omniture

DeepL melancarkan LLM Generasi Akan Datang yang mengatasi pesaing dalam kualiti dan kefasihan penterjemahan

DeepL
2024-07-18 00:39 33

Penyelesaian AI Bahasa Baharu membawa kecemerlangan penterjemahan kepada tahap seterusnya untuk perusahaan

COLOGNE, Jerman, 17 Julai 2024 /PRNewswire/ -- DeepL, syarikat AI Bahasa global terkemuka, pada hari ini mengumumkan pelancaran model bahasa generasi akan datang, dikuasakan oleh teknologi LLM yang amat khusus, serta dibina hanya untuk tujuan penterjemahan dan penyuntingan. Maklumat terkini mewakili kemajuan rintisan dalam platform AI Bahasa DeepL bagi perniagaan dan menetapkan standard industri baharu untuk kualiti dan prestasi penterjemahan. 

Penyelesaian baharu ini menggabungkan tiga keupayaan yang tiada bandingannya dalam bidang ini: 

  • LLM yang Khusus - Penyelesaian DeepL memanfaatkan LLM yang disesuaikan secara unik untuk bahasa, menghasilkan lebih banyak penterjemahan dan penulisan seperti yang dilakukan oleh manusia bagi pelbagai kes penggunaan dengan mengurangkan risiko halusinasi dan maklumat salah.

  • Data Proprietari - Tidak seperti model serba guna yang hanya berlatih dalam internet awam, model DeepL memanfaatkan lebih tujuh tahun data proprietari yang disesuaikan secara khusus untuk penciptaan dan penterjemahan kandungan.

  • Pengajaran Model Manusia - Dengan memberikan tumpuan kepada kualiti, model DeepL memanfaatkan ribuan pakar bahasa terpilih yang dilatih secara khusus untuk "mengajar" model penterjemahan terbaik seumpamanya.

Keputusan terkini penyelesaian baharu ini berjaya meningkatkan tahap kualiti penterjemahan AI dengan ketara, apabila ujian buta menunjukkan penterjemahan DeepL lebih disukai oleh pakar bahasa sehingga 2.3 kali ganda lebih kerap berbanding pesaing AI utama. "Ini hanya permulaan penyelesaian AI Bahasa dikuasakan LLM yang unggul daripada DeepL untuk perniagaan," kata Jarek Kutylowski, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas, DeepL. "Kami ialah syarikat yang dipacu penyelidikan kepada teras kami dan banyak melabur dalam menganjak sempadan kualiti penterjemahan dan penulisan, kecekapan dan kebolehsuaian. Matlamat kami ialah untuk memperkasa pelanggan kami di seluruh dunia dengan teknologi terunggul dalam industri yang masing-masing perlukan untuk berkembang maju dan berskala global tanpa halangan bahasa yang menjadi batasan."

"Membawa LLM baharu kami ke pasaran menjadi pencapaian penting bagi pasukan penyelidikan kami, walau bagaimanapun, bukti sebenar terletak dalam impak ketara yang dapat kami bawa kepada pelanggan kami. Apabila menguji model baharu kami, penterjemah profesional menyatakan bahawa penterjemahan DeepL memerlukan penyuntingan manual yang jauh lebih sedikit untuk mencapai kualiti lebih baik berbanding pesaing. Untuk perniagaan yang menterjemahkan sejumlah besar dokumen, ini benar-benar memberikan impak kepada kecekapan dan produktiviti masing-masing, bermakna ahli pasukan boleh memberikan tumpuan kepada tugasan dengan nilai perniagaan yang tinggi," kata Stefan Mesken, Naib Presiden Penyelidikan. 

