omniture

Vantage Markets Lancarkan "Trading Championship 2024" dengan Hadiah Utama USD $100,000 untuk Pedagang Terbaik

Vantage
2024-07-12 18:51 77

PORT VILA, Vanuatu, 12 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset yang terkemuka, Vantage Markets melancarkan kempen baharunya yang menarik, Trading Championship 2024. Pertandingan perdagangan ini dibuka kepada pedagang dari negara-negara terpilih, menawarkan peluang kepada mereka untuk memperlihatkan kemahiran mereka dan memenangi hadiah wang tunai yang banyak.

Vantage Markets Lancarkan "Trading Championship 2024" dengan Hadiah Utama USD $100,000 untuk Pedagang Terbaik
Vantage Markets Lancarkan "Trading Championship 2024" dengan Hadiah Utama USD $100,000 untuk Pedagang Terbaik

Trading Championship 2024 direka untuk mewujudkan suasana yang menarik dan kompetitif untuk pelanggan Vantage yang baharu dan sedia ada dengan syarat tempat tinggal mereka didaftarkan dari negara/wilayah terpilih sahaja. Untuk menyertai, pelanggan yang layak mesti mendaftar melalui Portal Pelanggan Vantage atau Aplikasi Vantage dan menambah dana akaun mereka dengan minimum dana baharu sebanyak USD$500. Prestasi mereka akan dijejaki hanya selepas mereka mendaftar dan mendepositkan sebanyak USD$500, bagi memastikan persekitaran yang adil dan kompetitif untuk semua pedagang.

Tempoh pendaftaran dibuka lebih awal pada 17 Jun 2024 dan akan ditutup pada 25 Ogos 2024. Pertandingan akan berlangsung mulai hari ini hingga 31 Ogos 2024.

Peserta dibahagikan kepada dua peringkat berdasarkan kepada jumlah deposit bersih mereka: peringkat Perak untuk deposit kurang daripada USD$5,000 dan peringkat Emas untuk deposit sebanyak USD$5,000 atau lebih. Sejumlah 200 pemenang akan dipilih - 100 pemenang daripada setiap peringkat - berdasarkan kepada peningkatan peratusan tertinggi dalam ekuiti akaun mereka pada akhir pertandingan.

Pedagang terbaik pada peringkat Emas akan memenangi USD$100,000, manakala pedagang terbaik pada peringkat Perak akan memenangi USD$50,000, dengan hadiah tambahan untuk naib juara dan pencapaian tertinggi pada kedua-dua peringkat.

"Kami berasa teruja untuk melancarkan Trading Championship 2024 kami, yang menggabungkan keterujaan persaingan dengan kehandalan strategik dalam perdagangan. Kejohanan ini bukan sahaja menonjolkan bakat pedagang kami tetapi juga merangkumi semangat kesukanan dan strategi," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan, Vantage.

"Walaupun kami teruja untuk melihat strategi pelanggan kami bertindak dan memberi ganjaran kepada kejayaan mereka, pertandingan ini bukanlah bertujuan untuk mempengaruhi toleransi risiko mana-mana individu atau menggalakkan perdagangan yang tidak konsisten dengan strategi mereka sendiri. Pelanggan harus memastikan mereka mengendalikan akaun dagangan mereka sesuai dengan tahap keselesaan mereka."

Pemenang akan diumumkan secara terbuka pada halaman promosi Vantage dalam portal pelanggan dan melalui Vantage App. Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke akaun pemenang dalam tempoh 15 hari perniagaan bulan berikutnya.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar Trading Championship 2024, sila kunjungi https://www.vantagemarkets.com/en/promotions/trading-championship-2024/

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Financial Technology