omniture

JA Solar Diiktiraf sebagai Pencapai Tertinggi dalam Indeks Modul PV RETC 2024 untuk Tahun Kelima Berturut-turut

JA Solar Technology Co., Ltd.
2024-07-11 01:00 21

BEIJING, 11 Julai 2024 /PRNewswire/ -- JA Solar, pengeluar terkemuka dunia produk fotovolta (PV) berprestasi tinggi, dengan bangga mengumumkan pengiktirafan sebagai Pencapai Tertinggi dalam Indeks Modul PV 2024 yang dikeluarkan oleh Pusat Ujian Tenaga Boleh Diperbaharui (RETC). Pengiktirafan berprestij ini menandakan tahun kelima berturut-turut JA Solar berada di atas dalam penarafan tahunan RETC.

JA Solar Recognized as Highest Achiever in RETC's 2024 PV Module Index for the Fifth Consecutive Year
JA Solar Recognized as Highest Achiever in RETC's 2024 PV Module Index for the Fifth Consecutive Year

Indeks Modul PV RETC ialah penilaian menyeluruh yang menilai prestasi, kebolehpercayaan, dan kualiti modul PV daripada pengeluar terkemuka di seluruh dunia. Mencapai gelaran Pencapai Tertinggi menonjolkan komitmen teguh JA Solar terhadap kecemerlangan, inovasi, dan kelestarian dalam industri PV solar.

Selama bertahun-tahun, JA Solar tekal menunjukkan kepimpinannya dalam industri PV solar melalui teknologi inovatif dan produk berkualiti tinggi. Dengan lebih daripada 201 GW (setakat akhir S1 2024) modul PV yang dihantar secara global, JA Solar telah, dan terus memainkan, peranan penting dalam mempercepatkan penerimaan tenaga boleh diperbaharui. Produk syarikat digunakan dalam projek kediaman, komersial, dan skala utiliti di lebih daripada 165 negara, menyumbang kepada pengurangan ketara dalam pelepasan karbon dan menyokong usaha global untuk menangani perubahan iklim.

"Di JA Solar, kami komited terhadap inovasi dan kualiti dalam setiap aspek kerja kami, dan ini dilihat dalam produk kami," kata Aiqing Yang, Presiden Eksekutif JA Solar. "Kami amat berbangga diiktiraf sebagai Pencapai Tertinggi oleh RETC untuk tahun kelima berturut-turut. Pengiktirafan ini ialah bukti dedikasi kami dalam memberikan produk PV solar berkualiti unggul yang memenuhi keperluan global pelanggan kami yang berkembang dan menyumbang kepada masa depan tenaga yang lestari."

Latar Belakang JA Solar

JA Solar ialah pengeluar produk fotovolta berprestasi tinggi. Dengan beberapa pangkalan pembuatan dan 13 anak syarikat jualan di seluruh dunia, perniagaan syarikat merangkumi wafer silikon, sel, modul dan stesen kuasa PV. Produk JA Solar boleh didapati di 165 negara dan wilayah. Dengan kelebihan inovasi teknologi yang berterusan, prestasi kewangan yang kukuh, dan rangkaian jualan serta perkhidmatan global yang mantap, JA Solar telah diterima baik dan mendapat pengiktirafan tinggi oleh pelanggan dari dalam dan luar negara. Syarikat ini telah tersenarai dalam Fortune China 500 dan Global Top 500 New Energy Enterprises untuk beberapa tahun berturut-turut.

Ikuti kami di LinkedIn dan Facebook untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JA Solar.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Corporate Social Responsibility Environmental Issues