Mengoptimumkan Selepas Pasaran dan Selepas Jualan untuk Aset dan Kelengkapan Bernilai Tinggi, serta Kompleks
STOCKHOLM, 19 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Syncron, penyedia penyelesaian pengurusan kitaran hayat perkhidmatan pintar yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa platform awan Pengalaman Perkhidmatan Terhubung (CSX) kini tersedia di Pasaran AWS. Jangkauan luas AWS membolehkan Syncron menyampaikan penyelesaian berinovatif kepada pangkalan pelanggan global yang lebih luas. Dengan Syncron berjalan menggunakan infrastruktur AWS dan sebahagian besar pelanggan Syncron sudah menggunakan AWS, integrasi data menjadi lancar dan menambah nilai yang ketara bagi pelanggan ini. Platform Syncron membenarkan pelanggan mengimport data masing-masing secara langsung untuk analisis lanjutan, memberikan keterlihatan dan kawalan yang menyeluruh sepanjang keseluruhan kitaran hayat perkhidmatan. Ini memudahkan syarikat untuk menerima guna dan mengembangkan strategi selepas pasaran baharu dan model perniagaan margin tinggi, seperti kelengkapan sebagai perkhidmatan, membantu syarikat tersebut membuat pembezaan dalam pasaran untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang.
Syncron CSX ialah penyelesaian boleh skala dikuasakan oleh AI dan ML canggih yang membantu pengilang, pengedar dan peniaga aset dan kelengkapan bernilai tinggi mengoptimumkan strategi Pengurusan Kitaran Hayat Perkhidmatan (SLM) masing-masing. Ini termasuk penetapan harga bahagian, inventori bahagian dan keupayaan perancangan bahagian peniaga dan jaminan yang cekap, pembaikan dan pengurusan pengupayaan juruteknik. Syncron meningkatkan hasil, mengurangkan kos dan menambah baik kecekapan operasi, menjadikan penyelesaian ini sesuai untuk industri yang memerlukan pengurusan perkhidmatan dan penjagaan pelanggan secara menyeluruh, seperti automotif, pembinaan, kelengkapan perindustrian, perlombongan, pertanian dan banyak lagi.
Menambah baik kepuasan pelanggan dan membolehkan pembuatan berasaskan perkhidmatan
Sepanjang tiga tahun yang lalu, Syncron telah mengembangkan rangkaian rakan kongsi bertujuan memperluas jangkauan syarikat dan meningkatkan perkhidmatan. "Memandangkan pakar menumpukan kepada menambah baik prestasi selepas pasaran dalam industri yang kompleks, kami berada pada kedudukan yang unik untuk membantu pelanggan kami mengubah pengurusan kitaran hayat perkhidmatan masing-masing. Syncron secara unik menghubungkan dan menyegerakkan setiap aspek operasi selepas pasaran, mewujudkan sinergi berkuasa antara kawasan perkhidmatan berasingan," kata Claudine Bianchi, Ketua Pegawai Pemasaran di Syncron. "Bekerja dengan AWS membenarkan kami mengembangkan skala penyelesaian kami dan mempercepat inovasi baharu yang dipacu data kepada pelanggan kami. Dengan memanfaatkan platform CSX kami, syarikat boleh merungkai nilai mendalam data masing-masing secara besar-besaran, membawa risikan dipacu data ke setiap sudut perniagaan selepas pasaran."
Pada masa ini, lebih daripada 4,000 vendor perisian bebas (ISV) disenaraikan dalam Pasaran AWS, dengan lebih daripada 2.5 juta langganan aktif dan 300,000 pelanggan aktif.
Rangkaian data memacu inovasi Syncron
Aspek tambahan hubungan Syncron dengan AWS ialah syarikat tersebut menyediakan teknik pemprosesan data lanjutan, seperti Jaringan Data. Syncron menggunakan teknologi ini untuk menstrukturkan data dengan cekap bagi menjana saranan ramalan dan preskriptif untuk pelanggan, mewujudkan perkhidmatan dan sinergi baharu yang berkuasa di seluruh talian perkhidmatan. Manfaat pendekatan holistik ini kepada pelanggan ialah mengubah Pulangan Pelaburan (ROI) sehingga x50 dengan mengurangkan kos, menambah baik margin dan membantu menyampaikan pengalaman perkhidmatan luar biasa untuk setiap pelanggan pada setiap masa.
Maklumat Tentang Syncron
Syncron membantu pengilang dan pengedar memanfaatkan ekonomi perkhidmatan baharu dengan mengoptimumkan keuntungan selepas pasaran, meningkatkan kesetiaan pelanggan, dan membolehkan peralihan kepada perniagaan berasaskan perkhidmatan. Syncron menjajarkan semua perkhidmatan selepas pasaran dengan platform awan Pengalaman Perkhidmatan Terhubung (CSX), membantu syarikat membezakan perniagaan masing-masing melalui pengalaman selepas pasaran yang luar biasa sambil memacu pertumbuhan hasil yang ketara. Jenama terkemuka dunia mempercayai Syncron, menjadikan syarikat tersebut sebagai peneraju global terbesar milik persendirian dalam penyelesaian SaaS pengurusan kitaran hayat perkhidmatan pintar. Untuk maklumat lanjut, kunjungi syncron.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1832423/Syncron_Logo.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2464386/syncron_aws_marketplace.jpg?p=medium600