omniture

ETF Berfokus-Teknologi Jadi Tumpuan selepas Pengembangan ETF Connect Tanah Besar China-Hong Kong

E Fund Management
2024-07-19 03:29 18

GUANGZHOU, China, 19 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Julai, diumumkan bahawa 91 ETF tambahan akan dimasukkan ke dalam Program ETF Connect Tanah Besar China-Hong Kong, yang akan berkuat kuasa pada 22 Julai. Pengembangan ini menjadikan jumlah bilangan ETF dalam program ini mencapai 241, dengan 19 daripadanya diuruskan oleh E Fund Management ("E Fund"), pengurus dana terbesar di China. Dalam pada itu, peningkatan ketara dalam permintaan pelabur asing untuk peluang pelaburan teknologi diperhatikan, dengan sektor elektronik menjadi yang paling popular – aliran masuk dana arah utara ke dalam sektor ini mencecah AS$1.58 bilion dalam suku kedua.

Selepas pengembangan, pelabur luar pesisir yang berminat dengan inovasi teknologi boleh memanfaatkan alatan pelaburan yang diperkaya – lebih daripada 20 ETF tematik, termasuk tiga daripada E Fund, iaitu E Fund CSI Artificial Intelligence Thematic ETF (Kod: 159819), E Fund CSI Cloud Computing & Big Data Index ETF (Kod: 516510) dan E Fund CSI Technology 50 Index ETF (Kod: 159807).

CSI Technology 50 Index menawarkan pendedahan kepada 50 syarikat besar yang disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Shanghai dan Shenzhen, dengan 59% daripada sahamnya dalam sektor teknologi maklumat dan perkhidmatan komunikasi. Dua indeks yang lain menyasarkan untuk menjejaki segmen-segmen berbeza sepanjang rantaian nilai AI di China, yang terdiri daripada infrastruktur, model dan platform, aplikasi serta perkhidmatan.

Walaupun CSI Artificial Intelligence Index meliputi seluruh rantaian nilai AI, dengan industri komputer, elektronik serta peralatan komunikasi dan perkhidmatan teknikal sebagai tiga teratas, CSI Cloud Computing & Big Data Index memfokuskan pada peranti pengkomputeran huluan dan aplikasi hiliran, dengan lebih 50% pendedahan kepada industri komputer.

Antara ETF yang menjejaki indeks-indeks ini, E Fund CSI Artificial Intelligence Thematic ETF dan E Fund CSI Cloud Computing & Big Data Index ETF merupakan yang terbesar seumpamanya, dengan aset bersih masing-masing mencapai AS$798 juta dan AS$153 juta, setakat 15 Julai.

Tech-focused ETFs Take Spotlight after Mainland China-Hong Kong ETF Connect Expansion
Tech-focused ETFs Take Spotlight after Mainland China-Hong Kong ETF Connect Expansion

Latar Belakang E Fund

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3.3 trilion (AS$ 454 bilion) di bawah pengurusan. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Nota: Setakat 30 Jun 2024. AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Sumber: PBoC, Wind.

 

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Artificial Intelligence