omniture

Henry Zhang, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif TUGE Technologies, Sampaikan Ucaptama di MWC 2024 mengenai Trend IoT Mudah Alih

TUGE Technologies
2024-07-16 09:31 30

SHANGHAI, 16 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Mudah Alih (Mobile World Congress, MWC 2024) yang diadakan di Shanghai, Henry Zhang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TUGE Technologies, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Globalisasi Industri IoT." Beliau membincangkan tentang hala tuju masa depan industri Internet Pelbagai Benda (IoT) mudah alih dan mempamerkan inovasi rintis TUGE dan aplikasi dunia sebenar dalam gabungan antara kecerdasan buatan (AI) dan globalisasi.

Henry Zhang, Chairman & CEO of TUGE Technologies
Henry Zhang, Chairman & CEO of TUGE Technologies

Dalam ucapan beliau, En. Zhang menyatakan, "Globalisasi dan AI mewakili trajektori yang pasti berlaku demi kemajuan IoT mudah alih."

Ditubuhkan pada tahun 2013, TUGE Technologies menjadi penyedia platform IoT mudah alih yang terkemuka secara global, mengkhusus untuk menyampaikan penyelesaian ketersambungan dan pengurusan yang berprestasi tinggi, cekap dan berkesan kos. Syarikat ini berkembang pesat ke seluruh Eropah, Jepun, Australia, AS dan Asia Tenggara, membentuk perkongsian di lebih 50 negara dan menetapkan penanda aras dalam bidang IoT mudah alih.

Dengan gabungan pengalaman selama lebih dua dekad dalam teknologi ICT, pemasaran, strategi dan inovasi dalam konteks Cina dan Barat, En. Zhang percaya bahawa era dipacu AI memberi penekanan yang lebih besar kepada penyetempatan. Bagi operasi luar negara, memperdalam usaha penyetempatan dalam pasaran strategik adalah sangat penting. Infrastruktur komunikasi global yang mantap dan platform IoT mudah alih yang komprehensif penting untuk senario aplikasi yang meluas.

Semasa ucapan beliau, En. Zhang mengutarakan enam cabaran utama dalam meningkatkan prestasi IoT mudah alih dan berkongsi penyelesaian inovatif TUGE. Mengemukakan tentang keperluan keupayaan komunikasi global berprestasi tinggi untuk senario aplikasi yang luas, syarikat ini mengubah seni bina IoT mudah alih bagi mengoptimumkan prestasi komunikasi dan meningkatkan nisbah prestasi-kepada-harga. Platform komunikasi awan TUGE mengintegrasikan lebih 300 pengendali global, menyediakan liputan rangkaian yang luas di lebih 200 negara dan wilayah serta mempemudah sinergi berbilang negara dan berbilang rangkaian. Dengan memanfaatkan platform operasi pintar proprietarinya, TUGE mengoptimumkan rangkaian secara dinamik bagi memenuhi keperluan khusus setiap terminal. Di samping itu, dengan penyelesaian penumpuan vSIM+eSIM yang inovatif, TUGE menawarkan penyelesaian komunikasi global perisian-perkakasan tergabung untuk terminal pintar perniagaan yang boleh diaplikasikan di mana-mana, seterusnya mempercepatkan kemasukan pasaran dan membolehkan syarikat-syarikat berjaya di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://en.tugegroup.com; Untuk pertanyaan perniagaan, sila emel: sales@51tgt.com

Source: TUGE Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things