omniture

BBC dan TVU Revolusikan Liputan Pilihan Raya UK menginges 369 suapan langsung kepada Aliran Kerja Pengeluaran Awan inovatif

TVU Networks
2024-07-18 21:53 34

BBC memecahkan semua rekod siaran langsung semasa Pilihan Raya Umum 2024. "Ini merupakan tahap pencapaian BBC yang terbaik. Menawarkan perkhidmatan kepada penonton kami dengan kewartawanan yang jujur, telus dan di sebalik tabir." Jonny McGuigan, Penyunting Penstriman di BBC

CUPERTINO, California, 18 Julai 2024 /PRNewswire/ -- BBC, melalui kolaborasi bersama TVU Networks, mentransformasikan liputan Pilihan Raya Umum UK 2024 dengan mengunakan platform berasaskan awan yang mengurus 369 suapan langsung di seluruh UK. Suapan ini diintegrasikan ke dalam BBC iPlayer, laman web BBC News dan dipaparkan pada skrin mozek maya di London Broadcasting House, mencapai jumlah penonton paling ramai iaitu 4.6 juta orang.

BBC and TVU Revolutionised UK Election Coverage ingesting 369 live feeds into an innovative Cloud Production Workflow
BBC and TVU Revolutionised UK Election Coverage ingesting 369 live feeds into an innovative Cloud Production Workflow

Dengan menggunakan aplikasi TVU Anywhere, BBC menghantar kit penstriman mudah alih tersuai ke setiap lokasi mengundi, bagi mengupayakan liputan yang pantas dan mesra alam tanpa persediaan siaran tradisional. Di samping itu, TVU Search digunakan untuk menginges dan merekodkan beratus-ratus suapan langsung pada masa nyata, mengurus dan memainkan semula detik-detik pilihan raya yang kritikal secara serta-merta.

"Pendekatan ini bukan sahaja mendukung standard kualiti tertinggi BBC tetapi turut merintis kaedah penyiaran pilihan raya baharu yang hampir mustahil dicapai dengan menggunakan kaedah tradisional," kata Geraint Thomas daripada BBC News. "Platform awan TVU membolehkan kami meningkatkan sejumlah besar suapan dan mengendalikan trafik puncak dengan lancar tanpa melabur dalam perkakasan tambahan. Ini merupakan inovasi editorial dan juga teknologi yang mengubah pengalaman menonton, yang membawakan proses pengiraan undi lebih dekat dengan penonton kami, seterusnya menetapkan penanda aras baharu dalam liputan pilihan raya."

Liputan serantau ditingkatkan melalui TVU Partyline, bagi menyesuaikan siaran untuk pelbagai wilayah UK. "Kami menyampaikan liputan pilihan raya yang paling diperibadikan seumpamanya dalam video secara langsung. Di seluruh UK, anda dapat melihat demokrasi diamalkan di mana-mana sahaja anda melihat, secara langsung," ujar Jonny McGuigan. Kebolehcapaian yang meluas ini menjamin liputan yang komprehensif merentas platform digital dan tradisional.

Penyepaduan antara output IP dan SDI melalui platform TVU menyokong transmisi yang lancar merentas outlet media. Geraint menambah, "Dalam beberapa minggu sahaja, kami berupaya mencapai apa yang kami fikirkan akan mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk dibangunkan, menyepadukan platform awan TVU dengan aliran kerja di premis dengan cara yang berkesan kos."

Paul Shen, Ketua Pegawai Eksekutif TVU Networks berkata, "Ini mengenai berinovasi bersama-sama dan mentakrifkan semula sempadan teknologi penyiaran. Kolaborasi ini merupakan bukti terhadap apa yang mungkin dicapai apabila kami menggabungkan kekuatan kami. Masa depan penyiaran adalah sekarang, menawarkan model yang boleh diakses, mampan yang membuka kemungkinan yang tidak berkesudahan untuk menyampaikan cerita kepada penonton di mana-mana sahaja."

  

Source: TVU Networks
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Publishing/Information Service Cloud Computing / Internet of Things