Sejak penubuhan syarikat itu pada tahun 2017, DeepL telah menjadi penyedia AI Bahasa yang kerap dicari untuk perniagaan di seluruh dunia, menawarkan penyelesaian penterjemahan dan penulisan terkini yang merupakan pelaburan kritikal untuk pertumbuhan perniagaan antarabangsa, menangani cabaran komunikasi merentasi pelbagai domain, termasuk operasi dalaman dan sokongan pelanggan. Tidak seperti sistem AI serba guna, penyelesaian penterjemahan dan penulisan terkini DeepL bergantung pada model AI yang khusus, serta disesuaikan hanya untuk bahasa, menghasilkan penterjemahan yang lebih tepat untuk pelbagai kes penggunaan dan mengurangkan risiko halusinasi dan maklumat salah. Dalam penterjemahan dan penulisan perniagaan, ketepatan ialah perkara paling utama, menjadikan model AI yang khusus itu sebagai penyelesaian paling andal dan disukai untuk cabaran bahasa. 

Pengenalan model generasi akan datang DeepL mewakili peningkatan ketara kepada perkhidmatan penterjemahan DeepL yang sememangnya terunggul dalam industri. Ujian buta yang dikendalikan dengan pakar bahasa terkemuka mendapati penambahbaikan sebanyak 1.7x yang luar biasa dengan LLM baharu, berbanding model lama, untuk gabungan yang melibatkan bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun dan bahasa Cina Ringkas. Di samping itu, terdapat penambahbaikan sebanyak 1.4x untuk gabungan bahasa Inggeris dan Jerman. Peningkatan ketepatan yang ketara ini akan menjimatkan masa pengguna perniagaan yang berharga dalam penyuntingan manual, membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih cekap merentasi pasukan dan pasaran.

Penterjemahan yang dikuasakan oleh model generasi akan datang kini tersedia untuk pelanggan DeepL Pro bagi penterjemahan dalam bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Jerman dan bahasa Cina Ringkas, dengan bahasa tambahan akan datang tidak lama lagi. LLM baharu boleh diaktifkan dalam penterjemah web dengan memilih "model generasi akan datang," memberikan pengguna lebih banyak kawalan ke atas pengalaman penterjemahan. Pengguna DeepL Pro juga dilindungi oleh standard keselamatan dan pematuhan gred perusahaan (pensijilan ISO 27001, pematuhan jenis 2 GDPR/SOC 2) dan tiada penterjemahan Profesional yang pernah digunakan untuk melatih model ini.

Model yang baharu dilancarkan ini ialah tawaran terkini daripada DeepL di tengah-tengah satu daripada tahun yang paling transformatif. Pada awal bulan ini, syarikat itu melancarkan DeepL untuk Perusahaan, teknologi bahasa disesuaikan untuk menangani keperluan perniagaan yang semakin berkembang, serta berusaha menyepadukan penyelesaian AI. Pertumbuhan dan permintaan DeepL yang pesat di seluruh dunia juga ditunjukkan oleh rangkaian pelanggan yang berkembang pesat, kini merangkumi lebih 100,000+ perniagaan, kerajaan dan organisasi lain di seluruh dunia termasuk 50% daripada Fortune 500. Syarikat itu juga mengumumkan kejayaan mengumpul sebanyak $300 Juta pelaburan baharu dengan penilaian sebanyak $2B pada bulan Mei 2024, yang diterajui oleh firma pelaburan peringkat akhir terkenal iaitu Index Ventures. 

Maklumat Tentang DeepL  

DeepL sedang berada dalam misi menghapuskan halangan bahasa untuk perniagaan di mana-mana sahaja. Lebih 100,000 perniagaan, kerajaan dan organisasi lain, serta jutaan individu di 63 pasaran global mempercayai platform AI Bahasa DeepL untuk penterjemahan seperti yang dilakukan oleh manusia dan penulisan yang lebih baik. Direka bentuk dengan mengutamakan keselamatan perusahaan, syarikat di seluruh dunia memanfaatkan penyelesaian AI DeepL yang disesuaikan secara khusus untuk bahasa bagi mengubah komunikasi perniagaan, mengembangkan pasaran dan menambah baik produktiviti. Diasaskan pada tahun 2017 oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaroslaw (Jarek) Kutylowski, pada hari ini DeepL mempunyai lebih 900 pekerja yang bersemangat dan disokong oleh pelabur terkenal di dunia termasuk Benchmark, IVP dan Index Ventures.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2447716/DeepL_Logo.jpg?p=medium600 

Source: DeepL
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Artificial Intelligence