omniture

Trak Pencampur Elektrik 408P SANY Lulus Piawaian GSR EU Dikemas Kini

SANY Group
2024-07-17 02:30 47

SHANGHAI, 17 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Dibangunkan dan dikilangkan oleh pengeluar peralatan berat terkemuka China SANY Group ("SANY"), trak pencampur elektrik 408P bertaraf dunia baru-baru ini telahpun melepasi penanda aras Peraturan Keselamatan Am (GSR) EU yang dikemas kini. Dilengkapi dengan sistem bantuan-pemandu lanjutan (ADAS) yang dibangunkan oleh Haistar, 408P ialah kenderaan kejuruteraan elektrik China pertama yang memperoleh sijil Kelulusan-Jenis Kenderaan Menyeluruh (SVTA) yang terkini.

SANY 408P Electric Mixer Truck
SANY 408P Electric Mixer Truck

Setelah memperoleh pensijilan ujian kenderaan sebenar yang terkini ini, 408P kini diakreditasi dengan lima peraturan GSR. Hal ini menandakan bahawa trak pencampur elektrik SANY bukan sahaja mendapat kebenaran masuk ke pasaran yang terkini di Kesatuan Eropah, tetapi akan turut mempercepatkan pelan hala tuju pembangunan global SANY, seterusnya mengukuhkan kedudukan utamanya dalam sektor kenderaan kejuruteraan elektrik.

Pensijilan ujian ini dijalankan di bawah pengawasan TÜV Rheinland, penyedia perkhidmatan teknikal yang terkemuka. Keputusan ujian menunjukkan bahawa trak pencampur elektrik 408P SANY selamat, andal dan memenuhi peraturan serta piawaian EU. Ujian ini turut menonjolkan Haistar ADAS sebagai sangat mudah disesuaikan dengan kebolehkembangan kukuh yang juga boleh diaplikasikan pada model-model lain.

GSR EU dilancarkan pada tahun 2019 bagi meningkatkan perlindungan kepada penumpang kenderaan dan pengguna jalan raya yang terdedah pada bahaya seperti pejalan kaki dan penunggang basikal bagi mengurangkan kemalangan jalan raya dan nahas dengan memastikan kenderaan memiliki tahap keselamatan yang lebih tinggi. Kemas kini yang terkini berkuat kuasa Julai 2024 menghendaki semua kenderaan komersial yang didaftarkan di EU dilengkapi dengan fungsi ADAS yang sesuai.

Pencampur elektrik 408P SANY telahpun lulus lima ciri GSR ADAS, termasuk Sistem Maklumat Berjalan Semula (MOIS), Sistem Maklumat Titik Buta (BSIS), Sistem Maklumat Undur (REIS), Bantuan Kelajuan Pintar (ISA) dan Amaran Rasa Mengantuk & Kewaspadaan Pemandu (DDAW).

Antara kesemua ini, ISA direka bentuk untuk memberi amaran kepada pemandu agar memperlahankan kenderaan apabila kelajuan dikesan. Sistem ISA daripada SANY mencatatkan lebih daripada 6,000km ujian atas jalan di 10 negara EU, dengan 431 kilometer pemanduan jalan raya sebenar dan senario yang meliputi kawasan bandar, kampung, lebuh raya dan banyak lagi. Ketepatan pengecaman senario-tunggalnya melebihi 90 peratus, dengan ketepatan keseluruhan mencapai 96 peratus.

DDAW kerap memantau ciri-ciri wajah pemandu, gerakan mata dan pergerakan kepala berdasarkan kepada pengimejan fisiologi untuk membuat kesimpulan sama ada pemandu berada dalam keadaan letih, bagi memberi amaran atau mengambil tindakan lain yang sesuai.

Turut diuji, MOIS memantau dan memaklumkan pemandu mengenai pejalan kaki dan penunggang basikal dalam kawasan titik buta hampir jarak depan kenderaan, BSIS memerhatikan risiko perlanggaran pada titik buta kanan trak atau bas apabila membuat pusingan dan REIS membantu meletakkan kenderaan bagi mengelakkan perlanggaran menerusi skrin video undur masa nyata.

"Memandang ke hadapan, SANY akan mara ke hadapan bagi membangunkan pasaran antarabangsa kami, memperkasa kemajuan dalam kecerdasan digital dan mendorong operasi rendah karbon demi menyediakan produk yang berkualiti tinggi, selamat, lebih andal dan lebih pintar kepada pelanggan global," kata Yu Hongfu, presiden SANY Heavy Industry.

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Machinery Mining/Metals Transportation Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence General Manufacturing