omniture

Vantage Markets rangkul anugerah "Pengalaman Perdagangan Terbaik - Global" bagi tahun 2024

Vantage
2024-07-12 18:53 42

PORT VILA, Vanuatu, 12 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang-aset yang terkemuka, Vantage Markets memperoleh anugerah "Pengalaman Perdagangan Terbaik - Global 2024" yang dihormati daripada Ultimate Fintech. Pencapaian yang penting ini menekankan komitmen Vantage yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan persekitaran perdagangan yang tiada tandingan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Vantage Markets rangkul anugerah "Pengalaman Perdagangan Terbaik - Global" bagi tahun 2024
Vantage Markets rangkul anugerah "Pengalaman Perdagangan Terbaik - Global" bagi tahun 2024

Ultimate Fintech Awards terkenal kerana mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi dalam sektor teknologi kewangan (fintech) dan perdagangan. Kemenangan Vantage dalam kategori "Pengalaman Perdagangan Terbaik" mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam menyediakan penyelesaian perdagangan yang berkualiti tinggi dan inovatif.

Kejayaan Vantage dalam memperoleh anugerah ini menonjolkan usaha berterusannya untuk meningkatkan pengalaman perdagangan buat pelanggannya, bermula daripada pedagang baru hingga pelabur berpengalaman. Bermula dengan peningkatan yang berterusan terhadap Vantage App yang mesra pengguna, hinggalah kepada pengembangan sumber pendidikannya yang komprehensif serta peruntukan bayaran yang telus dan rendah, Vantage memastikan pedagang memiliki alatan dan ilmu yang betul untuk mengemudi pasaran kewangan dengan yakin.

"Kami berasa teruja menerima anugerah 'Pengalaman Perdagangan Terbaik - Global 2024' daripada Ultimate Fintech," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage. "Pengiktirafan ini merupakan bukti dedikasi tidak henti-henti daripada pasukan kami untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang luar biasa kepada pelanggan kami. Di Vantage, kami komited untuk terus meningkatkan tawaran kami dan menyampaikan pengalaman perdagangan yang unggul kepada pedagang di seluruh dunia."

Rekod pencapaian Vantage termasuk anugerah-anugerah global yang terdahulu seperti "Broker CFD Terbaik", "Broker Paling Dipercayai" dan "Broker Nilai Terbaik" pada tahun 2024, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju industri. Menerusi anugerah yang terkini ini, Vantage menegaskan lagi janjinya untuk menyediakan pengalaman perdagangan terbaik bagi para pedagang bagi memanfaatkan peluang pasaran dan berpotensi mencapai matlamat kewangan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vantage dan penyelesaian perdagangannya yang memenangi anugerah, sila kunjungi www.vantagemarkets.com.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker berbilang-aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology