omniture

YPO Memilih Sofyan Almoayed Pengerusi YPO 2024-2025

YPO
2024-07-16 13:00 40

NEW YORK, 16 Julai 2024 /PRNewswire/ -- YPO, komuniti kepimpinan global yang terdiri daripada lebih 35,000 ketua eksekutif di 150 negara, mengumumkan pemilihan Sofyan Almoayed ke pejabat tertinggi YPO, pengerusi Lembaga Pengarah YPO. 

Almoayed, yang penggalnya bermula pada 1 Julai 2024, merupakan ahli ke-73 yang memegang jawatan ini dan menggantikan Pengerusi YPO Emeritus Raymond Watt

"Saya berbesar hati dan gembira untuk berkhidmat sebagai pengerusi global YPO, untuk menyumbang kembali kepada organisasi luar biasa ini yang telah menyokong saya sepanjang perjalanan kepimpinan saya," kata Almoayed. 

Sofyan Almoayed, 2024-2025 YPO Chairman
Sofyan Almoayed, 2024-2025 YPO Chairman

Ahli Pertubuhan YPO Khaleej dan YPO Bahrain, Almoayed adalah Ketua Pegawai Eksekutif Almoayed Investments, perniagaan keluarga pelbagai disiplin yang memegang beberapa syarikat yang menceburi pelbagai industri, termasuk teknologi, kontrak, pengangkutan, hospitaliti, perjalanan dan pelancongan. Beliau juga merupakan ahli dalam lembaga pengarah syarikat swasta dan awam yang lain. 

Almoayed meneruskan legasi pengasas dan presiden pertama YPO, Ray Hickok, yang menetapkan standard untuk kepimpinan rakan sebaya. 

"Sofyan adalah juara sejati dan mengamalkan nilai-nilai YPO setiap hari. Saya berbangga untuk berkhidmat dengannya menerajui organisasi ini, kerana saya tahu beliau teguh dalam misi kami iaitu Pemimpin yang Lebih Baik Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pertukaran Idea. Saya banyak bergantung kepada kekuatannya tahun ini, dan kini seluruh YPO boleh mendapat manfaat daripada wataknya yang tidak goyah," kata Watt. 

Almoayed yang menyertai YPO pada tahun 2005, merupakan pengasas YPO Bahrain Chapter, dan telah berkhidmat dalam pelbagai pertubuhan, peranan juara serantau dan rangkaian. Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ketua pelayan di YPO, beliau memegang jawatan timbalan pengerusi, pengerusi Jawatankuasa Rangkaian Global YPO, dan pengerusi Jawatankuasa Audit YPO. 

Sepanjang tahun ini, Almoayed akan menumpukan perhatian untuk meningkatkan komuniti rakan sebaya YPO, membangunkan peluang pembelajaran yang unik untuk ahli, dan menemui cara inovatif untuk menghubungkan pemimpin perniagaan, selain mengetengahkan ulang tahun ke-75 YPO pada tahun 2025. 

Maklumat Tentang YPO 
YPO ialah komuniti kepimpinan global lebih daripada 35,000 ketua eksekutif di 150 negara yang dihubungkan oleh kepercayaan bersama bahawa dunia memerlukan pemimpin yang lebih baik dan perniagaan boleh menjadi daya penggerak untuk kebaikan. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan kepimpinan yang besar pada usia muda. Mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang secara kolektif menggaji lebih daripada 22 juta orang di seluruh dunia dan menjana gabungan hasil lebih USD9 trilion. Ahli YPO berhimpun untuk belajar dan bertukar fikiran dalam usaha mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan, perniagaan, dan komuniti yang menerima kesan daripada tindakan mereka. Layari ypo.org untuk maklumat lanjut. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2460527/Sofyan_Almoayed_2024_2025_YPO_Chairman.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600

Source: YPO
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Computer/Electronics Education Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Transportation Personnel announcements