omniture

Laporan Tahunan DJI Agriculture Dapati Industri Dron Pertanian Global Berkembang Pesat

DJI
2024-07-11 13:24 6

Lebih 300,000 dron beroperasi secara global, menjaga lebih daripada 500 juta hektar tanah ladang di seluruh dunia.

SHENZHEN, China, 11 Julai 2024 /PRNewswire/ -- DJI Agriculture, peneraju global dalam mempermudah inovasi pertanian melalui teknologi dron, memperkenalkan Laporan Matlamat Industri Dron Pertanian (2023/2024), memaparkan industri dron pertanian global yang berkembang pesat pada tahun 2023. Meliputi inisiatif dasar dan aplikasi dron baru muncul, laporan ini menawarkan gambaran keseluruhan yang komprehensif untuk mengemudi landskap teknologi dron pertanian yang semakin berkembang bagi tahun 2023/2024.

"DJI Agriculture bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan pengurusan tanah ladang dengan memanfaatkan penyelesaian digital serta dron pintar dan dalam masa yang sama mengutamakan kelestarian alam sekitar," ujar Yuan Zhang, Ketua Jualan Global di DJI Agriculture. "Laporan ini mengetengahkan bahawa kerajaan dan petani di seluruh dunia menerima dron pertanian dan teknik pertanian pintar bagi meningkatkan pengeluaran makanan dengan cara yang lebih saintifik, mampan dan mesra alam."

DJI unveils its Agriculture Drone Industry Insight Report (2023/2024)
DJI unveils its Agriculture Drone Industry Insight Report (2023/2024)

Penemuan Penting daripada Laporan 2023/2024  

Penggunaan dron pertanian yang pesat di seluruh dunia merupakan bukti kuasa transformatif teknologi baru muncul dalam sektor pertanian. Menjelang akhir Jun 2024, dron pertanian telahpun menjaga lebih daripada 500 juta hektar tanah ladang di serata dunia.

Kecekapan luar biasa dron ini membawa kepada penjimatan yang besar, termasuk pengurangan kumulatif 210 juta tan metrik air dan 47,000 tan metrik racun perosak. Tambahan pula, pelaksanaan dron pertanian telahpun mengurangkan emisi karbon dengan ketara sebanyak 25.72 juta tan metrik. Pengurangan ini bersamaan dengan pensekuesteran karbon yang disediakan oleh 1.2 bilion batang pokok, menekankan sifat pendekatan inovatif yang lestari dan mesra alam ini kepada pertanian moden.

Trend Dasar Global

Laporan ini menyatakan bahawa kerajaan di beberapa negara sudah mula meliberalisasikan peraturan. Di Brazil, ANAC meminda peraturan yang hanya memerlukan pendaftaran dron dan pelesenan juruterbang sebelum operasi boleh dimulakan. Di AS, FAA menerbitkan senarai kelulusan dron pertanian yang boleh digunakan secara langsung dengan pengecualian. China mengeluarkan peraturan yang membenarkan juruterbang dron dilatih oleh pengeluar.

"Kami berasa teruja dengan kemajuan dalam rangka kerja pengawalseliaan ini, kerana ia akan membantu meluaskan penggunaan dron pertanian dan akhirnya memberi manfaat kepada petani di seluruh dunia," kata Zhang.

Amalan Terbaik

Laporan ini turut menonjolkan amalan terbaik, menawarkan panduan berharga berhubung latihan kakitangan, teknologi dron, aplikasi pertanian serta penyepaduan agronomi dan dron. Petani boleh merujuk terus panduan ini bagi melaksanakan operasi pertanian yang lebih profesional.

Kemajuan Teknologi

Laporan ini turut mengetengahkan kemajuan teknologi yang menyumbang kepada pertumbuhan industri dron pertanian. Penyepaduan kecerdasan buatan (Al) membolehkan pemprosesan data dan pembuatan keputusan yang lebih tepat dan cekap. Di samping itu, perkembangan dalam teknologi sensor meningkatkan keupayaan dalam pertanian jitu. Kemajuan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi turut mengurangkan kos untuk petani.

Ujian Dron dan Kajian Kes Pertanian

Banyak ujian dan kajian kes telahpun didokumentasikan oleh DJI Agriculture dan rakan kongsinya pada tahun 2023, termasuk:

•  Ujian hanyut untuk model-model T50 dan T25 Agras di China, Australia dan Hungary.

•  Pengurusan kebun oren navel 10-hektar melalui kitaran pertumbuhan penuh oleh seorang petani.

•  Penggunaan racun herba ke atas ladang agave di Mexico, menjimatkan 88% air dan mengurangkan kos sebanyak lebih $60 USD setiap hektar.

•  Penyemburan rumpai bersasar di tanah ragut Australia, menjimatkan kos sebanyak 50% dan mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak 51%.

•  Penyemburan racun perosak di kebun durian dengan 1,500 batang pokok di Thailand, mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak 20-30%.

•  Penyemburan ripener di ladang tebu pekebun kecil di Afrika Selatan, meningkatkan hasil gula akhir sehingga 1.78 tan setiap hektar.

Kesimpulan

Laporan tahunan DJI Agriculture menonjolkan kemajuan ketara dalam industri dron pertanian dan membuka jalan untuk kemajuan masa depan. Dengan mengutamakan kelestarian dan inovasi, kami bermatlamat untuk merevolusikan pertanian moden dan memberi impak positif kepada pengeluaran makanan global. Nantikan kemas kini kami yang seterusnya tatkala kami berusaha ke arah mencapai masa depan pertanian yang lebih hijau, lebih pintar dan lebih cekap.

Laporan penuh 2023/2024 boleh diakses di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai DJI Agriculture sila kunjungi laman web kami.

Laman Web: ag.dji.com
Facebook: facebook.com/DJIAgriculture
Twitter: twitter.com/DJIAgriculture
YouTube: youtube.com/@DJIAgriculture
Kajian Kes Agave: https://ag.dji.com/case-studies/agras-t40-t50-agave
Instagram: instagram.com/djiagriculture_official

Source: DJI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics