun 2024 dan Samsung serta LG Electronics merancang menggunakan panel 100 inci daripada pembekal China untuk penghantaran pada tahun 2025."

Pada Q4 2023, perang harga dilanjutkan kepada TV 98/100 inci di China, dengan TV LCD 100 inci berharga di bawah CNY 10,000. Pada mulanya, TV ultra besar adalah menguntungkan, tetapi jenama China kini menyasar merangsangkan penghantaran pada harga lebih rendah untuk meningkatkan imej global masing-masing. Omdia percaya, terdapat kemungkinan yang TV LCD 100 inci dipromosikan pada harga CNY 6,999 dalam Q4 2024, yang berpotensi mengakibatkan kerugian. Sokongan strategik daripada pembuat panel adalah penting untuk meningkatkan penerimagunaan TV ultra besar.

MAKLUMAT TENTANG OMDIA

Omdia, sebahagian daripada Informa Tech, ialah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam tentang pasaran teknologi digandingkan dengan cerapan kami yang boleh diambil tindakan memperkasa organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Butiran Hubungan: Fasiha KhanFasiha.khan@omdia.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2456914/Chinese_panel_makers.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2369794/Omdia_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Omdia
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Publishing/Information Service Television Survey, Polls & Research Data Analytics