omniture

SHEIN X LANCAR KOLEKSI EKSKLUSIF BERSAMA JENAMA FESYEN MEWAH MONSE MELIBATKAN PEMENTORAN PEREKA BEBAS

SHEIN
2024-07-11 01:10 40

SHEIN X MONSE Perjuangkan Pemerkasaan Wanita dan Kuasa Fesyen sebagai Alat Perubahan Positif Melalui Perkongsian bersama Dress for Success Greater New York City

LOS ANGELES, 11 Julai 2024 /PRNewswire/ -- SHEIN X, program di bawah peruncit dalam talian fesyen dan gaya hidup global SHEIN untuk menyokong artis dan pereka bebas, mengumumkan kolaborasi terbarunya bersama jenama fesyen mewah MONSE. Diperkenalkan pada petang tadi di perhimpunan dalaman di NYC, para hadirin berpeluang untuk melihat lebih awal SHEIN X MONSE Collection yang dicipta oleh pereka Laura Kim dan Fernando Garcia. Melalui perkongsian ini, Kim dan Garcia membimbing lima pereka fesyen bebas, yang merupakan rakan usaha sama jangka panjang bersama SHEIN X, untuk mereka bentuk bersama dan melancarkan koleksi ini. Kolaborasi ini juga akan menyokong Dress for Success Greater New York City, yang dikhususkan untuk memperkasa wanita bagi mencapai kebebasan ekonomi dengan menyediakan jaringan sokongan, alat pembangunan dan pakaian profesional demi membantu mereka berkembang maju dalam dunia pekerjaan dan dalam kehidupan.

Laura Kim and Fernando Garcia of MONSE attend the launch event of SHEIN X MONSE Credit: BFA
Laura Kim and Fernando Garcia of MONSE attend the launch event of SHEIN X MONSE Credit: BFA

Diasaskan pada tahun 2015 oleh Kim dan Garcia, yang juga berperanan sebagai pengarah kreatif bersama di Oscar de la Renta, MONSE terkenal dengan pendekatannya yang inovatif terhadap fesyen yang menyerlah melalui koleksi dalam jahitan dan asimetri dekonstruksi untuk penampilan unik yang dapat disesuaikan dengan mudah dari siang ke malam. Dengan saling bekerjasama, pasukan SHEIN X dan MONSE mencipta rekaan yang menggabungkan antara estetika bergaya SHEIN dengan etos reka bentuk ikonik MONSE, menambah sentuhan pereka pada gaya seharian sepanjang hari. Koleksi ini juga termasuk gaya daripada lima pereka bebas yang dicipta di bawah bimbingan Kim dan Garcia: Oxana Goralczyk (FRA), Jade Breyon (AS), Mathilde Lhomme (FRA), Aliya Brown (AS) dan KL Allen (AS). Kim dan Garcia memilih sendiri dan membimbing pereka ini berdasarkan kepada cadangan reka bentuk mereka yang dikemukakan dan minat terhadap kraf mereka. Bersama-sama para pereka ini, Kim dan Garcia mencipta koleksi pakaian yang menghasilkan reka bentuk dan kualiti peringkat pertunjukan fesyen kepada pembeli-belah SHEIN - tanpa tanda harga mewah.

"Di MONSE, kami amat berminat dengan keterangkuman dalam fesyen dan atas sebab inilah kami bekerjasama dengan SHEIN X bagi koleksi yang menawarkan titik harga yang boleh dicapai untuk semua," kata Laura Kim, pengarah kreatif bersama di MONSE. "Sebagai penyokong kepada misi Dress for Success, projek ini memberi ganjaran tambahan kerana ia bukan sahaja meraikan kreativiti dan kepelbagaian dalam dunia fesyen, tetapi juga menyokong tujuan yang dekat di hati saya. Koleksi MONSE memfokuskan untuk mendekonstruksi pakaian lelaki untuk wanita. Kami ingin memperkasa mereka melalui reka bentuk kami, agar mereka berasa kuat untuk menghadapi apa sahaja. Kami berasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada kolaborasi yang meningkatkan kehidupan wanita mahupun pereka baru muncul."

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, SHEIN turut memberi sumbangan kepada Dress for Success Greater New York City.

