SHENZHEN, China, 12 Julai 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu global, mencapai pertumbuhan terpantas dalam bahagian pasaran rangkaian optik global dari S2 2023 hingga S1 2024, menurut laporan Optical Networking – 1Q24 yang dikeluarkan oleh Omdia, peneraju penganalisa dan penasihat global. Pengiktirafan ini menegaskan daya saing produk rangkaian optik ZTE.
Penumpukan mendalam dan inovasi berterusan dalam teknologi rangkaian optik membantu ZTE menyampaikan penyelesaian OTN terkemuka kepada pengendali:
400G: Dengan bergantung pada 130GBd+, DSP generasi baharu, dan teknologi pengkapsulan 3D termaju, ZTE berjaya menjadikan kemampuan penghantaran 400G panjang gelombang tunggal setara dengan 100G/200G, meningkatkan kadar penghantaran dan memastikan prestasi penghantaran perkhidmatan yang cemerlang sambil mengekalkan jarak dan meningkatkan kelajuan. Selain itu, ZTE mencipta sistem laluan optik jalur-C+L yang mudah dan cekap melalui inovasi dalam amplifier terdop unsur nadir bumi yang baharu, pengisian panjang gelombang semu, dan APO berbilang titik, menggandakan kapasiti gentian tunggal dan meletakkan asas kukuh untuk pengendali membina rangkaian optik yang sangat berkuasa. Penyelesaian 400G ZTE membantu pengendali China membina rangkaian tulang belakang antara wilayah 400G sepenuhnya yang pertama dan terbesar di dunia dengan liputan terluas.
800G: ZTE mengeluarkan penyelesaian OTN boleh pasang 800G pertama dalam industri, mengurangkan saiz sebanyak 60% dan penggunaan kuasa Gbit tunggal sebanyak 68% berbanding modul optik tetap. Berdasarkan penyelesaian ini, ZTE mengesahkan penyelesaian OTN boleh pasang 800G pertama di China dalam rangkaian sedia ada, membolehkan penghantaran 400G/800G bercampur dan memastikan pasang atur yang lancar dan operasi perkhidmatan yang stabil. Ia mencapai rekod jarak transmisi 2000km dalam sistem darat, menyediakan lebar jalur yang mencukupi untuk pertumbuhan perkhidmatan pada masa akan datang.
Tbit Panjang Gelombang Tunggal: Berdasarkan sistem masa nyata spektrum ultra-lebar 17THz dan gelombang panjang tunggal 1Tbit+, ZTE menetapkan dua rekod dunia: jarak transmisi 250km dan kapasiti gentian tunggal melebihi 120T. Baru-baru ini syarikat menyelesaikan projek demonstrasi sistem pengangkutan gentian teras berongga panjang gelombang tunggal 1.2Tbit/s dan eka-arah lebih daripada 100Tbit/s pertama di dunia bersama rakan industri, mempamerkan kepimpinannya dalam bidang rangkaian optik sekali lagi.
Melangkah ke hadapan, ZTE komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dalam rantaian industri untuk meneroka penyelidikan dan amalan inovatif dalam teknologi rangkaian optik. Bersama-sama, merrka menyasarkan untuk membangunkan jalan baharu untuk pengkomersilan rangkaian optik yang lebih luas dan berprestasi tinggi, membina infrastruktur optik yang kukuh untuk pertumbuhan ekonomi digital global.
PERTANYAAN MEDIA:
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn