omniture

Acara Merasa Buah Laici Guangdong diadakan di Pulau Pinang, Malaysia: perjalanan menuju persahabatan berharga Malaysia-China yang dikasihi

GDToday
2024-07-17 11:25 19

GUANGZHOU, China, 17 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada GDToday: 

Pada 14 Julai, dihoskan oleh GDToday dan dianjurkan oleh Kwong Wah Yit Poh Press Berhad, "Rasa buah laici Guangdong, datang jauh-jauh ke Malaysia", Acara Merasa Buah Laici Guangdong telahpun diadakan di Pulau Pinang, Malaysia, membawakan empat laici berkualiti dari Wilayah Guangdong, termasuk Xianjinfeng, Lingfengnuo, Nuomici dan Xinlongdiding.

"Kami baru sahaja mencuba empat jenis laici sebentar tadi. Saya rasa setiap satu mempunyai gaya uniknya yang tersendiri." Liu Zhirong daripada Persatuan Kwangtung & Tengchow Pulau Pinang menyatakan betapa beliau menyukai buah yang dicuba olehnya. Liu berkata persatuannya mewakili komuniti Cina luar negara di Pulau Pinang dan percaya buah laici merupakan sesuatu yang menarik untuk mengukuhkan hubungan perniagaan dan pertukaran sesama rakyat bersama China. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan Guangzhou dan Dongguan untuk mengadakan lebih banyak pertukaran berhubung promosi buah-buahan," katanya. "Kami juga boleh membawa durian kami ke China dan mengimport lebih banyak buah laici dari Guangdong, berserta buah-buahan yang lain."

Bagi meraikan buah ini semasa musim menuainya, pameran galeri seni turut diperkenalkan serta-merta, meletakkan beberapa lukisan tradisional Cina dan lukisan minyak oleh artis-artis Lingnan yang berprestij. "Selepas melihat video dan lukisan memetik buah, kami dapat melihat sekilas penuaian laici di Guangdong." kata YB Wong Hon Wai, Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang, "Kami kagum dengan lukisan dakwat dan cat air ini."

Menurut YB, beliau berpendapat kolaborasi China-Malaysia haruslah berjalan secara dua hala. "Kita juga boleh membawa durian kita ke China dan mengimport lebih banyak buah laici dari Guangdong. Ia terhasil daripada hati tulus rakyat kita." jelasnya.

Cef-cef tempatan juga mendapat inspirasi daripada buah laici yang dihantar dari Guangdong, untuk menghasilkan hidangan "laici" baharu, menambah kemeriahan budaya gastronomi Malaysia. Acara ini juga menarik minat beberapa pengguna vlog popular dalam talian yang lebih muda dan mereka berkongsi dengan kami tanggapan mereka terhadap China. Serena, seorang pengguna vlog tempatan di Malaysia, terkejut apabila mengetahui buah laici digunakan untuk membuat hidangan. Beliau memberi bayangan bahawa anak muda Malaysia meneroka China sebagai destinasi pelancongan di masa akan datang. "Untuk anak muda Malaysia, saya rasa saya boleh menggunakan platform saya untuk menunjukkan kepada mereka semua makanan istimewa ini seperti buah laici dari China." beliau memperincikan, "Terdapat lebih banyak perkhidmatan penerbangan terus sekarang dan polisi visa yang baik sekarang. Ramai anak muda Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengembara ke China."

Acara ini diadakan sebagai kolaborasi yang tepat pada masanya antara kedua-dua negara, ketika China dan Malaysia menandatangani banyak perjanjian perdagangan pada 19 Jun 2024, membolehkan durian segar Malaysia dieksport ke China. Seterusnya, lebih banyak pertukaran dan kerjasama dijangka antara Malaysia dan GBA, bagi mengukuhkan hubungan diplomatik selama setengah abad antara China dan Malaysia.

Lee Hin Chan, Pengurus Besar, Kwong Wah Yit Poh Press Berhad menyimpulkan acara ini melangkaui sasaran dan ia merupakan acara  yang berpotensi untuk menjadi lebih besar. "Rakan-rakan dari Kawasan Teluk Besar dan komuniti Cina di luar negara kita sebenarnya mempunyai persaudaraan yang rapat dan tidak boleh diputuskan." Lee berkata, "Jadi kami berharap kami boleh mempunyai lebih banyak platform budaya seperti ini supaya kami boleh membawa Rantau Teluk Besar ini lebih dekat dengan komuniti Cina di luar negara di Pulau Pinang untuk menghormati hubungan sejarah antara kedua-dua wilayah."

Source: GDToday
Keywords: Agriculture Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Food/Beverages Travel Trade show news