omniture

Eksekutif korporat veteran Farah Jaafar sertai Lembaga Pengarah Webull Malaysia

Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd.
2024-07-17 20:06 3

Naib presiden Persatuan FinTech Malaysia membawakan pengalaman kewangan selama hampir 30 tahun untuk jawatan pengarah beliau di Webull Malaysia  

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. ("Webull Malaysia") dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Farah Jaafar sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas baharu Webull Malaysia.

Veteran corporate executive and former Labuan IBFC CEO Farah Jaafar joins Webull Malaysia as Independent Non-Executive Director.
Veteran corporate executive and former Labuan IBFC CEO Farah Jaafar joins Webull Malaysia as Independent Non-Executive Director.

Farah membawakan banyak pengalaman perniagaan dan fintech (teknologi kewangan) serta pelbagai perspektif industri daripada kerjaya selama 30 tahun dengan pelbagai jawatan kepimpinan dalam pasaran modal serta organisasi perkhidmatan kewangan. Beliau ialah Naib Presiden Persatuan FinTech Malaysia, sebuah organisasi yang memajukan dasar, perundangan dan peraturan negara dalam fintech dan mempercepatkan inovasi dalam sektor kewangan negara. Farah ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif hab kewangan antarabangsa terulung Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan.

"Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Farah ke lembaga pengarah Webull Malaysia tatkala kami terus memperluaskan komuniti pelabur kami dan membawa peluang pelaburan yang sama rata kepada rakyat Malaysia. Dengan falsafah pembelajaran, perkongsian dan pelaburan sebagai teras kami, Webull Malaysia komited untuk mensinergikan teknologi dengan kewangan bagi menyediakan produk dan perkhidmatan yang selamat, andal dan pintar yang memberikan pengalaman perdagangan yang lancar. Kepakaran, pandangan dan pengalaman fintech Farah yang luas akan menjadi sangat berharga dalam usaha kami untuk menjadikan pelaburan sebagai kemahiran sepanjang hayat yang menyeronokkan dan dipercayai untuk rakyat Malaysia," kata Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia.

"Fokus Webull terhadap pendidikan pelabur dan rangkuman melalui penyelesaian fintech termaju membawa dimensi yang amat diperlukan untuk pasaran modal Malaysia. Keupayaan kami untuk menawarkan akses kepada pasaran ekuiti dan derivatif global akan menyediakan kepelbagaian portfolio pelaburan yang amat diperlukan untuk semua pelabur Malaysia. Saya berasa teruja untuk menyumbang pengalaman unik saya dalam fintech, pembrokeran saham legasi dan kewangan antarabangsa, serta menyokong kepelbagaian dalam bilik lembaga," kata Farah.

Dilancarkan pada bulan Mei, Webull Malaysia ialah platform pelaburan digital yang menyediakan akses kepada pelabur dari semua peringkat untuk memperdagangkan kontrak sekuriti dan derivatif yang disenaraikan pada Bursa seperti FCPO dan FKLI berserta saham yang disenaraikan di AS dan dana dagangan bursa (ETF) melalui aplikasi Webull Malaysia. Webull Malaysia bekerjasama dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory bagi menyediakan penapisan bagi saham disenaraikan di AS dan dana dagangan bursa (ETF) yang ditawarkan pada platform ini - saham patuh syariah ditandakan dengan ikon sabit berwarna ungu.

Latar Belakang Webull 

Webull ialah platform pelaburan digital terkemuka yang dibina berasaskan infrastruktur global generasi seterusnya. Webull Group beribu pejabat di St. Petersburg, Florida di Amerika Syarikat dan disokong oleh pelabur ekuiti persendirian yang terletak di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Webull menawarkan perkhidmatan kepada berpuluh-puluh juta pengguna dari lebih 180 negara, menyediakan akses 24/7 kepada pelabur runcit untuk pasaran kewangan di seluruh dunia. Dengan perdagangan berkos rendah ke atas pelbagai aset, Webull merevolusikan cara individu mendekati pelaburan.

Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (No. Lesen: eCMSL/A0399/2024) di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

 

 

Source: Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements Financial Technology