Dana ini akan menyokong pengembangan operasi Dress for Success Greater New York City, yang seterusnya akan digunakan untuk menyokong program dan perkhidmatan bagi membantu wanita berkembang maju dalam dunia pekerjaan dan kehidupan, seperti sesi penggayaan secara peribadi yang berfungsi sebagai pelaburan berharga untuk wanita yang ingin meningkatkan imej profesional mereka, meningkatkan keyakinan mereka serta mengoptimumkan koleksi pakaian mereka demi kejayaan kerjaya.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan SHEIN X dan MONSE melalui kolaborasi unik ini yang membolehkan Dress for Success Greater New York City terus menyokong wanita dengan menyediakan kepada mereka alat yang diperlukan untuk berkembang maju dalam tenaga kerja," kata Jennifer Wuerz, Pengarah Interim di Dress for Success Greater New York City. "Koleksi ini bukan sahaja menunjukkan contoh gabungan antara fesyen atasan dan kebolehcapaian tetapi turut menekankan komitmen bersama untuk memperkasa wanita."

Koleksi SHEIN X MONSE merangkumi gaya dengan pelbagai saiz dan potongan, termasuk gaun, jaket, blaus, seluar dan aksesori. Semua item koleksi boleh didapati sekarang dan berharga antara $1.70 dan $64.39. SHEIN X menyeru individu untuk berkongsi penampilan mereka melalui media sosial menggunakan tanda pagar #SHEINXMONSE dan #SHEINXCollabs. Untuk membeli koleksi SHEIN X MONSE, kunjungi https://us.shein.com/campaigns/sheinxmonse

Latar Belakang SHEIN X

SHEIN X ialah program di bawah SHEIN––peruncit dalam talian fesyen dan gaya hidup global––yang berkolaborasi dengan pereka bebas bagi melancarkan koleksi eksklusif. Setiap keluaran memaparkan keaslian pencipta yang berbakat di seluruh dunia dan menggabungkan intipati fesyen kelas tinggi dengan kemampuan, memberi sentuhan pereka kepada semua gaya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SHEIN X, kunjungi https://us.shein.com/campaigns/sheinxcollabs

Latar Belakang SHEIN

SHEIN ialah peruncit dalam talian fesyen dan gaya hidup global yang menawarkan pakaian dan produk berjenama SHEIN daripada rangkaian vendor global pada harga yang berpatutan. Beribu pejabat di Singapura, SHEIN komited untuk menjadikan keindahan fesyen boleh diakses oleh semua, mempromosikan metodologi pengeluaran atas-permintaan yang utama dalam industri demi industri yang lebih pintar dan bersedia mendepani masa depan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SHEIN, kunjungi www.sheingroup.com.

Latar Belakang MONSE

Dilancarkan oleh Laura Kim dan Fernando Garcia pada tahun 2015, MONSE muncul sebagai lambang kemewahan sedia untuk dipakai buat wanita yang berani dan arif. Ia menggabungkan kecanggihan jahitan pakaian lelaki dengan kreativiti yang berani. Bermula daripada kelim asimetri kepada potongan inventif, siluet dekonstruksi dan corak aneh, gaya MONSE mentakrifkan semula kemewahan untuk wanita profesional yang berani, arif dan yakin yang fesyennya sinonim dengan ekspresi diri. Reka bentuk MONSE menghiasi permaidani merah dalam acara-acara fesyen eksklusif— bermula daripada kemeriahan acara Oscars kepada kemewahan Met Gala dan daripada rancangan bual bicara kepada parti, tayangan perdana dan banyak lagi.

Latar Belakang Dress for Success Greater New York City

Dress for Success Greater New York City menumpukan untuk memperkasa wanita bagi mencapai kebebasan ekonomi dengan menyediakan jaringan sokongan, alatan pembangunan serta pakaian profesional bagi membantu mereka berkembang maju dalam dunia pekerjaan dan kehidupan. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1,200 orang wanita setiap tahun merentas lima daerah perbandaran Bandar Raya New York, Dress for Success Greater New York City komited untuk mencipta dunia yang melaluinya wanita tidak hidup dalam kemiskinan, dilayan secara bermaruah dan dihormati serta mengukuhkan hubungan keluarga dan membentuk komuniti mereka.

Hubungan Akhbar SHEIN
Kate Fosha
kate.fosha@sheingroup.com

Brandon Muratalla
Brandon.muratalla@smallgirlspr.com

 

 

Source: SHEIN
Keywords: Art Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Licensing/marketing agreements New products/services