omniture

Universal Robots meraikan pencapaian dengan lebih 500 produk berinovatif dalam ekosistem yang sentiasa berkembang

Universal Robots A/S
2024-07-15 14:39 32

ODENSE, Denmark, 15 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Universal Robots, syarikat robot kolaboratif (cobot) Denmark, telah memperoleh pencapaian baharu, mengumumkan bahawa syarikat itu kini telah melancarkan lebih 500 produk melalui ekosistem UR+.

Ini menandakan pertumbuhan ketara dalam ekosistem sejak syarikat itu bermula pada tahun 2016 dengan cita-cita menjadikan Universal Robots (UR) sebagai platform seperti sumber terbuka yang akan memperkasa pembangun mencipta penyelesaian berinovatif. Pada hari ini, ekosistem UR+ menawarkan pelbagai komponen, kit, aplikasi dan penyelesaian dalam perkakasan dan perisian yang direka bentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

"Universal Robots dibina berdasarkan kerjasama dan pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa kami ialah platform pilihan dalam robotik kolaboratif," kata Kim Povlsen, Presiden Universal Robots. "Kami mempunyai ekosistem yang menakjubkan dengan ratusan syarikat rakan kongsi yang terdiri daripada syarikat permulaan pembangun kecilan hingga jenama yang teguh dan terkenal. Ini benar-benar ekosistem yang serba boleh dan sentiasa berkembang."

Ekosistem UR menawarkan produk daripada aplikasi mudah seperti pencengkam (grippers) kepada penyelesaian penuh untuk tugasan seperti menyusun barangan di atas palet dan kimpalan. Pembangunan penyelesaian penuh telah menjadi trend jelas dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan tumpuan yang semakin meningkat dalam ekosistem untuk menawarkan penyelesaian siap guna kepada pelanggan agar bersesuaian dengan keperluan automasi yang paling biasa.

Satu lagi trend penting ialah pertumbuhan pesat dalam bilangan aplikasi dan penyelesaian berasaskan teknologi AI. Syarikat itu juga telah menambah produk baharu yang direka bentuk untuk keserasian dengan cobot muat beban berat generasi baharu.

"Ekosistem kami berkembang lebih pantas berbanding sebelum ini dan dengan AI fizikal sebagai lokomotif baharu dalam robotik, kami akan terus melihat inovasi baharu dan rintisan ditambah kepada ekosistem kami pada kelajuan tinggi. Bagi UR, semua ini ialah mengenai memberikan pilihan kepada pelanggan kami melalui teknologi yang mudah digunakan dan, bersama-sama dengan rakan kongsi kami, sentiasa menganjak sempadan perkara yang boleh diautomasikan dan sejauh mana ini boleh dilaksanakan dengan mudah," kata Kim Povlsen.

Anda boleh mendapatkan gambaran keseluruhan semua produk ekosistem UR di sini.

Ketahui lebih lanjut tentang Universal Robots di sini.

Gambar
Gambar produk UR+ terpilih dan Presiden Kim Povlsen boleh dimuat turun di sini

Source: Universal Robots A/S
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services Artificial Intelligence