omniture

Faith In Young Champions: Hisense Jalin Kerjasma dengan UEFA Foundation Bawakan Permainan Hebat kepada Kanak-kanak Di Hospital

Hisense Group
2024-07-15 14:16 31

QINGDAO, China, 15 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya kejohanan EURO 2024, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global Hisense serta UEFA Foundation bersama-sama melancarkan "Faith In Young Champions", suatu inisiatif kebajikan awam. Robot inovatif yang dikuasakan oleh Hisense membolehkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dari 22 negara untuk berhubung secara maya dengan 23 perlawanan EURO 2024, memenuhi impian mereka untuk menghadiri acara ini biarpun dengan batasan dari segi fizikal.

Sepanjang tempoh ini, kanak-kanak boleh menggunakan robot untuk masuk ke kawasan eksklusif, seperti zon memanaskan badan, bilik loker atau bahagian VIP, mengarahkan interaksi bersama pemain atau pasukan kesayangan mereka, agar setiap jiwa yang mencintai sukan bola sepak dapat mengekspresikan keghairahan yang paling murni terhadap perlawanan bola sepak secara langsung dengan cara ini.

Faith In Young Champions Welfare Initiative
Faith In Young Champions Welfare Initiative

Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menambah baik kehidupan kanak-kanak, Hisense ingin memanfaatkan teknologi berpusatkan pengguna dan tanggungjawab sosial di seluruh dunia. Bagi acara yang luar biasa ini, Hisense menyokong produk-produk komersial termaju seperti paparan interaktif untuk sebuah hospital di Afrika Selatan dan kanak-kanak mendapat peluang yang memperkaya untuk mempelajari cara teknologi ini berfungsi melalui aktiviti-aktiviti interaktif dengan bantuan sukarelawan. Selain itu, hospital boleh menggunakannya dalam pejabat harian mereka, mesyuarat atau perbincangan, lantas menjadikan proses kerja mereka lebih berciri elektronik dan mudah.

"Kami dengan senang hati menerima papan digital ini dan ia akan memainkan peranan yang sangat penting untuk berkongsi idea dan memberi sumbang saran bersama pengarah, doktor dan pasukan pengurusan hospital, versi digital ini akan menjadikan kehidupan jauh lebih mudah." Menurut pengurus hospital.

UEFA Foundation ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah pertubuhan amal yang ditadbir di bawah undang-undang Switzerland, dengan falsafah sekian lamanya yang sejajar dengan konsep penjagaan belia dan tanggungjawab sosial Hisense. Semasa kejohanan EURO 2024, peminat juga dapat melihat slogan "KERANA SETIAP KANAK-KANAK ADALAH JUARA" ("BECAUSE EVERY CHILD IS A CHAMPION") pada papan LED di sisi padang, yang sangat bertepatan dengan cadangan "Faith In Young Champions" ("Keyakinan Terhadap Juara Muda") yang diseru oleh Hisense pada tahun ini, selain turut menjadikan kolaborasi ini lebih mudah dijayakan.

Carine Nkoue, Setiausaha Agung UEFA Foundation, berkata, "Bola sepak bukan sahaja merupakan sukan nombor satu di dunia tetapi juga merupakan platform yang hebat untuk menjayakan projek-projek solidariti buat mereka yang memerlukan. Saya ingin menggalakkan anda semua untuk menyertai aktiviti-aktiviti UEFA Foundation untuk kanak-kanak dan menjadi penyokong inisiatif global ini. Dengan sokongan daripada Hisense dan solidariti keluarga bola sepak Eropah, kami boleh mencapai lebih banyak lagi."

Terlibat dalam kerja-kerja amal dan memenuhi tanggungjawab sosial korporat telah lama menjadi asas kepada budaya korporat Hisense. Syarikat ini memperuntukkan sumber secara proaktif terhadap inisiatif kebajikan awam dengan konsep untuk membantu semua orang menikmati setiap detik kehidupan dengan teknologi berpusatkan pengguna.

Hasil daripada kehadiran globalnya dalam pelbagai industri, Hisense menjadi lebih yakin untuk menggalas pelbagai jenis tanggungjawab sosial bagi meningkatkan standard penjagaan kesihatan serta pendidikan di seluruh dunia. Hisense mengeksport alat ultrabunyi dan peralatan lain ke lebih 20 negara di Asia, Afrika Tengah dan Timur serta Eropah bagi memenuhi pelbagai keperluan mereka yang memerlukan. Produk-produk paparan komersial Hisense turut mendapat tarikan pasaran di lebih 40 negara, termasuk Eropah, Amerika Syarikat dan juga rantau Asia-Pasifik.

Selama bertahun-tahun, Hisense mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan awam yang dimulakan oleh acara-acara sukan bertaraf dunia. Kolaborasi kali ini merupakan suatu inspirasi kerohanian untuk menaik taraf kempen CSR daripada penajaan produk kepada penajaan melangkaui masa dan ruang.

Memandang ke hadapan, Hisense dan UEFA Foundation akan terus berusaha untuk memajukan usaha kebajikan mereka dan memberi faedah yang lebih besar kepada pelbagai wilayah di serata dunia dengan memanfaatkan sumber masing-masing.

Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan tumpuan kepada TV Pintar), perkakas rumah dan maklumat pintar IT. Hisense menduduki kedudukan No. 2 di  peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024 dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

Source: Hisense Group
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements